Tuesday, 2 June 2015

Planning mini birthday Alham


As salammualaikum wbt... 

Hari ni, 15 sya'aban.. Nisfu syaaban...Ikut kalendar islam, genap 1 tahun umur Muhammad Alham Naufal. :)

Syukur alhamdulillah atas anugerah terindah, anak-anak solehah Aleesya dan Aneesa..kemudian dikurniakan pula anak soleh Alham, pelengkap keluarga kami dunia akhirat. 


In shaa Allah nak buat kenduri doa selamat bersama-sama keluarga. Buat kecil-kecil je dulu. Nanti anak-anak dah besar baru plan yang majlis proper sikit. Baru diorang faham untuk enjoy. ;) Ni pun  yang mini2 tak clear lagi planning..hehe. Biasalah, bila planning tak list, takde paperwork (cewahh..siap paperwork haaa! :p) memang kelaut. 
Maybe less than 2 weeks nak buat mini majlis, perancangan 13 Jun (tarikh lahir ikut sijil kelahiran).

Tengok..excited punya pasal. Pergi daiso pun grab je yang cantik di mata untuk majlis kononnya. 


Untuk letak kuih-kuih atau buah. Kecik je benda ni. Murah je kan rm5 (tapi daiso dah naik harga..kesan gst mungkin! :( ...huh!)

Anak-anak pun pow sekali kat daiso. :p

Nanti update lagi tentang planning mini birthday party Alham a.k.a baby muhammad ye. (Tak boleh panggil baby dah lepas ni. ;p sebab dah keluar kategori 'infant'. )

P/s: yeay..choc fountain in the list for mini party! Alhamdulillah. :)



0 comments on "Planning mini birthday Alham"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men