Saturday, 20 October 2018

PASKAL The Movie

As salammualaikum wbt.. :)

Best! Ok..nak cakap tu je. :p hehehe..
Untuk level filem tempatan, mommy rasa, this is the BEST among the best so far!


Tahniah pada team PASKAL The Movie. 
Sebelum tonton filem PASKAL, pastikan jangan set mind nak banding-banding dengan filem international yang sememangnya canggih, effect and sound system bagai. Okay? :)
Kalau nak bandingkan dengan level filem tempatan yang lain, memang PASKAL jauh kehadapan. 
Filem berkualiti macam ni yang kita harapkan. Rasa berbaloi spend time, money and energy (well yes, I need more energy mentally and phisically to control my kids in the cinema..haha :D)

Seriously kalau kita bersedia fokus amati filem PASKAL, ada banyak ISI. 
And it based on real live. Jadi, mommy juga salah seorang yang terkesan bila tonton filem ni. :')

Mommy tak nak review with the synopsis, sebab nanti potong line bagi yang nak tonton tapi belum tonton. Yang nak pergi tonton, teruskan niat anda. It's worth it! ;)

Lakonan mantap. Nampak real..
Sound effect pun okay. 
Ada part kelakar yang buat tak hambar. 
Touching. 
Jalan cerita pun teratur, mudah faham.
Mommy beri 5/5.
10/10! :)

Actually dah dua kali beli movie tickets PASKAL ni.
First, dah beli tapi tak jadi tonton sebab kami rushing ada hal yang perlu diutamakan. Burned 5 tickets. :'( But its okay, berlapang dada..masa tu percaya sangat kalau ada rezeki mesti dapat juga tengok kat wayang. 
And alhamdulillah sangat, after 2 days day, dapat peluang tonton lagi. (Special thanks to those sponsored our tix. ;D)

Excited, paling excited our son, Alham. 
Currently, Alham obses sangat dengan abang soldier. hahaa..
Tank, sniper, gun, tak terkira berapa banyak koleksi toys.. 
Cap, shirt dan pants pun nak macam soldier. :p


Bukan main lagi Alham landing sambil kunyah popcorn. :D

We have a good time. Masa dalam panggung, Alham and Afeera ada juga meragan kejap, sebab mengantuk. Memang dah time they all nak nap. 
So, mommy keluar kejap bawa dua orang kecil ni beli steam corn. Syukur kaunter popcorn and snacks belah dalam tu buka. 

Balik rumah je, Alham dah request "mommy, nak tengok lagi cerita soldier.. "
Hahaha.. Bertabah la ye. 
Mommy hulur Alham tengok video trailer PASKAL je sementara. Kita repeat 100 kali trailer ni dulu. :p


Last but not least, 
Congrats to team PASKAL The Movie.
Dan tahniah pasukan PASKAL Malaysia, you are the real heroes! 

Love,
Mommy_ima














Wednesday, 26 September 2018

Lazada Shopathon Blogger Contest - Best Deals

Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

Wow.. Ada Shopathon Sale!
Apa yang menarik this time? Jom sama-sama check it out LAZADA esok (27.9)! :D

Select three of your favorite brands on Lazada and tell us why you love them. 

First, mommy pilih: Logitech


Why? Sebab barang berkualiti dan sememangnya original beli kat Official Store kat Lazada ni.
Mommy dah beberapa kali beli mouse for desktop. Sangat berpuas hati! :)
Kalau nak survey harga electronic devices atau accesories, sangat berguna. Lepas survey terus terbeli kat Lazada sebab their price is much cheeper and great deals.. ;)

Second brand mommy suka: Watsons


Macam mana mommy suka masuk store Watsons kat shopping complex, macam tu juga la mommy suka terus ke Watsons dalam LazMall ni. Hehe.. Tak pernahnya cukup membeli kalau ke Watsons. Ada je berkenan. Kat Watson LazMall pun selalu ada offer. I like! ;D

Third mommy's favourite brands: Drypers


Since my lil baby still pakai diapers, maka memang selalu beli Drypers ni. 
Berbaloi beli banyak terus kat sini, tak payah nak angkut banyak-banyak dari shopping complex masukkan dalam kereta, then nak transfer dalam rumah lagi. 
Beli online, settle! They deliver to your doorstep. ;)

Ok, banyak lagi sebenarnya brand yang best kat Lazada ni. 
Kita sama-sama terjah Lazada untuk Shopathon Sale ok? Get ready on 27th September 2018. Untuk.info lanjut boleh klik [sini


Happy Shopping eveyone! :)










Sunday, 2 September 2018

Shopathon Blogger Contest - All You Ever Wanted

Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

9.9 Festival Sale di Lazada is coming soon!
Mommy excited ni, dah survey barang-barang yang diidam-idamkan. :D

More info, click [here]


3 product yang mommy nak sangat beli on sale ni?

#1 Air Purifier!


Mommy memang tengah survey nak beli air purifier nak letak kat ruang tamu.
Nak bagi fresh kat ruang ni, hari-hari spend banyak masa dengan anak-anak kat sini. 
Ada 9.9 festival sale ni, tak sabar nak tunggu harga offer boleh dapat berapa benda ni.. :>


#2 Trampoline!


Anak-anak suka sangat jumping on the bed. Dah lama aim nak beli trampoline kecil ni. Ada 9.9 Festival Sale, mesti berbaloi kalau beli. ;)


#3 Play Sand


Mommy yang ada anak-anak kecil ni, asyik fikir aktiviti apa nak beri anak-anak main bagi mereka leka dan seronok. Taknak la bagi main gadget je. Nak permainan yang beri manfaat sambil asah motor skill. Paly and learn kaedahnya. :)
Murah dah harga kat Lazada, kalau dah start 9.9 Festival Sale ni, lagi dah murah yang amat! Tak sabar.... :p


Ok, jom save the date! Set reminder apa yang patut. Masuk wishlist, add to cart. Kita sama-sama tunggu 9.9 Festival Sale yang tak lama lagi nak mula dah ni tau..

Happy Shopping Guys! :)

P/s: Untuk info lanjut Shopathon Blogger Contest, click [here]



Saturday, 5 May 2018

Kids' book haul at BBW2018

Bismillah... As salammualaikum wbt.. :)

Awooo... Excited howling together with Big Bad Wolf! :D



Alhamdulillah... Hasrat tahun ni untuk hunting more books collection for kids tercapai. Kalau boleh, memang tiap-tiap tahun nak pergi. Macam kena rasuk rasanya bila dengar news serigala besar ni nak datang melaka. Hahahah..

This year memang aim nak tambah buku anak-anak je. Jadi, mommy jalan laju-laju melepasi segala section buku-buku yang mommy minat sambil jeling sebelah mata. :') last before bayar, memang daddy dah offer "Mommy tak nak ambil buku satu dua ke untuk mommy?". Dengan selamba jawab.. "Takpe, nextime sebab crowd pun dah makin ramai (sambil berharap dalam hati, harap dapat datang lagi next trip..kikiki. :p)"
Kebetulan kami pergi time cuti Labour Day 1st May kan. Walau datang awal pagi, tapi makin lama, penuh ulat-ulat buku dalam tu.. Mommy yang bawa 4 orang khalifah kecil ni, memang cuba sedaya upaya bergerak pantas menyelit sana sini.


Memang berbaloi-baloi. Macam-macam buku baru ada. Ini dah kali ke-4 rasanya kami pergi BBW ni. Too excited dengan books kat Big bad Wolf ni. Pernah pergi masa yang dekat The Mines juga, gigih ke sana dari Melaka ke Seri Kembangan semata mata nak jumpa serigala jahat ni.hahaha. masa tu big bad wolf ni takde session datang melaka lagi..
So, first time 2014 dulu bila tahu yang BBW ni akan ada kat melaka, memang teruja betul. Heheh.. Terus rasa kena pergi juga tiap-tiap tahun.

Ni BBWMELAKA2016 if tak silap. 
Gambar-gambar lain masa terjah bbw sebelum-sebelum ni gagal dikesan. Ni je ada. Hehehe.. 


This year, Mommy just budget to spend not more than RM200 For kids' books.
Surprisingly, we spend less than budget for kids books! Alhamdulillah.. Banyak lagi boleh beli, tapi sebab nak cepat, cukup lah setakat untuk trip kali ini. Kalau dikira-kira if beli kat kedai buku biasa, boleh cecah 2-3 ratus tak lari. Sebab kualiti buku-buku big bad wolf ni kita boleh rasa. :)


Sampai lentok kepenatan cikbaby Afeera. 


Apa buku yang dibeli? 
Macam-macam. Activity book, ada yang with figurine, sticker book, hard cover book, wipe clean activity book, macam-macam lah. Daddy sempat juga grab 2 buah buku hardcover. 


Sebahagian hasil tangkapan.. :)


Pada pendapat mommy, memang tak rugi invest beli buku banyak for our kids. Even they look like not interested, they will love it slowly in shaa Allah. 


So don't missed it guys! Big Bad Wolf 2018 ada kat MiTC MELAKA sampai 6th May okay. Yang nak juga tapi tak dapat pergi, I suggest you to try search for the personnal shopper. Nampak banyak ads ps bbw lalu kat wall fb mommy hari tu. 

Happy books hunting everyone!

Love,
Mommy_ima~


Thursday, 5 April 2018

Throwback moment Afeera 1 Tahun

Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

Alhamdulillah 13 Januari 2018, ikut kalendar masihi genap setahun Afeera lahir. Tak dapat buat kenduri di rumah masa birthday Afeera 1 tahun ni. Last minit, kami perlu ke Medan Indonesia untuk majlis perkahwinan sepupu daddy.

Apa-apapun, moment 1 tahun untuk Afeera masih ada. Sambut di airport je sementara nak tunggu depature.


Kek personal untuk Afeera. Tapi bukan Afeera yang makan pun. Kek kecil.cinonet kena serbu kakak Aleesya, Aneesa and Alham. Hihihi..


Dress yang Afeera pakai ni, turun temurun yang Kakak Aleesya dan Aneesa pakai masa umur satu tahun juga. :) 
Nanti mommy cari balik gambar masa kakak-kakak satu tahun pakai dress yang sama tu. ;)


Random selfie dengan birthday girl.


Perkembangan Afeera sepanjang setahun ni, Afeera membesar dengan sempurna. Syukur alhamdulillah..  
Dah pandai jalan, mula nak berborak dengan bahasa dia, gigi dah banyak dan macam-macam lagi. 

Moga AfeeraNufayla diberi kesihatan sempurna dan ceria, sentiasa dalam lindungan Allah serta terus menjadi anak solehah yang berjaya cemerlang dunia dan akhirat. Aamiiin...

Love,
Mommy_ima~ :)




Sunday, 28 January 2018

Gotong Royong Sekolah

Bismillah.. As salammualaikum wbt... :)

Aktiviti sabtu pagi hujung minggu bersama anak-anak coz daddy is away. Daddy outstation with ummi, so mommy keep busy to avoid loneliness.. Haha.. Takde lah lonely sangat, cuma lately ni hati banyak terasa sayu dan banyak benda bertalu-talu nak difikirkan. :')

Jadi, kebetulan ada program gotong royong di sekolah kakak Aleesya dan kakak Aneesa. Pergi gotong royong angkut semua anak-anak. :D boleh ke nak buat kerja?
Boleh je. Tapi ada beberapa tugas jadi limited sikit. Bantu mana yang termampu. 

Kelas kakak Aneesa tahun 1 Bijak. Banyak nak kena buat dari mula. Sebab kelasnya agak tak berapa ceria. Nampaknya banyak barang dah uzur juga. Mommy bawa drill tapi lupa nak capai mata drill yang sesuai. Jadi tak dapat gunakan juga. 
Dapat buat yang asas je. Balut meja, kemas-kemas, dan yang lain-lain kena aturkan semula masa sambung. 

Pasang alas meja murid dan meja guru baru. Guna tikar getah. 
Skirting guru dah ada, skirting meja murid on the way tempahan. 
Hari persekolahan hari tu dah bawakan Aneesa jam dinding untuk beri pada kelas. 
Jam dinding belum sempat gantung. Takde paku dinding simen, mata drill lubang pun lupa bawa. :p


Macam mana mommy bantu buat kerja ada baby? (bukan baby sangat sebab dah setahun, tapi sebab asyik nak berkepit dan kira bongsu buat masa ni, masih gelarkan baby. Hehehe..). 
Mommy pakai baby carrier, belah belakang. So, cikBaby pun kepit sambil perhati je kerja mommy buat. Terbongkok-bongkok mommg menyapu, potong tikar getah.., redah je... :'D 
(syukur carrier dah jumpa, sebelum ni mommy ada story yang ssc tertinggal tu, waiter tu simpankan.. :D) Memang carrier ssc mommy ni sangat membantu. 


Hijau alas meja kelas Aneesa.
CikBaby dah pindah gendong bahagian depan time ni sebab dia dah nampak macam nak take a nap. 


Alham pula macam mana mommy uruskan?
Alham memang agak aktif dari kakak-kakak yang lain. Sometimes mommy rasa tak berapa dapat nak fully control dia. Sebab daddy is away, so I need backup helper. Gadget! #jangankecam :'D 
Mommy memang masih stage nak gadget-free anak-anak, mostly Alham. So far masih dalam kawalan penggunaanya. 
Mommy beri tab/phone with limited time and reasons je. 
This time mommy pesan pada Alham;
- when mommy kata simpan dulu, simpan ok?
- when mommy kata dah, dah ok?
- at home cannot tab/phone anymore ok?

Alhamdulillah.. So far so food. Semua Alham cakap ok. Dan he stick to his promise. :)

Sampai rumah, "mommy, Alham nak fon mommy boleh tak?"
Saje nak test mommy ke apa tu? Hahahaha..
Mommy jawab, "cannot kan...kita dah at home"
Alham sambung, "at home cannot fon, games.. If follow mommy work, can kan?"
:)

Tinggalkan kejap kelas Aneesa, jengah kelas Aleesya tahun 3 pula if anything yang perlukan bantuan mommy. 
Fuhh.. Mencungap mommy naik tingkat 3 sambil kendong Afeera. Alham suka la dapat main tangga. 



Kelas Aleesya sangatlah cantik. Speechless mommy. Cikgunya memang suka dekorasi. 
Okay, this is one of the reason kakak suka pergi sekolah. :)
Nampak kelas 3A ni parents and guru kelas pun sangat supportive. Alhamdulillah. 
So, mommy tolong lite je. 
Potong-potong kertas jadual, susun kerusi meja, pasang alas meja instant. 

Cantik dan bersih. Kaca tinggap dinding pun bersih berkilat dah. Clearly boleh see through! :)
Wallpaper pun sangatlah mendamaikan warnanya. Mommy dah la suka green! I like kelas Aleesya ni. Syiling pun baru cat. Alhamdulillah ramai parents yang bantu kat sini. 

Mommy menyelit. Bantu sikit-sikit je hujung ni. CikBaby dah lelap. 
Warna oren peach ni la yang mommy kata alas meja instant tu. Bawah penjuru tu ada getah untuk sangkut kat meja. 
Plastik alas meja boleh selit kertas notes. 

Penutup, rajin Aneesa sapu kelas bersih-bersih. :)

Jamuan makan secara potluck. 
Mommy bawa sikit tambahan nasi lemak kukus dan kuih talam suji chocolate. Tempah jiran-jiran taman je. Tak menyempat nak plan prepare sendiri. Jiran masak pun sedappp... Boleh kata kerap beli pada mereka. Kalau you all area Melaka sini nak order kuih talam atau nasi lemak kukus singgit, bagitau mommy ok. Nanti mommy bagi contact number.

Okay, balik sakit pinggang dan kejang otot tangan. Hahaha.. 
Kakak Aleesya suddently slightly fever.
Hari ni sepatutnya ada kenduri jiran taman. Tak tahu dapat pergi tak sebab daddy is away, Aleesya pula tak berapa sihat. Tolong doakan sama untuk Aleesya get well soon ya.. Alham and Afeera pun baru baik demam. Moga-moga semua diberi kesihatan yang sempurna. 
Hati sayu.. :')
The struggle is real!

Love,
Mommy_ima~
 

Thursday, 18 January 2018

Movie family-date: Jumanji

Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

Lamanya tak update Blog mommy..
Macam biasa, sampai tak tahu nak update yang mana dulu. Hahaha..
Banyak juga nak kena tulis kat blog sebelum memori mommy dah luput.. :p

Last pergi tengok movie masa Cars 3.
Mommy kalau tengok movie, kena yang cerita kids boleh layan. Kalau tak, jangan harap dapat jejak lagi dalam panggung wayang. :'D lainlah daddy, sekejapan je dia calling-calling member ajak tengok movie bawa diri.  -_,-


Hari ni last minit daddy ajak tengok movie. Pada kitorang, best Jumanji ni. 8/10 stars mommy bagi. :)
Dah tak pakai dam dam lagi, yang ni pakai jumanji jenis play station. :D wataknya pun best.. Kelakar.. ;)

Kalau ada sesetengah part yang kids tak sesuai tengok (macam kissing ke..), my kids memang dah biasa tutup mata sendiri. Just selalu tanya "dah sudah belum..dah sudah belum.." :'D
Alham siap-siap dia yang tutupkan mata mommy pakai tangan dia. "mommy don't look!". Haha..
Ni antara first movie yang bukan cartoon rasanya bawa my kids. Owh..tak, sebelum ni pernah movie Cinderella. Tapi kira adaptasi cerita animasi juga tu kan.

Lepas layan movie, layan perut yang berkeroncong pula kat Boat Noodles.
Dah lama mommy nak makan Boat Noodles lagi. Tapi daddy tak minat, so tunda keingginan makan ni. Sebelum ni pernah makan Boat Noodles kat Damansara n D'pulze.
Thank you daddy sebab makan juga kat sini (terus makan sini sebab nampak sangat ke mommy jeling sambil telan air liur kat depan outlet Boat Noodles masa lalu tadi?hiks! :p)


Tapi mommy agak sedih bila dah sampai rumah, sebab baru terperasan yang baby carrier tertinggal! :'(


Sebab last daddy yang handle carrier ni. Daddy letak kat atas baby chair belakang tu. Pastu dah terlupa nak ambil. Aduhai... :(

Sentimental value carrier ni. First SCC mommy beli sejak Alham lahir. Memang berjasa banyak carrier ni. Sangat membantu mommy susah senang masa mommy sendirian uruskan anak-anak sejak daddy kerja jauh dulu.
Memang dah lusuh, tapi masih berguna. Mommy memang nak simpan je carrier ni buat kenangan walau next maybe takde baby kecil lagi.
Harap ada rezeki jumpa balik carrier ni.
Esok kalau ada masa, nak lari kejap singgah sana tengok kalau-kalau ada lagi. Sob..sob.. :'(

It's ok.. Ada hikmahnya. Sedia untuk berlapang dada menerima berita tentang ssc kesayangan esok. :')


Love,
Mommy_ima~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...