Monday, 3 June 2013

Pelat sebutan bunyi WORD macam spelling terbalik

As salammualaikum w.b.t..

Lama tak mengupdate kat blog greenyhouse ni sampai tak tau nak mulakan cerita yang mana dulu. Banyak cerita tertangguh, cerita lama berhabuk, cerita ala ala dah nak lost memory pun ada..haha.
Takpe..takpe. Kali ni kalau tangguh jugak cerita yang ni, memang tak update je.. :p

Ok, AleesyaElvira dah 3yr8mo, AneesaEryna 1yr10mo. :) Alhamdulillah..syukur anak anak membesar depan mata dengan sempurna. Banyak perkembangan tak sempat dicoretkan di sini. Segala yang first time bagi mereka.. "maafkan mummy ye, sebab tak sempat nak upadate buat masa ni.."-ala ala ayat utk anak2ku sayang yang sedang baca blog in the future la..hikhik :p

Kanak kanak kecil memang biasanya pelat kan? Adik Aneesa ni nampaknya seperti lambat sedikit mula bercakap berbanding dengan kakak Aleesya. Tapi, setiap anak anak ni ada keistimewaannya sendiri. :) Aleesya cepat part lain, Aneesa cepat part lain.. Ada beberapa yang sama. Yang nak saya ceritakan sekarang ni, tentang diorang sebut beberapa perkataan yang bunyinya seperti ejaan terbalik! :p

Antara perkataan yang sering digunakan oleh adik Aneesa ialah, SUSU. Tapi adik Aneesa tak sebut SU-SU. Cara sebutannya ialah US-US. Haa..faham ke apa yang saya cuba maksudkan ni? Cuba tengok video yang saya record ni dah upload kat KEEK. (Jom follow @zaimahbakar..hihi)




Dah cuba untuk adik Aneesa sebut betul betul..tapi masih begitu.hihi.. takpe..kakak Aleesya pun dulu ada yang macam ni. (tapi masa tu takde keek lagi, blog pun tara..hihi) Yang masih jelas saya ingat masa kakak Aleesya ialah, word MOON (bulan). Masa kakak Aleesya ala ala sebaya adik Aneesa, dia sebut MOON tu, NOOM. Pun dah diajar ulang ulang berkali kali. tapi lama juga tetap sama. At last bila dapat sebut MOON betul2, saya pun terkejut + happy, sbb macam ia menunjukkan anak mummy dah membesar normal.. (haha..bajet tak normal sangat la. padahal pelat je pun -mommy over cenggini la.. :p kahkah). 
Oh ya,..bukan cakap je ejaan terbalik. Dua beradik ni pakai kasut terbalik kanan kiri, buka buku terbalik atas bawah, pegang barang tangan kiri.. Selalu memang confirm terbalik, bila ditegur baru betulkan. Dulu masa Aleesya baca buku terbalik lama juga. Bila kita betulkan dia terbalikkan semula, kalau tak macam kepalanya yang nak dipusingkan supaya nampak terbalik. Eh? :p

Ok, sambung di lain entry.. Susun atur nak update yang mana pun saya konpius :p

p/s: Adik Aneesa memang nampak lambat sikit mula nak bercakap. Antara ikhtiar yang saya cuba ialah memberi OmegaGuard Shaklee. Alhamdulillah, nampak kesan dia mula nak menyebut words dalam beberapa hari selepas consume. Kalau tak sebelum tu diam je..cuma main2, gelak, nangis. Mungkin ia kebetulan sebab memang proses nak membesar.. Saya cuma ikhtiar, sesungguhnya segala dengan izin Allah jua. :) Dan adik Aneesa nampak lebih alert dari sebelum ni. Syukur Alhamdulillah...
Aleesya & Aneesa pengguna Omegaguard & Mealshake. :) - layari www.healthybeauty.my untuk info lanjut produk Shaklee.

1 comment:

IntaNBerliaN said...

sy xdpt dgr suara tp dapat tgk wajah yg comel lote tu senyum..!! yeayyy.. :-)

alisha sampai skrg xpndai ckp sepenuhnya lagi.. msh duk ada bhs "german".. umo dah 2 tahun 9 bulan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...