Friday 11 August 2017

Spin Mop Review

Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

Lama tak review barang yang mommy guna. Hari ni nak share experience guna spin mop yang nampak macam best ni. Ada jual banyak online. Contohnya GoShop, CJWow, Lazada, etc.. Kat offline sesetengah kedai pun ada ternampak jual ni. You all kalau berminat, boleh la survey kat mana yang berkenan. 


Daddy belikan 'toys' baru mommy ni kat Lazada. Warna favourite mommy, green. Excited kejap nak guna. ;)
Dalam wish list mommy, sebenarnya cuma teringin nak spray mop Rubberma*d tu pun dah cukup. ;p 
Dah daddy tergoda dengan spin mop ni. Jadi daddy belikan mop yang lagi gedabak besar ni, harga pun lagi up..mommy terima je dengan tangan yang terbuka tanpa banyak bicara. :p
Spin mop kat Lazada ada banyak jenis tau. Ada yang harga dari RM30+ hingga RM100+ pun ada. Daddy dah survey specification tu, daddy beli yang RM100+. Daddy kata, mesti ada sebab kenapa mahal kan. Hmm..no komen. :') Tapi kadangkala, tak semestinya murah tak serasi kan..hee~ ;)
Apa kelebihan yang mahal sikit ni selain dari yang biasa? 

Pros:
Heavy duty material - rod daripada stainless steel. 
Ada pedal untuk spin dry mop lepas celup air.
Ada lubang untuk buangkan air. Jadi bila siap mop, takyah tongangkan nak keluarkan air banyak yang berat. 

Cons:
Berat sikit. Boleh bina muscle mommy. Hahaha. ;D
Susah sikit nak lock supaya jangan pusing sekali masa mop lantai. 
Kat kepala mop yg besi bulat pegang kain mop tu, besar. Rambu ramba tu pendek sikit, jadi masa mop tu kalaulah rambu ramba tu tak balance, besi tu akan bergesel dengan lantai. Mommy ngiluuu sikit. >.<
Nak menyimpan perlukan ruang. 
Walau ada roda, agak mencabar jugak setiap kali nak angkuttt keluar masuk stor-tandas. 

Specification lengkap, boleh view link ni:
http://www.lazada.com.my/easy-spin-mop-micro-fiber-cloth-wpedal-wheels-amp-stainlesssteel-basket-19908428.html?spm=a2o4k.category-250103000000.0.0.dbAoFu&ff=1&sc=ER8y

Mommy so-so je dengan mop ni. Tak recommended sangat for me. Walaupun pada mulanya tengok kat goShop bila tengok orang tu promot, iols tergoda.hahaha.. :')
*spraymop masih menjadi idaman hati..hehehe.

Pakai mop tisu beli kat daiso pun mommy dah cukup gembira tau. Itu juga yang mommy capai dulu kalau nak pantas. Terbaik mop daiso tisu ni untuk mop rambut bersepah kat lantai. \(^_^)/

By the way, mommy guna floor cleaner liquid Basic-H ni dah lama dah. Masih setia dan belum pernah bertukar. 
Oddorless. Safe. 
Mommy selalu letak sikit dettol dalam air untuk mop juga.




Teringin juga nak beli brand lain yang natural dan bau segae bugar.
Tapi, sayang $ juga nak invest sebab bukan murah sangat. 
Pastu takut juga bau tak serasi dengan loobang hidung ni..haha. Paling tak best bau menusuk, boleh sakit kepala jadinya. (-_-) 
Pastu, tak tukar-tukar jugak brand lain sebab pakai basic-H ni macam tak habis-habis. Apesal eh? ;*
Jimat dan tahan lama tau rupanya. 

Ok, itu je setakat ni yang teringat nak taip.
Disclaimer: ni review hanya pendapat peribadi mommy.Lain orang mungkin lain serasinya. Mommy just nak share jika ia membantu sesetengah pihak. 

Love,
Mommy_ima~
@ 3:39 a.m. -aik? Malam-malam buta lagi menaip hari ni. (@_@") monitor anak-anak yang kejap-kejap terkejut ni haa bunyi guruh kilat petir, hujan lebat.. ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...