Wednesday, 13 May 2015

Aneesa masuk hospital - lung infection


As salammualaikum wbt... Ya Allah.. Sembuhkanlah Nur Aneesa Eryna, berikan keceriaan, kesihatan dan kesejahteraan sempurna, limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu, dan lindungilah puteri kami ini dari sebarang kecelakaan. Ameeen..

Terima kasih pada kalian yang mendoakan.. Moga Allah limpahi kesejahteraan kepada kalian juga, in shaa Allah ameen. 

Dah masuk hari ke-3 (2 malam) kami berkampung di hospital. Bila agaknya lah dapat balik rumah. Aneesa pun dah banyak kali tanya bila nak balik, jom la balik rumah. 



Warded hari Ahad, 10/5.
First day - Buat ujian darah, kahak. 
Result: 
Denggi, negative! ...alhamdulillah.
Influenza, negative! ...alhamdulillah.
Infection, HIGH! ...Allah. 

So, continue stay hospital.
Treatment: antibiotik, paracetamol, ...(yang ni kat rumah pun boleh mom bagi sendiri kan.)
Additional: Nebulizer ..(sebab, Aneesa batuk berkahak. Tanya doc macam mana batuknya. Dia tak recommend untuk ambil ubat batuk, nebulizer is better untuk Aneesa).

Hari kedua, 11/5. 
Doc check waktu pagi, dengar bunyi kuat pada paru-paru. Doc tak bagi kami balik lagi.. 
Doc nak buat x-ray.
So, pagi ni buat x-ray. Aneesa tak nak. Tapi mom ni kan 'pakar' psyco anak-anak kononnya. 
Kesian Aneesa, masa tunggu turn nak x-ray ni la dia duduk ulang-ulang cakap "mummy, jom la balik rumah. Adik nak balik rumah. Jom la balik sekarang..."

Tunggu keputusan x-ray.. Lama betul sebab ramai yang buat x-ray pada hari tu. 

My hubby kerja. Tapi nak juga balik walau jauh. Dia nak tengok keadaan Aneesa.
Jadi, bila my hubby sampai petang dalam 5 lebih, terus saya balik rumah sekejap ambil kelengkapan untuk stay sana seterusnya (dengan Aleesya dan baby Muhammad)

Malam datang balik, supaya daddy boleh balik dengan Aleesya. Daddy kerja, Aleesya sekolah ada ujian lisan.

Result x-ray dah keluar, masa saya balik rumah sekejap tu. Daddy kata, doc explain memang ada lung infection. Pada gambar x-ray tu boleh nampak putih-putih bahagian paru-paru.

Continue buat neb, antibiotik. Alhamdulillah demam dah takde. Doc ni advice, jika demam 38 deg celcius baru ambil paracetamol. Sebab nak bagi antibodi bekerja sendiri.

Hari ke-3, pagi lepas buat neb doc datang. Check dada masih ada bunyi. So continue antibootik, sebab doc kata memang take time untuk kahak tu hilang. Doc kata kalau jam 11pagi check takde demam, boleh balik... Alhamdulillah. Yeay! :)

Aneesa dengar doc cakap tentang boleh balik tu. Maka, ulang-ulang la lagi dia tanya "dah boleh balik kan mummy?" Sambil kemas-kemas beg sendiri masukkan story book, colouring book sua dalam beg dia..hihi. 

0 comments on "Aneesa masuk hospital - lung infection"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men