Tuesday, 11 November 2014

Aneesa Tak Pelat


As salammualaikum wbt..

Lama tak update tentang anak dara yaang ni, AneesaEryna. Sekarang dah 3 tahun 3 bulan pun. :)

Nak cerita sikit tentang tutur kata Aneesa. Aneesa lambat sikit cakap. Tak macam Aleesya. Aneesa mula bercakap sepatah sepatah ayat (kira dah buat ayat la..) dalam umur nak masuk 2 tahun macam tu. Dalam umur 1 tahun 4 bulan dah pandai cakap satu satu perkataan je, macam mummy, daddy, susu (yang ni Aneesa pelat sebut us'us untuk nenen..haha).

Apa yang saya perasan Aneesa ni, walau dia cakap lambat, tapi sebutan perkataannya jelas dan sempurna. Takde pelat. Malah, jika perkataan tu ada huruf 'R', memang jelasss terlebih huruf R dia.. Kadang yang takde R pun dia taram letak R sekali. Hihihi...  

Contoh.. "Mummy, lepas adik (masih bahasakan diri adik walau dah ada baby..) minum, terus je tv ada cerita Pada  Zaman Rururrrruuuu".
Hahahha.. Cerita Sang Kancil moden tu, Pada Zaman Dahulu. Asal boleh je kan..

Ni la Aneesa, cool je. Tak suka ikat rambut. Nak potong daddy tak bagi. Bersyukur rambut Aneesa jenis yg lurus jatuh bawah. Tak sikat pun takpe..haha.

Masa Aneesa umur setahun lebih tu, Aneesa memang jenis pendiam. Risau juga saya masa tu. Adakah sebab dia fobia kena duduk taska sekejap masa umur dia 6 bulan tu. Tapi memang lain lepas dia kena duduk taska, suka menangis n menjerit, tak bercakap. Saya pun naik risau. 

Pastu dalam sebulan saya amalkan beri dia OmegaGuard, dia mula sebut mummy daddy masa umur 1 tahun 4 bulan tu. Alhamdulillah.. Sel-sel otak sedang berhubung. ;)

Perkembangan anak-anak tak semuanya sama. Yang penting kita usaha sehabis baik untuk mereka, in shaa Allah. :)

0 comments on "Aneesa Tak Pelat"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men