Wednesday, 3 October 2012

CheeZy Weezy Easy dan Yummy!

As salam...

[update 26/11/2013 - Saya dah tak menjual cheezy wedges sause powder ni. :') tapi jika korang betul2 berminat, nanti saya bgtau kat member saya direct]

Suka tak makan cheezy wedges? saya suka sangat! kalau beli mesti minta cheese lebih..tapi, diorang letak takde la lebih mane pun, harga je lebih..hahah..

Korang mesti pernah dengar or cuba cheese powder buat cheezy sendiri tu kan.. Saya ni yang selalu lambat. Pintu hati baru terbuka nak cuba..haha.. :p
Mula2 ingat mcm tak best..ssh pulak nak buat2 sendiri, beli je cheezy wedges yang dah siap kan senang.. (dasar x bape nak rajin kan..huhu)



Then, setelah sekian lama...rasanya nak cuba beli cheese powder. Macam2 jenis saya tengok cheese powder ni..saya beli yang Halal Cheese Powder (HCP). Kire macam yakin tambah la..hahah :D
Halal dan produk buatan Malaysia.. :p


Ok, setelah cuba...serius, memang best! Sebiji rasa macam makan cheezy wedges yang kat KF*. :p
Senang je, tinggal letak air panas... :)

First time saya cuba buat nak rasa cheezy ni, saya buat cheezy fries je (stok fries je yang ade dalam peti ais.. nak potong2 potato nak buat wedges lambat pulak, sbb tak sabar nak rasa..hahah :D)
Selalunya kalau beli Cheezy Wedges, Aleesya tak makan. Saya ingatkan dia tak suka sos cheezy tu. Tapi tiba-tiba....tgk pic ni

Haaaahhhh! Sampai menjilat jari. Plate tu saya nak letak pun die tak bagi. Mengadap cheezy fries tu sorang2.. :p
Oooo..rupanya bukan tak suka sos cheezy tu, die kurang minat dengan potato wedges nyer.. :o

Ok, memang sedap! berbaloi-baloi.. 1 pek 200g Halal Cheese Powder ni banyak...boleh buat banyak kali. (tak payah nak mintak cheese lebih..curah la lebih mana yg kite nak :p)

Tapi ingat, kesihatan perlu dijaga jugak k.. sekali sekala untuk golongan makanan begini boleh la..*ingatan untuk diri sendiri jugak (-_-')

Sape yang rasa nak beli tu, boleh jugak nak beli dengan saya.. email kat greenyfullhouse@gmail.com, or PM kat Facebook saya ZaimahBakar.

Eh..lupa pulak.. Harga Halal Cheese Powder, 200g RM15. (harga ni tak termasuk postage)
Tapi untuk kawan2 blogger GreenyHouse ni, saya bagi special price la.. Kalau nak tahu PM tau, tp mention awak tu kawan blogger saye sbb saye nak bg harge special.. ;)
Dapat la harge kurang sikit dari harga biasa tu..kalau boleh, rasa macam nak bg free je..nak bg korang rasa kesedapannye..huhu.. :p
Ala..takde untung mane pun. Saya pun saje tolong kawan-kawan jual daripada takde buat ape (haha..kate bz kan..yela, sambil2 online ni :p)
 
Nanti update lagi.. Wassalam.. :)



 

13 comments:

wantie said...

macam best jer. nanti kalau saya nak saya pm kamu yer.

insan_marhaen said...

pernah dengar tapi tak pernah cuba lagi...bese akak amik mayonis kacau sket ngn serbuk kari...hehe...

ZieMarziah said...

sedap..sy pun suka cheese lebih.memang menjilat jari..nak beli bleh?

wantie said...

nak order lah..

insan_marhaen said...

Ima ..jom terjah sini jap..

http://ummuainries.blogspot.com/2012/10/jom-follow-aku-cuma-seorang-kulikutif.html

Mimie said...

rasa die sme mcm yg kfc pnye tuh ke???

Mommy_ima said...

@wantie: mmg best! Ok, nnt nak order bgtau je. While stock last.. :p
@c'jai: Tak penah pula sy buat mayo+kari.best x kak? nnt nak try juga kot2 lagi best.hihi..
@SHAHZEE: boleh2..sila2. nnt PM/ email sy utk details k.
@PU: pada sy sama..(lagi best sbb boleh letak banyak mana kite suka..hihi.. :p)

p/s: jom order..sy nak bagi limited freegift..sementara stok freegift masih ade.. :)

adyna AB said...

akak pun baru order..;) tlg jual kwn punya :)

sal ya said...

tak pernah try lagi. entah bila nak cuba tak tahu la.

fieda said...

mmg sodap..kak fieda dh 2 kali beli..

fieda said...

brp harga special tu...??hihi

Iffah Yazid said...

Nak beli... Camne nak order??

Rozieffa Roslan said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...