Monday, 14 March 2016

Koleksi Bento Kami - Part 1


Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

Alhamdulillah.. So far dah masuk 1/4 tahun 2016 Aleesya darjah 1 ni, dia lebih happy kalau bawa bekal dari rumah. Aneesa sekolah tadika 5 tahun di PASTI pun, setiap hari bawa bekal walaupun cikgu makcik kat sana ada sediakan makanan waktu rehat. 

Saya tak lah hebat sangat nak buat bekal yang cantik-cantik macam mommies lain. Serius teruja tengok mommies lain gigih siapkan bento cantik-cantik, colourful, nampak lazat sungguh. In shaa Allah, saya belajar sikit-sikit dari pemerhatian kat group bento mommies sekalian nanti lama-lama jadi hebat jugalah kan.hahaha.. :D Yang penting, setakat ni saya berpuas hati dengan pencapaian hasil bento yang sihat, bersih, dan berkualiti untuk anak-anak saya. Berkat air tangan mommy yang penuh kasih sayang.. :) nanti try lagi dan lagi untuk pencapaian bonus dari segi deco-deco bento pula. Pelan-pelan kita kayuh. :p

Ok, jom view hasil bekal yang termampu setakat ni. ;)

Nasi lemak lite : kenapa lite? Sebab santan guna sikit je. Setakat buat ada rasa.
Kadangkala saya add dengan virgin coconut oil masa menanak nasi supaya bau lebih haru, khasiat juga bertambah in shaa Allah. :)
Telur kicap.. :p ala-ala scramble egg, tapi letak kicap manis sikit je.hehee..
Air masak wajib. Yakult sebagai tambahan. ;)


Roti Sardin : Merajinkan diri salut dengan breadcrumb.
Breadcrums boleh beli yang dah siap.
Kalau nak buat breadcrumb homemade, toast roti putih, then hancurkan halus2 macam breadcrumb. :)



French Toast : Roti telur je.. tengah-tengah tu saya letak cheddar cheese slice. Jadi masa goreng kat pan tu, melting cheezy..
Ohhh..yumms! :D



Nasi putih dengan telur hancur kicap je.
Tapi special sebab Aleesya request nak bentuk horse. Alahai..boleh la ni kan. Asal ada rupa walau tengok nak tergelak. :'D



Bihun goreng tak pedas. 



Extra.. ada kek oren. Hasil kejadian setelah tergoda dengan post FB kat group MAHN.
Senang sangat buat kek ni. Sedap pulak tu.
Yang paling saya suka sebab guna real buah oren yang fresh. Tiada perisa perasa tiruan. :)))



Nasi goreng telur.
Jagung. ;)
Less is more... habis licin anak dara makan,



Nasi lemak ni berasnya saya rendam dengan serbuk kunyit sikit. Tu yang ala-ala yellowish.
Nampak lah elegan sikit kononnya. :p



Roti John Special. Sedapppp...
Taip blog ni tetiba jadi lapar bila tengok gambar ni semula. :p hahaha..



Extra dessert.. muffin vanilla choc chip. :)



Mertabak...haha. Taklah..ni roti canai segera, then letak mayonis dan inti sambal sardin.
sedap wooo.. :D

Setakat ni dulu ye.. ada banyak lagi gambar bento simple dalam handphone tak transfer lagi. 
In shaa Allah nanti sambung part 2.
So far, saya buat simple je. Nak letak resipi pun malu ai.. sebab tengok pun dah tahu apa ingredient nya kan..kan.. hahah.. :p

Salam sayang,
Mommy ima~♥
14.03.2016

0 comments on "Koleksi Bento Kami - Part 1"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men