Wednesday, 21 May 2014

Kek Cokelat Moist Caramel Ibu Mertuaku


As salammualaikum wbt..

Lepas ambil Aleesya skool hari ni, my MIL datang rumah singgah. Lama dah ibu tunggu kat gate, saya tak buka-buka pintu. Rupanyaaaa....suis bell dah ter'off'! alahai..siapa punya kerja la kan..hihi. Soriii ibu...~ (^_^)"

Hari ni ibu hantar kek coklat..Moist dan berkaramel! wahhh..rupa je dah terliur tau.


Dapat 1/4 loyang.. Ibu dah bahagi-bahagikan untuk para biras juga. Lepas balik rumah abgLong ipar saya, ibu ke rumah saya pula. :) Saya memang terasa nak makan kek, tapi mood nak baking sangatlah ke DASAR LAUTTTT... (-_-) erkk.. rasa nak buat cookies pun tak larat, padahal dah lama dah janji dengan anak-anak nak baking cookies sama-sama. 

Tekak memang terasa nak makan yang manis-manis, masam-masam kebelakangan ni. Macam-macam selera, tapi banyak tak dapat ditunaikan atas sebab-sebab tertentu. Alhamdulillah..Allah turunkan rezeki dapat rasa kek coklat ibu.. ;)

Semalam dapat rasa buah laici yang manis..sedapppp. Ya Allah, segala nikmat hanya dariMu. Beli sikit je untuk buat rasa-rasa. 


Aneesa suka sangat buah laici ni. Dia yang paling banyak makan kot..hihi. Alhamdulillah....

0 comments on "Kek Cokelat Moist Caramel Ibu Mertuaku"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men