Friday, 22 May 2015

Ambil report card pertengahan tahun


As salammualaikum wbt... :)

22hb Mei ambil report card Aleesya dan Aneesa. Jumpa cikgu nak tau perkembangan mereka untuk sesi pertengahan tahun. 

Alhamdulillah.. Aleesya dapat nombor 2 dari 16 pelajar. Semua keputusan mata pelajaran sangat baik. Mom dah teliti satu-satu paper exam mana yang dia silap jawap. Perlu diperbaiki lagi.. In shaa Allah Aleesya boleh! ;)

Aneesa takde exam untuk kelas 4 tahun. Tapi cikgu ada tunjuk semua homework yang dia buat. Cikgu bagitahu macam mana Aneesa kat sekolah. Cikgu cakap, Aneesa ni pendiam. Tapi kalau keluar suara sesekali, ayat dia bukan main..haha. Contohnya:
Cikgu: Ni kenapa salah ni..? (Sambil tunjuk huruf yang Aneesa tulis)
Aneesa: Alaa.. Takpe, salah sikit je.. (Dengan muka tak bersalah..)

Hahahah..macam-macam. Ni result Aleesya. Nombor 2. Peratus keseluruhan, 93%. Syukur alhamdulillah..

Lepas ambil report card, kami pergi makan nasi ayam. Sambil....Nak survey untuk order catering kecil2 buat birthday party Baby Muhammad. Baby Muhammad 1 tahun dah bulan depan ni.. ;)

0 comments on "Ambil report card pertengahan tahun"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men