Sunday 16 June 2013

Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka

As salammualaikum w.b.t.. :)

Salam hujung minggu! Korang pergi mana? Apa aktiviti? Saya tak plan pergi mana mana hari ni. Mungkin nak pergi DSM Shaklee kat Bayview Hotel Melaka je pukul 3 nanti. :) Angkut je anak anak, kira macam bawa jalan jalan la tu..hihi. Lagipun semalam dah bawa mereka ke Taman Rama Rama. :)

Ingat tak entri yang lepas yang daya dah janji nak bawa kakak Aleesya ni tengok butterfly and flowers sejak dari cameron lagi. Disebabkan plan kat cAmeron dulu kucar kacir, so mummy and daddy dah janji nak bawa kakak Aleesya ni beramah mesra dengan butterfly kat Melaka je.. ;)

Kakak Aleesya sangatlah seronok! Mula mula dulu, Aleesya memang takut dengan butterfly, sebab Aleesya kata "mummy, face butterfly tu macam tak cantikkk je.."
Hahaha..tergelak jugak sebab setiap kali dia nampak butterfly, dragonfly, dan segala jenis serangga mesti kata macam tu.. :p Saya teringat aleesya start cakap macam tu sejak dia ada tertengok satu episod cerita spongebob tentang butterfly. Time tu spongebob takut butterfly sbb zoom kat face butterfly yang ada sesungut tu. Spongebob takut, aleesya pun takut la.. Adoyai..sungguh terpengaruh dengan kartun. So, saya tiap kali pesan yg insect tu kecil je, yang nice butterfly, dragonfly ni baik..tak gigit. Memang psyco juga la aleesya ni. Lama2 skg ni baru ok. Sempat jugak dia tanya sebelum masuk taman rama rama tu, "butterfly ni nice ye mummy..tak gigit eh?"hihihi.. ;)

Dah masuk dalam, seronok je muka Aleesya. Senyum je dia.. Nak sangat touch butterfly. Alhamdulillah..time tu banyak pula butterfly. Terbang sana sini, hinggap kat kitorang. Adik Aneesa kejap akut, kejap hepi nak tangkap butterfly..hihi. Macam macam kerenah. :)

Jom tengok beberapa gambar yang saya ada snap. Ada banyak lagi gambar dalam henpon daddy, tapi mummy belum gigih nak ambil kat henpon daddy tu. Nanti topup kemudian je la dlm entri ni. :p


Bukan takat rama rama je ada.. Ada crocodile (aneesa suka sangat tengok crocodile sambil nyanyi lagu gingerbread man.. :p), monkey, ikan koi, burung, iguana dan seangkatan dengannya. Kira mcm mini zoo jugak la. 

Ok..nnt sambung lagi..bye.

Wednesday 12 June 2013

Sawan Stoberi at Cameron Highland :p

As salammualaikum w.b.t..

Lama rasanya nak pergi Cameron tak tercapai capai. Bukan apa, best kan sejuk sejuk kat atas nun, segar je banyak pokok-pokok, boleh makan fresh strawberi puas puas, luas saujana mata memandang kehijauan ladang teh..

Saya pernah pergi dua kali ke Cameron. Satu trip masa study ke BOH. Tapi tak gi mana, gi BOH dan balik..huh! Umur masa tu 19 tahun..wakaka. Gambar? ermm..mana nak godek ntah. 
Kali kedua, camping Kesatria Negara UiTM. Yang ni memang selebet je saya, tapi comel. kikiki..takmau kalah jugak :p So, sejuk je dapat time ni..uhuh!

Teringin gak nak dating2 dengan boipren kat Cameron. Tapi apakan daya takde boipren kan..haha. Pastu bila ada suami, ingat nak jugak merasa honeymoon kat cameron, tak dapat gak sebab honeymoon dah di plankan di tempat lain.hihi.. 

Bila ada anak seorang (Aleesya).. belum kesampaian juga nak ke cameron. Sampai lah ada Aneesa..
haaa..baru je dapat ke cameron, pada 12/6/2013. Tu pun last minit lepas konvo my hubby. :)

Kebanyakkan hotel dah full booked. Jadi, kami ambil keputusan ambil Hotel Titiwangsa, CH. Ok la..takde la hotel mewah, tetap selesa. rm188 dengan siap buffet dinner (steamboat, 6pm-10pm), dan buffet breakfast. Cuma....hmm, bab shower bilik air kitorang tak bape nak gembira. Air keluar macam ikut ombak gitu, kejap laju, kejap slow, kejap panas, kejap sejuk..dah la kesejukkan kan?tak nak mandi je rasanya..kikiki :p

Kami sampai ke Hotel dah malam..pukul 9:30 pm macam tu, sebab jem bila dah nak sampai. Urrghhh..memang penat amat. Rupanya jem sebab ada pasar malam kat sana kan. Ramai yang park sesuka hati tepi jalan menghalang perjalanan. Padahal, lepas pasar tu jalan clear je. Takpe..takpe. Menguji kesabaran je tu.hihi.. Sampai 9:30..gedebuk gedebak check in, mandi, siap siap untuk late dinner steamboat kat hotel tu. Nasib baik sempat, pukul 10:00 pm dia tutup. So, lagi 15 minit, memang kami makan laju laju.hihi.. sayur salad kat situ, perghhh! segar sangat! rangup n sedap. makan fresh je..tak sampai hati nak celur dalam sup steamboat sebab sayur die rangup sangat..hihi. :)



Di pagi hari.. Mummy semangat bangun nak pergi ladang strawberi. :D Awal bangun..cuaca sangat sejuk dan nyamannnn...~ :)
Pergi breakfast dulu kat hotel..sedap jugak. Puas hati :) :)

Then, pergi cari ladang stoberi. Tapi, time kami pergi ni, bukan waktu menuai. Stoberi banyak baru kuar putik je.. Kempunan nak petik stoberi sendiri tau.. :( takpe..gambar je la dengan seketul dua stoberi yang masih kat pokok.hihi.. :)








Mummy n kakak Aleesya, macam kena sawan stoberi. Excited woooo... :D Fresh Strawberry, Coklat Strawberry, Ais krim strawberry, dadih strawberry, semua strawberry! Adik Aneesa nak cuci stoberi je sbb nampak mummy cuci macam best. pastu paksa2 suap mummy makan jugak stoberi.. :p
Jom tengok Keek nak layan Stoberiii.... :) *sila tutup sound hot.fm widget kanan atas tu utk suara yg clear kat video keek..(sbb record tak betoi sgt, mic hp tak clear, jadi suara video ni perlahan.. ;p)*




Then, kami tak pergi mana pun lagi.. Sebab daddy tak sihat. Demam sebab kesejukkan. (camne next time nak gi main snow kat oversea ni..sejuk cameron pun dah  tak tahan.hihi...)
Dah janji nak bawak Aleesya pergi tengok butterfly, bird, tea field, flowerssss..belum kesampaian. Entah bila dapat datang Cameron lagi.. in shaa Allah nanti kita pergi lagi yeee.. :p

Hasil dari fresh strawberry..nak resepi? [klik sini]

Friday 7 June 2013

Aleesya's best activities at rumah Atok



As salammualaikum..

(ni usaha taip kali kedua, td tak berjaya upload n terdelete auto sbb line teruk..haih -_-')

Sekarang masih di muar..sepanjang sempena cuti sekolah ni, saya bawa Aleesya dan Aneesa ke rumah atok. My hubby pun sangat la sibuk bekerja. Jadi, saya jadi lone renger kejap lah..hihi. Ni yang bestnya buat bisnes shaklee, kat mana mana saya berada pun bisness running. Ada je order masuk walau saya tak dapat nak promot sangat..alhamdulillah. :)

Cadangnya nak balik melaka dah hari ni. Anak anak dah rindu sangat dengan daddy (eh??ke mummy yang rindu sangat daddy??hahaha)
Actually ni dah kali kedua trip balik ke muar untuk cuti dua minggu ni. Hari ahad lepas dah balik melaka sbb saya ke rumah kawan di melaka untuk share dan menimba ilmu lagi tentang shaklee. Jadi, alang alang tu bawa anak lepas rindu jap dengan daddy. Eh, mummy tak lepas rindu sekali ke??hihihi.. :p

Jadi, cuti sekolah pun dah nak berakhir.. Terpaksa la kita balik melaka sebab aleesya nak pergi skool nanti dah.

Sepanjang kat rumah atok ni, banyak juga aktiviti brilliant aleesya. Ada yang tak sempat nak snap picture. Antara altivitti aleeya, buat bento lunch sendiri. Wah! Really proud of u aleesya. Aneesa pun tak sabar nak serbu food yang nampak yummy tu. Aleesya dah lama minta buat crown untuk dia sama sama dari rumah mil lagi. Tapi tak berkesempatan. Kat rumah atok ni baru free sikit, tapi tak bawa pulak kertas warna2. So, the simplest ever je la. nanti dah ada rumah sendiri kita sambung lagi brilliant activity ye Aleesya..in shaa Allah.

Jom layan gambar yang ada.. :)

P/s: Aneesa nampak semakin ok. Dah mula mesra mesra dengan atok nenek dan paksu, kalau tak sebelum ni takmo langsung kat orang yang dia tak biasa. Nampaknya kena selalu balik Muar la nampaknya. ;)

Resipi: boiled egg, raisin, yogurt, pratha bread, strawbery jam, seaweed, koko cruch. :p


Monday 3 June 2013

Pelat sebutan bunyi WORD macam spelling terbalik

As salammualaikum w.b.t..

Lama tak mengupdate kat blog greenyhouse ni sampai tak tau nak mulakan cerita yang mana dulu. Banyak cerita tertangguh, cerita lama berhabuk, cerita ala ala dah nak lost memory pun ada..haha.
Takpe..takpe. Kali ni kalau tangguh jugak cerita yang ni, memang tak update je.. :p

Ok, AleesyaElvira dah 3yr8mo, AneesaEryna 1yr10mo. :) Alhamdulillah..syukur anak anak membesar depan mata dengan sempurna. Banyak perkembangan tak sempat dicoretkan di sini. Segala yang first time bagi mereka.. "maafkan mummy ye, sebab tak sempat nak upadate buat masa ni.."-ala ala ayat utk anak2ku sayang yang sedang baca blog in the future la..hikhik :p

Kanak kanak kecil memang biasanya pelat kan? Adik Aneesa ni nampaknya seperti lambat sedikit mula bercakap berbanding dengan kakak Aleesya. Tapi, setiap anak anak ni ada keistimewaannya sendiri. :) Aleesya cepat part lain, Aneesa cepat part lain.. Ada beberapa yang sama. Yang nak saya ceritakan sekarang ni, tentang diorang sebut beberapa perkataan yang bunyinya seperti ejaan terbalik! :p

Antara perkataan yang sering digunakan oleh adik Aneesa ialah, SUSU. Tapi adik Aneesa tak sebut SU-SU. Cara sebutannya ialah US-US. Haa..faham ke apa yang saya cuba maksudkan ni? Cuba tengok video yang saya record ni dah upload kat KEEK. (Jom follow @zaimahbakar..hihi)




Dah cuba untuk adik Aneesa sebut betul betul..tapi masih begitu.hihi.. takpe..kakak Aleesya pun dulu ada yang macam ni. (tapi masa tu takde keek lagi, blog pun tara..hihi) Yang masih jelas saya ingat masa kakak Aleesya ialah, word MOON (bulan). Masa kakak Aleesya ala ala sebaya adik Aneesa, dia sebut MOON tu, NOOM. Pun dah diajar ulang ulang berkali kali. tapi lama juga tetap sama. At last bila dapat sebut MOON betul2, saya pun terkejut + happy, sbb macam ia menunjukkan anak mummy dah membesar normal.. (haha..bajet tak normal sangat la. padahal pelat je pun -mommy over cenggini la.. :p kahkah). 
Oh ya,..bukan cakap je ejaan terbalik. Dua beradik ni pakai kasut terbalik kanan kiri, buka buku terbalik atas bawah, pegang barang tangan kiri.. Selalu memang confirm terbalik, bila ditegur baru betulkan. Dulu masa Aleesya baca buku terbalik lama juga. Bila kita betulkan dia terbalikkan semula, kalau tak macam kepalanya yang nak dipusingkan supaya nampak terbalik. Eh? :p

Ok, sambung di lain entry.. Susun atur nak update yang mana pun saya konpius :p

p/s: Adik Aneesa memang nampak lambat sikit mula nak bercakap. Antara ikhtiar yang saya cuba ialah memberi OmegaGuard Shaklee. Alhamdulillah, nampak kesan dia mula nak menyebut words dalam beberapa hari selepas consume. Kalau tak sebelum tu diam je..cuma main2, gelak, nangis. Mungkin ia kebetulan sebab memang proses nak membesar.. Saya cuma ikhtiar, sesungguhnya segala dengan izin Allah jua. :) Dan adik Aneesa nampak lebih alert dari sebelum ni. Syukur Alhamdulillah...
Aleesya & Aneesa pengguna Omegaguard & Mealshake. :) - layari www.healthybeauty.my untuk info lanjut produk Shaklee.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...