Tuesday 2 October 2012

Tiba-tiba saya fobia di atas laut...

As salam...

Fobia? huh! takde la... saya mana ade fobia-fobia ni. Dari kecil saya lasak, main lumpur, panjat pokok, main sungai (ehh..tak, parit je ade kat kampung saya je. Tapi parit besar, air jernih, kira mcm sungai la tu..ahaks! :p) Biasa la, budak kampung...
Laut? tak fobia pun sebelum ni. Tapi, tiba-tiba je.. sebab ape?

Ingat tak saya ade kate peristiwa atas feri masa pergi Langkawi pada cuti hari raya yang lepas?
Sebenarnya...ia betul-betul memberi kesan. Apa yang berlaku? Huahuahua... Saya ingat itu betul-betul hari terakhir saya..*drama*

Ok, macam ni kisahnya....~
Kami gerak dari Penang ke Langkawi, jalan agak sesak..mungkin kerana ramai orang bercuti kan..redha je la redah. So, sampai ke Kuala Kedah dah hampir jam 7. Tiket naik feri memang dah takde katanya kalau lepas pukul 7 tu. Jadi, memang kelam kebut kami semua. Dengan hujan renyai-renyai...macam sedih je cuaca senja-senja tu.
Tiket? yer...dah habis! ala...takkan la nak duk kat pelabuhan tu sampai esok kan? Hotel kat Langkawi dah booked. Tapi, rezeki kami untuk ke Langkawi masih ada. Mereka buat feri tambahan untuk ke Langkawi. Pukul 8.15pm!
Perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi dijangkakan mengambil masa dalam 1 setengah jam. Tu pun kire dah lama..ye la, dok dalam feri bukan buat ape. nak menikmati permandangan di lautan pun dah malam, gelap gelita.. :p
Hujan semakin lebat, angin bertiup semakin kencang.. Huru hara kejap dalam feri tu.
Aduhai...hanya Allah yang tahu perasaan ketika tu. Dan, bermula la detik2 yang menyebabkan daku fobia..
Dalam feri memang tak tentu hala semua orang. kami duduk seat depan. Hayun lebih sikit la bila feri kena pukul ombak. Jadi, 'pramugara feri' nasihatkan penumpang semua pindah ke seat bahagian belakang untuk mengurangkan tekanan perasaan ketika feri dipukul ombak kuat. Tapi, Aleesya awal2 dah tidur. Serba salah saya dan my hubby nak pindah ke belakang. Dah la suasana haru, dengan goyang2 feri, ramai manusia berasak2 menyelamatkan diri.. So, kami stay je tempat duduk yang sama. Lagipun, saya pikir banyak kali nak pindah. Nanti kat belakang mesti ramai orang..takde tempat duduk yang strategik untuk saya menyusukan Aneesa..
Sepanjang perjalanan jantung rasa macam nak berhenti berdegup. Ombak kuat tak putus2..feri macam dah terbang je.. Perjalanan yang dijangkakan hanya 1 jam setengah, dah jadi 2 jam ++.. "bila la nak sampai daratan ni...., nanti balik takmo naik feri boleh tak?"
Dalam kepala otak asyik fikir kalau karam, macam mana nak selamatkan my kids..Sy taktau berenang! pinjam pelampung Aleesya n Aneesa ea? :p

Penduduk di sana yang naik feri pun berkata.."Selama kami naik feri pergi dan balik...ni pertama kali jadi sampai macam ni."
Dann....ade yang muntah2 sampai 4 kali...
Saya? maintain je..stay cool..padahal kaki ketaq lemah longlai..hahaha..

Takpe, dah selamat pergi dan balik pun...syukur Alhamdulillah.
Nanti lama2 sikit hilang la fobia ni.. (nak jalan punya pasal, sanggup ketepikan fobia! :p)

p/s: pesanan dari beberapa pihak.. Nak naik feri, prefer pilih yang jenis LADA.. Then, datang la awal kat jeti..xde la naik feri malam2 lagi.. :p

Picture? hmmm..x payah la nak tepek yg kat dalam feri..cukup la letak sikit2 kat entry yang lepas.. :p

5 comments:

insan_marhaen said...

Adus...! punya la cuak ya...Tuhan yang tahu..

Aty Fared said...

kalau asben aty macam tu..dah fobia tak mo naik dah lepas tu...huhu

wantie said...

kami pun kalau pergi langkawi naik feri LADA.

takur ar baca citer ni. sib baik tak karam.

Mimie said...

sy fobia ngan ketinggian n lori

sal ya said...

saya pernah ke langkawi. sekali je. tak ingat naik bot ke feri. tapi saya ddk bahagian dalam. mmg enjoy jugak la walaupun tiket nyaris2 tak dapat. muka masing2 pun dah kelat tapi redakan je la. nak sgt pergi langkawi. hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...