Thursday, 23 March 2017

Anak Kami dan Kelas Mengaji


Bismillah.. As salammualaikum w.b.t..

Awal tahun 2017 ni, anak-anak mommy start dihantar mengaji rumah jiran setaman, mereka panggil umie. Antara faktor kena hantar mengaji, sebab mommy bersalinkan anak ke-4 dan berpantang. Anak dah ramai ni, kalut dengan nak berpantang sendiri. Aleesya dan Aneesa pun dah besar, tak sampai hati nak cutikan lama mengaji time mommy berpantang kali ni.

Sebelum ni, mommy yang ajarkan.. Aleesya dan Aneesa, mommy ajar guna buku iqra'. Mommy memang ajar slow tapi garang (hehehe..tegas sebenarnya), ulang-ulang selagi tak lancar. Alham pula mommy start ajarkan kenal huruf hijayyah dari dia baby dengan flashcard.



Alhamdulillah.. Anak-anak suka juga mengaji dengan umie. Alham pun start guna buku iqra' je macam kanak-kanak yang lain kat sana. Alham lah murid paling kecik. Al kisahnya sebab menangis-nangis nak ikut kakak-kakak mengaji. :'D
Mula-mula dok perhati je orang lain mengaji. Then, atuk tu start try ajarkan mengaji juga. Alham pandai baca ikut atuk dah. Terus mengaji elok dengan iqra' je kat sana.. :)

Tengok betapa semangat muncung Alham.. :'D


Aleesya mommy ajar mengaji dah hampir habis iqra'. Alhamdulillah, baru-baru ni pada 8 Mac, Aleesya dah start naik baca Al-quran. Laju je baca iqra' dengan umie yer? :') Syukur..yang penting bacaannya mesti betul-betul bila dah naik Al-quran ni.



Biasanya, anak-anak ngaji yang baru naik Al-quran ni ibu bapa akan buat sikit 'berkat' untuk kongsi rezeki bersama-sama kawan mengaji. Ada yang bawa buah-buahan, kek, coklat, dan macam-macam lagi. Untuk Aleesya, daddy belikan sikit barang-barang untuk goodies bag (air, epal, coklat dan apollo).
Mommy nak juga 'kongsi rezeki' dengan anak-anak ngaji. Last minute cuba siapkan sebiji kek carrot cheese. Alhamdulillah, berjaya siapkan juga. :)



Alhamdulillah, anak-anak seronok. Kek carrot mommy pun ada yang dah berkenan. End up sampai close order nak tempah kek dengan mommy. I am not a real baker. :') Tapi mommy memang suka baking and eating..haha. Mommy buat apa yang sedap di hati dan di tekak mommy. Tengoklah... decorate kek pun 'kelaut'. ;p
Tapi, business bakery pun salah satu my dreams. Mana tahu, boleh maju jaya..hehe.
In shaa Allah nanti mommy kongsikan resipi kek carrot mommy ni. Mommy google juga, tapi mommy alter ikut citarasa dan kesesuain. :)

Tahniah buat anak-anak kesayangan mommy. Moga anak-anak mommy terus berjaya dengan cemerlang dunia dan juga seiring dengan ilmu bekalan akhirat. Aamiiin, in shaa Allah.

Love,
Mommy eima

0 comments on "Anak Kami dan Kelas Mengaji"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men