Antara perangai anak-anak perempuan saya yang ikut macam saya masa kecil ialah suka pakai inai. Ada ke kanak-kanak tak suka inai? Ada..saya pernah jumpa.
Masa saya kecil, pakai inai tumbuk-tumbuk sendiri. Petik daun inai. Nolstalgia sungguh. Walaupun sekarang banyak inai instant, saya lebih suka inai fresh tumbuk-tumbuk daun. :) baunya harum, warnanya cantik.
Ni kali kedua rasanya Aleesya pakai inai lukis-lukis kat tangan. Dulu masa masih tinggal Shah Alam, lukis buat di Plaza Alam Sentral. Tempat saya lukis inai masa sebelum nikah dulu. Harga lukis ikut corak/saiz.
Kali ni buat di Melaka, Dataran Pahlawan. Takde kedai pun, tapi special event sempena diwali yang lepas. Saja borak-borak dengan aunty tu, anak dia sakit. Kena buat dialisis dan lain-lain. So, sambil lukis inai, niat sambil hulurkan bantuan. Satu tangan kanak-kanak, rm5 je.
Aneesa pun first time lukis inai kat kedai. Kat rumah dah banyak kali..tapi memang comot-comot la tak secantik seperti ni.hahaha.. ;)
Rindu pokok inai. Mana nak cari ye? Nak tanam rasanya. Nanti boleh pakai puas-puas. :)
Misi mencari pokok inai bermula! ;)
No comments:
Post a Comment