Saturday, 7 November 2015

Terapi minda shopping di hujung jari - The Body Shop


As salammualaikum wbt... :)

Kali ni nak share story tentang salah satu produk favourite saya dari dulu lagi, The Body Shop. Siapa suka wangi-wangi??? Angkat keyboard! Hehe..

Bila dah jadi mak-mak ni, mostly semua produk yang saya pilih mesti lebih kepada natural, mesra alam, dan selamat. Saya suka baca label, sebelum beli apa-apa yang berkenan. Mostly juga cepat2 study 'google' sebelum beli..hehe. Selalu jugak tak menyempat pergi kedai beli, jadinya - sambil google, sambil membeli. Semua di hujung jari... :D

Contoh yang terbaru, dah beli The Body Shop secara online.. ;) mudah je..hehe. Just pergi website body shop, www.thebodyshop.com.my.. Register.. Pastu lawat la satu persatu..Klik la item yang korang nak. Details tentang produk-produk dalam website pun lengkap tau. Siap ingredient lengkap satu persatu, cara guna, saiz, macam-macam lagi lah.. Kalau pergi outlet, biasanya kita boleh la try tester ambil bau kan. Kat website, tak payah la cium screen korang..hehehe. Baca je description kat situ dah lengkap. Pastu..Korang imagine je. In shaa Allah ia ala-ala seperti yang diharapkan. :)
Saya ada try beli online pakai desktop dan smartfon. Dua-dua ok , website tbs ni supported. So far pembelian berjalan lancar (tapi pastikan akaun ada $$$ :p). Oh ye..kalau sign up, biasanya belian kali pertama akan dia emailkan voucher free gift tau. Saya dapat puree strawberry.. Perghhh..bau lotion ni, serius sweet yummy macam nak makan!
Dah check out, masukkan voucher code (kalau ada), payment siap, so korang tunggu je depan rumah kurier datang hantar barang korang kan! ;)

Tadaaaa... Selamat sampai.



Sebenarnya ia 2 parcel yang berbeza.. :) sebab dah siap shopping sekali, tiba-tiba nak beli lagi. Lagi-lagi tengah FREE DELIVERY ni tanpa minimum amount! (free delivery sehingga 19 Nov 2015 ni, cepattt tau! ;p ) Apa lagiii... ON je la. ;)


Order saya sampai cepat. Dalam 2 hari bekerja. Bungkusannya kemas. Pastikan "do not accept if the seal is broken". Dalam kotak, penuh 'bird nest'. Memang 'selesa' item-item yang dibeli. Tunggang terbalik masa proses penghantaran pun, in shaa Allah barang yang fragile ni masih selamat. ;)

Ada beberapa item yang saya nak share story dan review kat korang.
Oils of Life dan Tea Tea range.

Ok, yang Oils of Life.. Saya beli:
Oils of Life™ Intensely Revitalising Bi-Phase Essence Lotion.
Ini kira macam ala-ala toner. Tapi ada 2 base. Secara ringkas maksudnya ada elemen air dan minyak..sebab tu special ada Bi-Phase. ;)
Nampak tak dua lapisan air-minyak yang terpisah tu.
Ni yang special ni.. :) 2 dalam 1.. 

Goncang-goncang sebelum guna. 
Supaya bila kita titis keluar, dapat la dua-dua elemen air dan minyak tu. 

Saya dah lama sangat tak pakai toner. Skip step toner sebab muka saya dulu jenis pakai toner je jadi kering kejung. Siap terkopek-kopek pedih tepi hidung dan mulut. Kalau pakai bedak time terkopek tu, memang bercapuk tahap tak sanggup pandang muka sendiri kat cermin! Tapi..bila tak pakai toner, muka start jadi berminyak dan jerawat pasir pula. Redha je oily sebelum ni sebab tak sanggup pedih kering terkopek..erk! :'(

Disebabkan Oils of Life ni ada essence lotion a.k.a 'toner' special, jadi pintu hati saya ni terbuka la nak cuba pakai yang ni. Walau mula-mula agak gentar nak mencuba sebab nama item ni ada 'OILS'.. (Dalam hati terdetik, habis la..muka bertambah minyak. Tak payah beli minyak nak masak lepas ni kot. Hahaha..)

Ni SEBELUM guna apa-apa. Kulit muka togel sahaja.. :p
Kalau perhati betul-betul, ada banyak jerawat kecil-kecil kat dahi tu. Memang susah nak hilang.
Berminyak muka walau baru berapa minit lepas cuci..kilat hidung! T_T



Ok, pertama kali apply OOL lotion ni kat muka..
- wah! Sedapppnya bau dia. Lembut tapi 'rich'. Tak tau nak bagitau macam mana bau dia. Best betul bau..
- pastu..wahwah. Sapu tak rasa oil2 pun. Meresap je masuk kulit rasanya..saya suka saya suka!
- bila dah lama sikit sebelum rutin biasa nak letak pelembab. Terasa..wahh macam tak payah nak letak pelembab je. Kulit muka rasa segar.

Ini SELEPAS guna Oils of Life Essence Lotion dalam 5 hari.
Gambar semua tanpa edit. Dah KURANG jerawat kecil kat dahi tu! Hampir tiada. :)
Muka pun dah tak berminyak. Tengoklah..hidung dah tak berkilat!
Yeayyy.. ;D

Selepas pakai dalam 5 hari, taktau la kenapa rasa perasan diri ni macam berseri-seri.hehehe.. Bukan la kata terus macam jadi cerah putih melepak, tapi macam bersinar dan tona sekata. Liang pori yang besar pun berkurang. ;)
Pssttt..My hubby pun ada tegur 2 hari lepas kata nampak saya cantik pula.. :p alhamdulillah..pujian suami memang sangat bermakna. :) Lagi-lagi my hubby ni jenis jarang puji. Opps! ;p

Serius sangat amazing! Syukur alhamdulillah ia serasi....yeay, misi pencarian berakhir! :) :) Terasa confident je tanpa tepek muka mekap tebal-tebal. ;)
Harga sebotol 100ml ni, RM125. Pakai sikit-sikit je. Maybe boleh bertahan lama. (Nanti dah nak habis saya bagitau anggaran tempoh penggunaan sebotol ni).
In shaa Allah ada rezeki nak try item lain dalam range Oils of Life ni. Ada pure oils (mesti lagi power sebab betul-betul concentration), dan moisturizer.

Ok, item kedua.. Wangi-wangi pulak. Saya memang gemar sangat wangian tbs ni. Dari EDP, EDT, body mist, butter, dan lain-lain juga lah.. :)

Kali ni try Fuji Green Tea™ Cologne. Dapat bayangkan bau green tea tak? Bukan macam bau daun tau! Tapi bau segar..fresh sangat. Wangi ke tak? Pada saya sedap. Kat hujung-hujung bau fresh tu, ada bau bunga-bunga juga. Kira fresh yang amat (tapi bukan bau 'keras' tau) + sipi-sipi floral. My hubby pun suka, maka dia pun rembat pakai sekali.hahaha.. Sehati sejiwa, seharum sebau sekali.. ;p Ok la tu, sebab bau colonge ni bukan yang jenis 'ayu', kira unisex pada pendapat saya. Lelaki dan perempuan pakai tetap sesuai harum je baunya. ;) sebelum ni memang saya ada pernah beli fuji green tea body scrub dekat outlet tbs. Yang tu pun my hubby pun pakat pakai sama..hehe.

Yang best Fuji Green Tea™ Cologne:
- sangat segar dan manis dihujung bau dia.
- perempuan atau lelaki pakai pun match sangat harumnya.
- colonge bau lebih tahan lama dari body mist.
- pakai lepas mandi, melekat lama bau dia.
- time cuaca panas-panas pakai kat badan sejuk je rasa, segar. Spray kat baju pun boleh tahan lama dia.
- penutup dia lebih cantik dan exclusive dari body mist biasa..heheh. :p

Spray..spray.. segar dan harummm.. ;p

Harga colonge Fuji Green Tea ni RM95 sahaja.. Ok sangat sebab kira macam perfume dan body mist, 2 in 1..hehe. ;)

Ok kan? Siapa suka body shop, kita geng! :D
Jadi kalau pergi shopping, singgah outlet TBS try ambil bau semua. Staf-staf outlet tbs so far sangat friendly. Pastu cuci mata kat website TBS pulak. Klik-klik, shopping terus..hehehe.


Dah confident kulit muka bertambah ok, tak payah kelam kabut nak pakai foundation bedak segala bila suami balik kerja. Tinggal calit lipstik sikit, topup spray wangi sikit, siap. Sambut dengan senyumannn..ahaks! :) :) :p

Senyum dengan CONFIDENT! :) :)

Yang baik-baik kita share.. Moga info ni bermanfaat ye sayang-sayang sekalian.
In shaa Allah, nanti saya share review yang lain lagi. :)

Love,
Mommy Ima ;)

0 comments on "Terapi minda shopping di hujung jari - The Body Shop"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men