Sunday, 26 April 2015

BabyMuhammad baru nak ada gigi!

As salammualaikum wbt... :)

Setiap hari rasa gusi baby Muhammad ni pakai jari, nak check dah ada gigi tak. Heheh.. Iyelah, dah 10 bulan..tapi belum ada gigi. Saya ok je dia belum ada gigi, sebab seriau juga bila dah ada gigi nanti menyusu sambil digigit-gigit.huwaaa.. Tapi, sebab ramai sedara mara asal jumpa je bertanya - dah ada gigi? Dah jalan? 

Ahad lepas, saje rasa rasa macam selalu..tetiba rasa keras-keras macam tajam sikit..hehe. Dah muncul dah gigi dia! Tapi..tak dapat snap lagi gambar gigi. Nak buka mulut dia pun, tak bagi tengok.hehe..

Belanja gambar baby Muhammad 10 bulan..


Dah ada gigi, makan jadi hobi.. :')

Belanja gambar dengan mom pula..


Baru-baru ni, baby Muhammad ada demam. Boleh dikatakan merisaukan saya juga. Sebab, 2 hari tak mahu langsung minum susu, suapkan air masak je pun tak nak. Badan dia memang lesu sangat masa tu. Dehydration.. :'( tapi, syukur alhamdulillah.. Saya tak putus ada usaha supaya dia sihat semula. Rindu sangat time dia ceria, sayu tengok dia lesu tak bermaya.
Saya urut dia dengan virgin coconut oil + garlic.
Saya mandikan dengan air basic-H + lime.
Saya jelum badan kepala dengan basic-H.
Tapak kaki sapu minyak garlic.
Berdukung je..merengek semua tak kena. Saya pun jadi tak tentu arah..tapi kuatkan juga, sebab banyak yang nak diuruskan..
Sampai daddy pun kelam kabut balik kerja awal jauh-jauh semata nak tengok anak dia demam.

Ni antara gambar yang sempat snap masa dia demam. 


Dah jelum pun suhu tak turun 38. Sakit sangat gusi nak tumbuh agaknya sampai tak boleh nak menyusu. 

Syukur sangat bila dia dah boleh menyusu semula. Sebak time tu.. 
Mommy rela awak mengempeng lama-lama asal awak terus menyusu untuk kebaikkan awak..mommy tak sanggup rasanya nak hadapi bila awak tak nak susu mommy..emo! :'D

Ok..nanti sambung lagi. 
Nak buat entry ada video, tapi tak tau camne nak upload dari henfon.. Anyone help please..hihi :p



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...