Tuesday, 3 July 2012

Lala Goreng...Simple Super Sedap!


As salam...

Simple Super Sedap! Seronok puji lauk sendiri kan.. :p
Ala..lauk copy paste dari buku resepi!

Saya tak pernah masak siput lala or makan siput lala sebelum ni..(tak tau pun namanya lala!HAHAHA :p)
Lepas belek-belek buku 1 hari 1 resepi, tiba-tiba macam nak cuba.
Sangat mudah tu yang buatkan saya tak malas nak cuba..hihi
And...the result seriously tak menghampakan! :)

Ni kali ke 3 rasanya masak Lala Goreng ni.. (masak berkali-kali sebab masak ni tak pernah failed! :p)
Tapi takde la masak lala ni setiap hari..sebab hubby pun kata tak elok makan seafood selalu kan.
Jadi, masak 2 minggu sekali ke.. (masak lala sampai bosan..hahah :D)

Tengok! Sama tak macam gambar dalam buku?
Mesti la tak sama...hahaha.. dalam buku tu nampak lagi sedap pulak..hihi..
Tapi, gambar tak boleh makan..yang real walau rupa tak seberapa, tapi sedap ok! :p



1 kilo boleh dapat 2 mangkuk.
Dah tau makan tak terhabis, jadi asing siap-siap nak bagi jiran.
1 untuk kami, dan 1 untuk jiran yang bertuah!hahaah..bertuah la sangat kan.. :p
Nak tau macam mana senangnya? Nampak tak resepi dalam gambar atas tu?
Tak berapa nak clear?
Ok la, saya tulis secara ringkas ye.

Resepi Lala Goreng

Bahan-bahan:
1 kilo siput lala
3 sb minyak masak
3 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 biji cili merah (dihiris)
3 biji cili hijau (dihiris) -saya tak letak sebab takut pedas sangat untuk Aleesya
5 sb sos tomato
5 sb sos cili
2 tangkai daun sup (and daun bawang sekali, dlm resipi takde, tapi dlm gambar ade, so sy letak jugak..hihi)
Garam secukup rasa

Cara-cara:
- lala basuh bersih-bersih.. (korang tau kan mcm mana? sy main tibai je sbb tak pernah cuci lala sebelum ni..hahah. Yang penting takde pasir-pasir and lumpur dah)
- tumis bawang2 and cili2 yg hiris tu dgn minyak..
- Masuk air sikit, then lala, sos2, garam...
- kacau-kacau.. then tutup jap bagi masak..
- Agak-agak dah masak, campakkan daun2 yang dah hiris2 tu.
- Rasa! ok tak? dah ok, boleh la hidang... :)

Sekian..selamat mencuba~ :)

p/s: suka sangat buku 1 hari 1 resepi.. tak sia-sia dulu mencari gila-gila kat semua kedai buku. Nasib baik ketemu jua..hihi :p


16 comments on "Lala Goreng...Simple Super Sedap!"

*azni* on 3 July 2012 at 10:09 said...

sy lum penah msk lala..tp nmpk mcm sedap jer..hehe..

Mama Gee on 3 July 2012 at 10:28 said...

selalu masak tumis serai dan goreng cili....yg ni lg sempoi resepinya...leh try nnti

Joanna Yunus on 3 July 2012 at 10:29 said...

ops... lala ni favourite kami sekeluarga....

Wanieys on 3 July 2012 at 10:38 said...

1hari 1resepi wani pun ada pas ni kena cuba gak la...dalam buku tu semua nampak sedap kan hihihi

wantie on 3 July 2012 at 11:05 said...

lala ni memang pebret kami sekeluarga. saya selalu masak pedas . ala ala goreng cina tu.

tapi kan, kebanyakkan org memang panggil la menda ni. Saya panggil retak seribu.

kalau yang kecik kecik tu baru saya panggil lala.

permata biru on 3 July 2012 at 11:44 said...

buat lala goreng sambal pun sedap...:)

nuyui a.k.a miss YUI on 3 July 2012 at 14:34 said...

wah kak..menarik!! nyum2..

ieda on 3 July 2012 at 22:00 said...

wahh nampak sedappp
tapi jarang makan lala nie .. anak2 x reti makan lahh dik ;)

IntaNBerliaN on 3 July 2012 at 22:04 said...

mmg senang je msk lala ni.. sedap la tu :-)

adyna on 4 July 2012 at 09:02 said...

favourite nie lala.. tapi kena pantang seafood lagi nie..nnt kegatalan hehehe

anisalya on 4 July 2012 at 10:01 said...

kadang2 yang simple tu la lagi sedap.

Ummi Iman on 4 July 2012 at 11:16 said...

Dah lama tak masak lala :) mudah je nk masak lala ni dan lala ni kita masak mcmana pun akan jd sedap ;)

nn lylyn on 4 July 2012 at 19:28 said...

lalalalalaaa =) xpernah lg try masak..kat kg pn mak xpernah wt huhu

SHAHZEE on 5 July 2012 at 09:11 said...

aduh cedapnye mummy..dah lama x makan lala..n actually x enah masak pun hahahaha

fieda on 9 July 2012 at 10:53 said...

sedapya nmpk..

NOOR AIN OSMAN on 10 December 2015 at 15:30 said...

Dh try sedap....
www.momstoreretail.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men