Rasanya dah 3 kali buat playdoh sendiri. Aleesya dan Aneesa memang faveret main playdoh. Diorang panggil 'clay' - daddy ajar dari kecik, sebab translate dari word 'tanah liat'? Heheheh.. Boleh laa..
Dua kali beli brand playdoh. Mahal betul! Tapi ok la sebab boleh simpan aksesori dan pencetak/mould yg ada.
Birthday Aneesa yang ke-3 pun maklong bagi tanah liat. Tapi brand lain. Dah buang pun tanah liat tu sebab dah kematu dan jadi hitam. Ditambah baunya yang kurang enak, memang macam bau tanah liat! Hahaha.
Tapi kan.. Kalau beli yang brand playdoh tu, wangiii jee...lembut! Patut la mahal.
Korang tau tak, buat sendiri lagi wangiiiii, lagi lembutttt...lagi jimattttt!
Ok, sebab dah banyak kali desakkan anak-anak nak main clay, saya gagahkan juga uli doh untuk mereka ni. Lagipun Aleesya bawa balik clay dari skool, tapi dah kotor. Tak sampai hati tengok dia sedih sebab saya suruh aneesa buangkan. Sampai lauk tengahari pun belum sempat nak masak sebab nak buatkan doh mainan mereka ni.haih...
Kena bahagi 2, kalau tak nanti berebut. Masing2 nak yang banyak.
Ok, tangan mummy pun dah comot tak hilang kena pewarna masa uli tadi. Macam pelangi tapi selekeh jeee..hahaha.
Baiklah, kuku panjang, hari ni jumaat nak ketip kuku jap lagi.
Resepi homemade playdough:
1 cawan tepung gandum
2 sudu cream of tartar
1 sudu minyak masak
1/2 cawan garam
Esen vanilla
1 cawan air panas
Pewarna makanan
Mix well ok! Hati2 air panas tu.
Selamat mencuba! :)
No comments:
Post a Comment