Sunday, 18 May 2014

Kandungan dah minggu ke-35

As salammualaikum wbt.. 😊

Alhamdulillah.. Sekarang kandungan anak ketiga kami dah masuk minggu ke-35. Sikit je lagi dah nak due date, in shaa Allah 21 Jun 2014. 😍 Doakan semoga yang bakal lahir nanti baby lelaki yang sihat tubuh badan dan sempurna ciptaaan-Nya..amiiin. 




Kakak Aleesya pun asyik la tanya.. "Perut mummy dah cukup besar ke belum? Bila baby boleh keluar?" Dah terasa dia besar, memang kakak yang baik. 😍 Semua yang jumpa dia kata Aleesya macam anak dara dah. Kadangkala memang ayat-ayat yang keluar dari mulut Aleesya, betul-betul macam dah dewasa. 

Aneesa pula memang dah besar juga. Tapi manja masih ada... Hihi..macam-macam ragam. Kadang nampak matang, kadang she is always pretending like still baby. 😆 Mungkin kerana semasa doa kurang sihat terkena HFMD minggu lalu, buatkan dia masih memerlukan perhatian sepenuhnya walau dah sembuh kan. ☺️Harap-harap boleh la jadi kakak yang baik nanti. Amiiin...


Besar tak baby bump saya? Hihihi.. 😘

1 comment:

IntaNBerliaN said...

eee dah besar....!! saya plak yg rasa excited.. hihiii.. perut tu meelonjong ke depan.. eh, betul ke ayat saya.. ahhaha

saya doakan moga semuanya selamat... moga ima selamat melahirkan n moga baby mohamad pun selamat dilahirkan, cukup sifat, sihat n segalanya....

doa kan saya moga dapat baby mohamad jugak yer (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...