Saturday, 24 May 2014

Full term - 37 weeks pregnancy


As salammualaikum...

Alhamdulillah... All praise belong to Allah. :)
Rasa macam kejap je dah nak penghujung. Bila-bila masa baby dah ready nak lahir. Mummy pula yang berdebar, macam nak bersalin anak pertama je rasa debarannya tau. Doakan segala berjalan lancar..amiiin. 


Dua hari lepas baru terkedek-kedek siapkan checklist barang keperluan baby dan bersalin. Nanti saya kongsikan checklist saya. 

Semalam lepas ambil report card kat skool Aleesya, kami pergi aeon. Saya ingat nak rembat la beberapa barang yang tersenarai dalam checklist. Alih alih dah masuk daiso beli barang lain pula. Iols mmg tak boleh masuk daiso, ada je unplaned items terrrrbeli..hahaha.
Yang berkenaan cuma beli selipar masa untuk berpantang je..kikiki.. Boleh la.. 5 ringgit je pun kan. Tak bersalin lagi pun dah lasak guna. Rupanya best juga pakai selipar dalam rumah. Lagi-lagi time hamil ni, kurang sikit rasa sakit kat tumit kaki sebab beban berat lebih muatan.hihihi.. Ambil la yang selesa tau, bukan untuk cantik sahaja.... ;)

Saya ambil yang jenis getah. Tapak tak licin, ringan. Tapi bila jalan kena slow sikit sebab "kelepek..kelepek..." Bunyinyaa..hahaha. Getah bila berkeladak senang sikit nak sental bagi nampak baru. Kurang gemar yang berkeladak2 kan..hihi. Kalau fancy2 sgt selipar, nak sental takut tanggal semua reben bagai..kikiki. 

Ok, banyak lagi nak story. Report card aleesya in shaa Allah story next entry okeyyy.. 

Wassalam.. :)

0 comments on "Full term - 37 weeks pregnancy"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men