Wednesday, 7 May 2014

Jangan makan ketam kecik dalam kerang!


As salammualaikum wbt.. :)

Bila rumah dekat dengan rumah IN LAW, maka keraplah saya ke rumah MIL. Biasanya kalau pegi petang tu memang terus dinner kat sana sebab berkampung..haha. Dengan anak2 yang excited main dengan cousins, dengan suami yang sibuk menolong ayahanda mertua bertukang itu ini, jadi saya melepak je la..haha. Tak sedap pula kalau datang asyik la makan sana. MIL pulak jarang bertamu ke rumah kami siap makan2 kan..hihi. 

So, salah satu hari tu saya siap2 petang tu masakkan lala. Alahai..resipi paling simple yang pernah saya kongsikan dalam blog ni juga. (Klik sini)..

Malam tu, keluarga abang ipar yang sulung pun last minit ada datang ke rumah mil. So, ramai2 la makan..mujurlah bawa lauk lala tu kan..takde la kekurangan makanan. 

Tetiba mil tengah makan lala tu bagitau "kalau jumpa chiker (tak tau la mcm mana ejaanya..hihi) dalam kerang2, mcm dalam lala ni..jangan la makan. Abis dia putar perut tengah malam kang berjam jam..)

Chiker tu ape? Saya pun tak tau macam mana ejaan yang sebenar.hihihi..ala, lebih kurang mcm tu la. 
Tu anak ketam..kecik jee... Mil kata dia suka duduk dalam kerang kerangan. Kirang pernah kan beli kerang jumpa anak ketam time cuci2 tu kan. Kadang dia duduk dalam kerang, so bila cuci tak jumpa. Takut termakan tanpa sedar je la kan.. Agak2 tergigit sesuatu crunchy2 mcm kulit telur ke..kaki udang ke, cepat2 lah luahkan balik.hihih..

Kalau termakan macam mana? Aduhai..perut akan memulas mulas.. Tapi bukan cirit birit. Semua tak kena nanti. Korang sanggup???haha.. 
Ok la..tu je nak kongsi sikit. Sebab tak berpengalaman. Sebagai peringatan je. Sebab saya pun baru tau hal ni walau dah menjangkau usia. Korang jangan la heppi sangat bila beli kerang ingat ada percuma ketam..huhuhu. Tak berani nak cuba telan itu anak ketam! :') 

Saya tak tahu tahap kesahihannya sebab saya pun tak pernah alami sendiri.. Just kongsikan kat sini. Sekian...opps..tak sempat snap gambar anak ketam tu macam mana. Ala..korang tau kan rupa ketam tu mcm mana. Besarnya ala2 boleh muat dalam kerang. So..mmg kecik je saiznya.

Ok..nanti taip entry lain pula ye. Sekian..wassalam. :)

0 comments on "Jangan makan ketam kecik dalam kerang!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men