Saturday 11 March 2017

Our 2017 Newborn

Bismillah... As salammualaikum wbt.. :)

Alhamdulillah... Miracle baby ke-4 kami selamat dilahirkan pada 13 Januari yang lalu. 
Dah nak masuk 2 bulan beberapa hari lagi.



Baby weight on birth, 3.55kg. Lenght on birth 55cm.
Dilahirkan di hospital Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC) pada jam 8:24 malam, hari Jumaat. Alhamdulillah.. indah sungguh perancangan Allah. Semua anak-anak mommyima daddyandy dilahirkan pada hari Jumaat. :)


Syukur, pada hari ke-7 selamat dicukur kepala oleh ddy, selamat diuruskan aqiqah seekor kambing (diuruskan oleh ummi), dan selesai dinamakan.
Nama diberi Nur Afeera Nufayla, Cahaya Yang Rajin Yang Suka Memberi (dermawan).


Hari yang ke-10, berat naik sikit je..3.6kg.  :p
Alhamdulillah.. Jaundis tak lama, last discharged check up kat klinik kesihatan, hari ke-11.


Hari ke-20, nurse datang timbang baby. Alhamdulillah 4.3kg dah, patutlah bila angkat dah terasa. ;) Daddy sampai confused, ni umur 20 hari ke atau 2 bulan? :D


In shaa Allah, akan mmy kongsikan lagi moment kelahiran baby kat blog ni (handphone mommy tak boleh on. Sedih banyak kenangan dan gambar anak-anak dalam tu... Jadi, sementara mana yang ada simpan dalam draft ni, mommy coretkan kat blog. :'D)

Soon, in shaa Allah mommy up story mommy tentang ni pula:~
Moment hari sebelum kelahiran, 
Moment di hospital (in shaa Allah mommy kongsikan review service sebab kami first time ke hospital baru ni),
Kronologi kelahiran anak ke-4,
Moment berpantang (Suamiku Penjaga Pantangku - tajuk novel :p),
In shaa Allah, moga diberi kelapangan waktu untuk berblog semula. Encik suami a.k.a pembaca setia pun dah tanya banyak kali, bila nak masukkan dalam blog. :'D

Harap handphone mommy cepatlah elok. Rindu nak throwback gambar-gambar dalam tu. Tak sempat nak transfer ke komputer, tiba-tiba handphone 'koma'.. Nangis! (T_T)

Thank you sudi baca! :)

Love,
Mommyima


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...