Wednesday 17 June 2015

Salam Ramadhan

As salammualaikum wbt... :)


Alhamdulillah.. syukur tak terhingga kerana diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan lagi. 
Allahuakhbar, tak sabar nak rasa kemanisan nikmat bulan paling mulia ni.
Semoga ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang terbaik dari sebelum ini..
Moga kita semua manfaatkan bulan ramadhan sebaik yang mungkin.
Moga ibadat kita sempurna dan diterima oleh-Nya. In shaa Allah..

"Ya Allah, bantulah kami untuk (terus) berzikir kepada-Mu,
dan (sentiasa) bersyukur kepada-Mu,
dan memperbaiki (kualiti) ibadah kami kepada-Mu. Aameen.."

Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan sama ada sedar mahupun tidak. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan diberkati dan diredhai Allah..in shaa Allah aameen.. 

p/s #1: walau saya mungkin akan kurang iklan di bulan ramadhan tentang biz Shaklee saya di fb mahupun blog, in shaa Allah biz masih berjalan seperti biasa. Segala urusan jual beli boleh hubungi saya tanpa ragu-ragu ye. :) ...(hari-hari biasa pun takde banyak iklan pun...hihihi.. :p)

p/s #2: belum sempat nak story panjang tentang majlis kesyukuran Alham. :p Nanti kita cari masa ok. ;)

#happy1stbirthday #alhamnaufal! ❤️
Posted by Zaimah Bakar on Saturday, 13 June 2015

p/s #3: Senarai menu sahur dan berbuka dah ada.. Uolls pun dah plan ke? Jom nanti kita share tau..tukar-tukar resipi yang kita expert. :)

Salam sayang, Salam kemaafan,
Zaimah Bakar~♥


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...