Friday, 17 October 2014

Trifle pun ada teknik!


As salammualaikum wbt..

Hari ni buat trifle sebab lama dah tekak terasa rasa nak makan. Jadi, guna bahan apa je yang ada. Resipi trifle saya;

Kek swissroll stoberi
Tepung kastard
Susu uht marigold (takde stok susu sejat)
Serbuk agar agar
Longan dalam tin (takde stok koktail pula, longan pun boleh la..)
Gula

- Slice swissroll dan susun dalam mangkuk.
- renjis renjis swissroll dengan air longan sikit bagi lembab.
- bancuh 1 cawan tepung kastard, 2 cawan susu, 2 cawan air, 3 sudu gula. Panaskan atas api kecil sambil kacau sampai blup2 sikit. Tuang atas swissroll.
- tabur buah longan. Tekan tekan sikit bagi dia tak timbul nanti. 
- masak agar agar (ikut la cara yg tulis pada bungkusan agar agar.) saya tuang sekali air lebihan longan supaya ada rasa. 
- tuang hati hati atas sekali. 
- sejukkan, siap! :)

Saya punya tak jadi...! Trifle terapung..hadoi..hahaha. Makanya, ni yang nak tulis kat sini tips supaya saya pun tak lupa lain kali. 

**tekan2 buah longan atau koktail supaya tak sepah sepah timbul masa tuang agar agar.
**pastikan lapisan kastard tutup semua permukaan dgn sempurna..jangan ada lobang sikit pun pada atas swissroll. Terutama kat tepi tepi mangkuk.
**tuang agar agar perlahan lahan!

Saya punya dah la tuang gelojoh. Pastu kat tepi ada rongga rongga. Jadi, bila tuang agar agar yg deras, ia menyelinap masuk menyerap ke swissroll lantas lapisan swissroll dan kastard timbul! Maka, agar agar yang sepatutnya lapisan atas sekali dah jadi paling bawah! Paling menyedihkan, swissroll dah serap sgn agar agar, apakah rasanya itu???? Huarrrghhh.. Ok bai. Harap pengalaman ini bermanfaat untuk masa akan datang. :)



Yang ni buat bekas kecik, nasib baik jadi. Tuang agar agar penuh berhati hati. konon nak bagi MIL kalau ada ke sana. Rumah dekat kan, jadi bila dah post dalam facebook, mestilah MIL tau saya buat kan. Sharing is loving..share juga la walau tak semengah mana. :p

*update: dah makan dah trifle terapung tu. Rasanya, tak la seteruk sangkaan saya. Sedap! Walau rupa tiada, tetap selera untuk di makan. ;)

0 comments on "Trifle pun ada teknik!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men