Hari Isnin lepas, kami ambil my abah datang rumah saya. Disebabkan my mak kerja, kami bawa my abah je untuk beberapa hari. Itupun sebab my abah tak berapa sihat beberapa hari lepas. Jatuh pitam, check doktor sebab salah makan.
My abah ada diabetis. Alhamdulillah masih terkawal. Cuma, my abah dah berumur kan. Tak kuat macam dulu. Dulu my abah ni kuat, rajin jogging dan exercise, tapi atas sebab tertentu, aktiviti jogging dah stop. Bila stop, mula la pelbagai penyakit datang kan. (-_-")
Aleesya dan Aneesa excited sangat atok ada kat rumah kami. :) tapi.. Baby Muhammad ni jenis dah kenal orang. Atok pula jarang jumpa. Jadi mula-mula tu ada 'kelat' sikit la.hehe..
Meriah rasanya atok ada kan. Baby Muhammad pun dah mula nak kat atok. Happy la atok, ceria main dengan cucu-cucu. :)
Bawa abah pergi shopping sikit. Pergi makan-makan.. Lepas ni, ajak my mak datang sekali boleh pergi luangkan masa best macam ni lagi. ;)
Sama-sama tolong doakan juga abah Abu Bakar diberi kesejahteraan dan kesihatan yang baik, sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah..ameeen.
"Bila atok nak datang lagi...", Aleesya.
No comments:
Post a Comment