Thursday, 21 March 2013

Santai tepi pantai..lagi dan lagi


Assalamualaikum wbt..

Try update blog pakai henpon nak tengok apa jadi. Saya buta IT, buta gadget (rabun je kot..kihkih) hentam je la labuuu.. :p

Dah pindah kat melaka ni, tak macam bandar. Kalau bandar, nak pergi beriadah asyik gi shopping, playground.. Paling jauh dan tenang pun tasik buatan! ;)
Kat sini memang hari2 nampak sawah padi, boleh pergi tepi pantai (walau tak seindah permandangannya seperti tempat-tempat percutian yang lain..) best juga.

Anak-anak lah yang paling suka kan. Dua hari lepas bawa lagi ke pantai klebang, melaka..alahai, tak sampai 10 minit pun dah sampai. Kalau dah setiap minit Aleesya tuntut nak lepas gian main pasir, takkanlah mummy daddy tak dapat bawakan. (pasir tak sehalus mana, tapi boleh lah dari takda kan.. :p)

Macam biasa jugalah.. Bawa aniq (sepupu Aleesya) sebagai eskot. Memeriahkan suasana dengan Aleesya. Biar ada geng. Aneesa kecik lagi, kalau main dengan Aleesya macam-macam tu je la.

Cerita sikit apa yang terjadi kali ni perfi pantai. Aniq memang paling terkejal (ghairah dan terlebih aktif) baru baru sampai. Lari sana lari sini..tak larat maklang paklang nak bebel dah. Buat kje la aniq oii..yang penting ok. Air surut time tu. jadi pantai sangat landai, nampak lah sisir pantai yang biasanya memang ade air. Aniq pun apa lagi, berlari lari keriangan di situ.. Aleesya memang awal awal mummy daddy pesan, "behave ok, u are a girl rite?" so, dia paham paham je la. Tengok je aniq tu. Last2 syok je aniq dancing terlompat2 tu, kaki dah terpelosok dalam lumpur pasir!!!! Aduhai..sampai lutut jugak lah.. Paklang ni dah kata biar dia bangun sendiri sambil tergelak gelak. Berusaha sedaya upaya jugak la aniq tu meloloskan kakinya. Bila dah datang kat kitorang..mak aiii, busuk dan geli...lumpur hitam dah selaput kaki. "macam mana ni paklanggg..." paklang bantai gelakkk je la. Sampai tersipu sipu aniq.

Dah tu, duk diam diam pasni..main la elok elok. Kitorang soh die duduk letak pasir banyak2 kat kaki..biar pasir tu serap lumpur, lepastu baru buang dari kaki.
Alahai kanak kanak.. Hihi..kesian betul.tapi memang lepas tu, buat pertama kalinya aniq pergi pantai takde lari2 dah. Main pasir elok2 dengan Aleesya.

Letak picture sikit. Time ni lumpur kat kaki aniq dah takda sangat dah. Time hitam legam ada kat henpon hubby, malas nak rembat itu gambar. Cukuplah yang ni buat tatapan.

P/s: Aneesa kalau pergi pantai, tak sah kalau tak termasukkan pasir dalam mulut..aisehh.*pitam* ini budak mmg semua letak lidah nak rasa. Aneesa memang suka keluarkan lidah sejak hari pertama dia lahir.. :p

2 comments on "Santai tepi pantai..lagi dan lagi"

Ratu Hatiku on 21 March 2013 at 10:45 said...

bestnya...dpt main pasir.. :D

IntaNBerliaN on 25 March 2013 at 09:14 said...

tingat saya masa kecik2 dulu pun camni.. sk main pasir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men