Wednesday, 3 February 2016

Nasi Dalam Bunjut...


Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

Antara rutin setiap hari mommy sekarang, hantar dan ambil Aleesya dan Aneesa sekolah ON TIME! ;) Perlu on time atau selalunya memang mommy sampai awal sebab tak nak anak tunggu lama-lama. 

Jadi, mostly waktu mommy dan Alham banyak dihabiskan dalam kereta. Kira rumah bergerak nombor 2.hahaha.. :D 

Awal pagi, semua mommy angkut sekali harung. 
Mula-mula hantar Aleesya ke sekolah kebangsaan. Aleesya biasanya fully siap, dengan siap breakfast sebab masuk awal.
Aneesa pula dah siap mandi dan pakai uniform tadika sekali untuk ke sekolah tadika. Tapi belum dipakaikan tudung dan belum breakfast, sebab bangun pagi biasanya Aneesa terus minum susu. Jadi perlu bawa breakfast untuk Aneesa dan Alham untuk harungi perjalanan seterusnya.heheeh..
Alham pula, biasanya azan subuh dia bangun sekali. Sebab azan kat sini alhamdulillah memang clear. :) so, mandikan terus. In case dia tak bangun, angkut terus dalam kereta, takde hal. ;)

Waktu balik pula, biasanya Alham take a nap tengahari. Jadi tidur je dia dalam kereta masa ambil Aneesa tadika. 
Lepas ambil Aneesa, terus gerak ke sekolah kakak Aleesya. Tapi, awal sangat-sangat. Paling awal sampai okey.hahaha.. Nak buat macam mana...sebab kalau balik rumah dulu, tak berbaloi nak keluar balik ke sekolah Aleesya pula. Tak sampai 10 minit dalam rumah, dah kena gerak keluar balik. 

Maka, plan seterusnya yang mommy dah cuba lakukan untuk manfaatkan masa yang ada ialah, LUNCH dalam kereta! ;D

Nak lunch dengan kanak-kanak ribena dalam kereta sangat mencabar jugak dengan ruang terhad. Jadinya, method baru yang nampaknya berkesan, NASI DALAM BUNJUT PLASTIK. ;)
Korang kecik-kecik pernah tak makan nasi macam tu? Hehehe.. Nostalgia betul lahhh.. ;) ;)
Nasi lauk sayur segala masuk dalam plastik, ikat ketat-ketat, pastu nak makan tinggal gigit hujung bagi bocorkan sikit. :p


Semangat Aneesa makan nasi bunjut sambil melompat sana sini dalam kereta tau. Senang hati mommy tengok dia makan. Senang jugak hati ni tengok nasi tak tumpah berkecah..heheheh. 


Alham pun pandai dah makan sendiri. Tak nak mommy pegangkan. Nak buat sendiri je. Tengok jelingan manja dia, time tu mommy nak tolong dia tolak-tolak sikit nasi dalam plastik tu. Tak bagi dia mommy kacau.hahaha..

So, bila Aleesya dah balik, on the way sambil tunggu sampai rumah, Aleesya juga makan nasi bunjut. Jimat masa sikit untuk rushing ke sekolah agama pula. Sampai rumah  boleh rehat-rehat, mandi, solat dan gerak ke SRA.. Vrooommm.. ;)

1 comments on "Nasi Dalam Bunjut..."

ina nor azlina on 4 March 2016 at 17:04 said...

Wahhh... pandai mommy.kreatip

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men