Friday 24 March 2017

1mo Moment Baby Afeera

Bismillah.. As salammualaikum wbt...

Alhamdulillah.. Afeera dah masuk 2 months old. Tapi disebabkan memory komputer dan phone dah almost full, jadi mommy nak throwback sikit moments Afeera since day 1 hingga 1 month old. 

Bismillahi masyaAllah.. tiba-tiba mommy touching bila tengok balik gambar-gambar Afeera yang baru lahir. :') Our precious miracle baby, Nur Afeera Nufayla.








Semoga Nur Afeera Nufayla membesar dengan sempurna, sihat tubuh badan dan akal fikiran, terus menjadi anak solehah yang beriman berilmu dan bertaqwa, taat perintah Allah, taat pada mommy daddy dan semoga sentiasa dipelihara oleh Allah. Aamiiin, in shaa Allah.

Love,
Mommy Eima~












Thursday 23 March 2017

Anak Kami dan Kelas Mengaji

Bismillah.. As salammualaikum w.b.t..

Awal tahun 2017 ni, anak-anak mommy start dihantar mengaji rumah jiran setaman, mereka panggil umie. Antara faktor kena hantar mengaji, sebab mommy bersalinkan anak ke-4 dan berpantang. Anak dah ramai ni, kalut dengan nak berpantang sendiri. Aleesya dan Aneesa pun dah besar, tak sampai hati nak cutikan lama mengaji time mommy berpantang kali ni.

Sebelum ni, mommy yang ajarkan.. Aleesya dan Aneesa, mommy ajar guna buku iqra'. Mommy memang ajar slow tapi garang (hehehe..tegas sebenarnya), ulang-ulang selagi tak lancar. Alham pula mommy start ajarkan kenal huruf hijayyah dari dia baby dengan flashcard.



Alhamdulillah.. Anak-anak suka juga mengaji dengan umie. Alham pun start guna buku iqra' je macam kanak-kanak yang lain kat sana. Alham lah murid paling kecik. Al kisahnya sebab menangis-nangis nak ikut kakak-kakak mengaji. :'D
Mula-mula dok perhati je orang lain mengaji. Then, atuk tu start try ajarkan mengaji juga. Alham pandai baca ikut atuk dah. Terus mengaji elok dengan iqra' je kat sana.. :)

Tengok betapa semangat muncung Alham.. :'D


Aleesya mommy ajar mengaji dah hampir habis iqra'. Alhamdulillah, baru-baru ni pada 8 Mac, Aleesya dah start naik baca Al-quran. Laju je baca iqra' dengan umie yer? :') Syukur..yang penting bacaannya mesti betul-betul bila dah naik Al-quran ni.



Biasanya, anak-anak ngaji yang baru naik Al-quran ni ibu bapa akan buat sikit 'berkat' untuk kongsi rezeki bersama-sama kawan mengaji. Ada yang bawa buah-buahan, kek, coklat, dan macam-macam lagi. Untuk Aleesya, daddy belikan sikit barang-barang untuk goodies bag (air, epal, coklat dan apollo).
Mommy nak juga 'kongsi rezeki' dengan anak-anak ngaji. Last minute cuba siapkan sebiji kek carrot cheese. Alhamdulillah, berjaya siapkan juga. :)



Alhamdulillah, anak-anak seronok. Kek carrot mommy pun ada yang dah berkenan. End up sampai close order nak tempah kek dengan mommy. I am not a real baker. :') Tapi mommy memang suka baking and eating..haha. Mommy buat apa yang sedap di hati dan di tekak mommy. Tengoklah... decorate kek pun 'kelaut'. ;p
Tapi, business bakery pun salah satu my dreams. Mana tahu, boleh maju jaya..hehe.
In shaa Allah nanti mommy kongsikan resipi kek carrot mommy ni. Mommy google juga, tapi mommy alter ikut citarasa dan kesesuain. :)

Tahniah buat anak-anak kesayangan mommy. Moga anak-anak mommy terus berjaya dengan cemerlang dunia dan juga seiring dengan ilmu bekalan akhirat. Aamiiin, in shaa Allah.

Love,
Mommy eima

Saturday 11 March 2017

Our 2017 Newborn

Bismillah... As salammualaikum wbt.. :)

Alhamdulillah... Miracle baby ke-4 kami selamat dilahirkan pada 13 Januari yang lalu. 
Dah nak masuk 2 bulan beberapa hari lagi.



Baby weight on birth, 3.55kg. Lenght on birth 55cm.
Dilahirkan di hospital Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC) pada jam 8:24 malam, hari Jumaat. Alhamdulillah.. indah sungguh perancangan Allah. Semua anak-anak mommyima daddyandy dilahirkan pada hari Jumaat. :)


Syukur, pada hari ke-7 selamat dicukur kepala oleh ddy, selamat diuruskan aqiqah seekor kambing (diuruskan oleh ummi), dan selesai dinamakan.
Nama diberi Nur Afeera Nufayla, Cahaya Yang Rajin Yang Suka Memberi (dermawan).


Hari yang ke-10, berat naik sikit je..3.6kg.  :p
Alhamdulillah.. Jaundis tak lama, last discharged check up kat klinik kesihatan, hari ke-11.


Hari ke-20, nurse datang timbang baby. Alhamdulillah 4.3kg dah, patutlah bila angkat dah terasa. ;) Daddy sampai confused, ni umur 20 hari ke atau 2 bulan? :D


In shaa Allah, akan mmy kongsikan lagi moment kelahiran baby kat blog ni (handphone mommy tak boleh on. Sedih banyak kenangan dan gambar anak-anak dalam tu... Jadi, sementara mana yang ada simpan dalam draft ni, mommy coretkan kat blog. :'D)

Soon, in shaa Allah mommy up story mommy tentang ni pula:~
Moment hari sebelum kelahiran, 
Moment di hospital (in shaa Allah mommy kongsikan review service sebab kami first time ke hospital baru ni),
Kronologi kelahiran anak ke-4,
Moment berpantang (Suamiku Penjaga Pantangku - tajuk novel :p),
In shaa Allah, moga diberi kelapangan waktu untuk berblog semula. Encik suami a.k.a pembaca setia pun dah tanya banyak kali, bila nak masukkan dalam blog. :'D

Harap handphone mommy cepatlah elok. Rindu nak throwback gambar-gambar dalam tu. Tak sempat nak transfer ke komputer, tiba-tiba handphone 'koma'.. Nangis! (T_T)

Thank you sudi baca! :)

Love,
Mommyima


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...