Wednesday, 27 March 2013

Sepupu berempat demam serentak..


As salammualaikum..

Aleesya, Aneesa, Aniq dan Syaurah demam.. Bila serumah, memang senang menular la. Tapi biasanya takde lah serentak. Berkala gitu..hihi. Tapi kali ni serentak demam empat2 orang.

Ada beberapa perkara rasanya.. Mungkin sebab angin bawa penyakit dah sepoi2 bahasa ke rumah. Tapi, tak tau la..tak nampak kan.

Atau sebab sabtu lepas diorang semua berpesta air kat rumah mil ni. Berendam air lama sangat. Sepupu yang lain pun join kan..memang meriah. Kakak nabiha, abg ammar, abg adil, abg aniq, kakak aleesya, aneesa dan syaurah. Sepupu yg amani je tak join, sbb tak sempat nak datang rumah mil. Dan, nasib baik segala mak dgn bapaknya tak masuk sekali dalam kolam..haruuu.. Haha.

Aleesya deman dikala malam hari..panas badan. Boleh control lagi. Aneesa cuma macam dedar dan selsema sikit. Saya continue bagi mealshake, dan omegaguard shaklee. (boleh tengok kat www.healthybeauty.my) Alhamdulillah, nampak demam tak serius dan dua orang ni nampak aktif. Selain tu, mummy mmg paksa dua beradik ni minumm banyak air.
Aniq dan syaurah, demam panas..kesian. Tapi mama papanya nak bawa kelinik hari ni. Err..saya bukan takmo bawak anak kelinik, tapi selagi boleh nak cuba yg terbaik yang lebih semulajadi. Kalau bagi banyak sgt ubat kelinik, drugs2 gitu..macam tak seronok je. Lagipun, korang mesti lagi tau kan ttg ubat2 ni.
Mungkin nanti saya nak try bagi air kelapa supaya betul2 reda. Aneesa saya letak kunyit je kat batang idung nanti bg surut selsema.

Oh ye..cakap tentang demam serentak ni, tapi berbeza keadaan. Just nak kongsi pendapat. Kakak Aleesya memang imuniti agak rendah dari adiknya, Aneesa. Mungkin sebab aleesya dulu2 sempat full breastfeeding sampai 6 bulan je. Aneesa pula masih breastfeeding sampai sekarang, 1yr6mo. Memang berbeza. Tapi, kira ok la Aleesya ni sekarang lepas saya bagi dia mealshake n omegaguard. Nampak ada perubahan positif. Dulu kalau demam sangat teruk, lama tempohnya dan sangat cepat demam balik dan berjangkit semula. Sekarang nampak ok. Kurang demam daripada sebelum ni..kalau ingat balik moment2 aleesya masa kecil2, mmg ak terkira berapa kali demamnya.kerap sangat2. Sekarang ok dah alhamdulillah.. Tengok sepupu yang lain, demam macam agak teruk. (dah offer diorang utk ambil suplemen aleesya dan aneesa. Mayb masih dalam pertimbangan diorang..)
Dan Aneesa pula, memang nampak ok sangat. The powerful of susu ibu! ;) Menyesal tak dapat full bfeeding aleesya lama2. Sebab time tu kurang ilmu ttg bfeeding dan kawan2 yg bfeeding pun kurang. Jadi, nasihat saya pada kawan2 di luar sana, bfeeding la baby2 anda selagi mampu :)

Apa apapun, doakan mereka semua ni cepat sembuh ya..amiin..

Eh, macam lari sikit topik entry..tittle lain, isi cerita lain. Taram je la..hihi. Ok, nanti sambung lagi. Layan picture cousins berendam pesta air! Cetek jeee..hikhik :p

3 comments on "Sepupu berempat demam serentak.."

Eca Dwinky Asha on 27 March 2013 at 11:31 said...

memang musim demam skrg ne

Sue-Rya Qistina on 27 March 2013 at 12:18 said...

semoga cepat sembuh. mmg musim demam skang ni. take a good care!

IntaNBerliaN on 1 April 2013 at 16:06 said...

a'aa saya pun cam ima, kalau blh xnak bg mkn ubat... tp sayangnya, aqilah umo 4 thn sy dah bg mkn ubat demam.. sebab time tu saya jd gelabah sbb aqilah demam panas sgt.. medadak je naik.. so, saya jd panik n risau... tp xpala, nak wat camne kan... alhamdulilah pastu dh ok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men