Tuesday, 19 September 2017

Anchovy Fritters


Bismillah.. As salammualaikum w.b.t.. :)

Bukan main lagi anchovy fritters tajuknya. ;') padahal cuma jemput-jemput ikan bilis senang yang amat! ;D


Rangup di luar, lembut di dalam. Onom..nom..nom! :p

Sama je dengan jemput-jemput atau cengkodok lain. Yang penting batter (ececeh.. Siap batter kan! Haha.. Alaa, campuran tepung, air, telur ikut sesedap korang lah :p) + lepas tu campur dengan isi kandungan yang you all nak (macam vegies or bilis or kelapa or apa-apa la).

TAPI, nak share TIPS cara mommy bancuh je. Yang mana belum tau, maybe boleh la try kalau nak follow. Yang dah tahu, takpe..hehehe.. ;)

Mommy bancuh dengan AIR PANAS mengelegak dari cerek. Mommy start buat macam ni dari masa try buat churros dulu-dulu. Sebab nampak boleh dapat tekstur rangup kat luar, kekal lembut kat dalam macam churros kan. :)
*make sure kacaulah pakai spatula ke, sudu dulu tau tau tau. Kalau taknak tangan jari jemari you all melecur.

Ok tu je.. 

RESIPI anchovy + potato fritters :p byMOMMY:-

Tepung gandum (agak-agak dalam 1 cawan)
Garam secukup rasa 
Air panas

- masukkan garam dalam tepung. Masuk air panas sikit-sikit, mix pakai sudu sampai bergentel jadi macam doh (tapi doh memang lembut sikit).
- agak macam dah suam dah boleh pegang, uli-uli sikit. 

1 biji kentang (disagat dan cincang kasar sikit)
1/4 bawang holand potong dadu
Ikan bilis (boleh blend kasar dengan bawang holland/ tumbuk-tumbuk dengan lesung)

- mix dengan adunan tepung tadi. 
- goreng dengan api sederhana. 
- SIAP! 


Selamat mencuba dan menjamu selera! 

Love,
Mommy ima..~

0 comments on "Anchovy Fritters"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men