Saturday 15 August 2015

Pertandingan Bercerita Aleesya

As salammualaikum wbt.. :)

Banyak story nak up, tapi tak berkesempatan. Cerita tentang raya 2015/ 1436H pun tak dapat nak update lagi. Sampai syawal pun dah tiba di penghujung..hehe. :p Abah masuk hospital baru-baru ni memang merisaukan kami adik-beradik.
Quick update tentang my abah: Alhamdulillah..abah dah keluar hospital minggu lepas. Masih lemah, tapi syukur banyak perkembangan positif. My abah tak pernah jadi macam ni, sebab tu kami sangat risau. Sekarang seminggu sekali perlu ke hospital untuk check up dan terapi. Nanti ada waktu terluang saya story lebih lanjut tentang ni, in shaa Allah.

Nak update story tentang Aleesya dulu ni. Baru-baru ni (9/8/2015), Aleesya masuk pertandingan bercerita kanak-kanak. Biasanya setahun sekali, sekolah PASTI Malaysia ni memang akan buat program Alam Ria. Ada pertandingan sajak, bercerita. nasyid, azan dan hafazan. Comel-comel semua anak-anak syurga yang berbakat ni tau.

Alhamdulillah, Aleesya bercerita dengan jayanya! :) I am proud of you, Aleesya sayang...
Aleesya praktis dengan mommy dalam seminggu je. Tapi Aleesya memang sangat gigih dan bersungguh-sungguh nak masuk pertandingan. 

Aleesya menang tau, naib johan! :) Alhamdulillah...
Seronok sangat Aleesya dapat first trofi seawal 6 tahun. Aleesya cakap, dia suka masuk ni, suka cakap depan orang ramai..tak rasa takut pun ! Wahhhh... confident level Aleesya sangat tinggi.

Ada kisah di sebalik Aleesya hanya dapat jadi naib juara. Tapi, apa pun.. yang penting Aleesya tetap happy dan ada kenangan indah semasa tadika ni. Rezeki jangan dipertikaikan, walau ramai juri dan cikgu-cikgu yakin Aleesya boleh johan pada awalnya dan boleh maju ke peringkat negeri. Pasti ada hikmahnya yang Allah tetapkan. Alhamdulillah.

Nak tengok tak macam mana Aleesya bercerita?
Jemput tonton ye.. :)
Kita sama-sama doakan AleesyaElvira terus maju jaya dengan cemerlang dunia dan akhirat...in shaa Allah, aameeen..




With LOVE,
Mmy..~♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...