Sunday, 14 September 2014

Nasi Lemak TIADA SANTAN


As salammualaikum wbt.. :)

Semalam berjalan-jalan. My hubby ada nak jumpa customer Photographer Elvira Studio di Seri Kembangan. Then my hubby offer nak ikut tak? Gedebuk gedebak sampai rumah pukul 2 pagi malam tadi! Banyak pula tempat dituju diluar perancangan. 

So, bila my hubby tidur lewat dan penat driving, memang dah dijangkakan akan beradu sampai siang kan..haha. (Tapi bangun subuh dulu tau). Saya je tak boleh nak tidur balik..Aneesa pun ter'pee' time tidur, Alham pun 'poo' banyak la pula sampai bocor ke seluar. Bila dah settle anak2 pagi2 ni, nak siapkan breakfast. Tapi siapkan lambat sikit sbb jangkaan saya tepat. Kalau masak awal2 saya sorang je makan dulu, kurang syiok la. So, saya plan nak masak nasi lemak untuk breakfast + lunch = brunch! My hubby bangun terus makan.

Tapi..stok santan dah habis! Sejak baby Muhammad lahir, saya jarang ke kedai beli groceries secara kerap. 2 minggu sekali baru restock. 
Santan takde, tapi tetap nak teruskan hajat masak nasi lemak. 

Macam mana nak buat nasi lemak takde santan? Check ada susu low fat dutch lady 1L, ada virgin coconut oil. Ok, rasa creamy tu boleh dapat dari susu, bau lemak santan boleh la dapat dari vco! Yeahhh..eksperimen berjaya! My hubby kata sedap! :)


Ok tu je nak cerita tentang nasi lemak yang tak berapa nak lemak. Haha.. Tapi memang best u all. Try la. Tak rugi dan lebih sihat in shaa allah. ;)

0 comments on "Nasi Lemak TIADA SANTAN"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men