Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Saturday, 21 February 2015

Resipi Gingerbread Man Cookies

As salammualaikum wbt.. :)

Sebelum ni saya pernah post tentang anak-anak saya yang suka makan gingerbreadman cookies yang saya beli di La Boheme tu.

Jadi, mommy nya ni pun  gigih la search resipi yang paling best/ mudah untuk buat.

Saya pilih resipi dari website allrecipes.com.
Marvelous! alhamdulillah menjadi seperti yang diinginkan. Tak pilih resipi yang lain dah. ;)

RESIPI BISKUT GINGERBREAD



  •  1/2 cup margarine
  •  1/2 cup sugar
  •  1/2 cup molasses
  •  1 egg yolk
  •  2 cups sifted all-purpose flour
  •  1/2 teaspoon salt
  •  1/2 teaspoon baking powder
  •  1/2 teaspoon baking soda
  •  1/2 teaspoon ground cinnamon
  •  1 teaspoon ground cloves
  •  1 teaspoon ginger
  •  1/2 teaspoon ground nutmeg

Directions
In a large bowl, cream together the margarine and sugar until smooth. Stir in molasses and egg yolk. Combine the flour, salt, baking powder, baking soda, cinnamon, cloves, ginger, and nutmeg; blend into the molasses mixture until smooth. Cover, and chill for at least one hour.
Preheat the oven to 350 degrees F (175 degrees C). On a lightly floured surface, roll the dough out to 1/4 inch thickness. Cut into desired shapes with cookie cutters. Place cookies 2 inches apart on ungreased cookie sheets.
Bake for 8 to 10 minutes in the preheated oven, until firm. Remove from cookie sheets to cool on wire racks. Frost or decorate when cool.

Senang je kan?

Hasil dari saya... :)
Sedap!
Gingerbread BEAR dan Gingerbread BIRD!
hihihi.. :P
Selamat mencuba!




Tuesday, 17 February 2015

Resepi Kek pisang BAKAR/KUKUS

As salammualaikum wbt... :)

Antara favourite saya masa kecik kecik ialah kek pisang. Sebab my abah macam selalu je beli kek pisang untuk meremah remah kat rumah. Dah diajar makan dari kecik, tentulah jadi favourite terus.hahahah..  Saya memang suka makan pisang pun. :p
Sebab dari kecik selalu makan yang beli je, tak pernah terlintas pun nak membuatnya. Lagipun, my hubby tak pandang sangat kek kek ni. Ada beberapa jenis kek je yang mampu menusuk kalbu dia. Yang lain, jamah sikit je (pastu nak sedapkan hati wife nya ni, cakap la sedap..kalau tak pun.. "Ummmppph..." je! Hahah..)

My MIL ada bagi pisang. Gemok gemok pisangnya. My bad memang tak kenal sangat jenis pisang, kecuali pisang tanduk sebab saiznya besar! Kikiki... My MIL bagi pisang belum berapa masak, jadi nak peram la sikit. Tapiii...terover peram dah sampai lebam lebam kulit..adoiii.. Ingat nak buat cengkodok je senang. Tapi, memikirkan saya ON DIET dari makanan deep fry (tapi dah ngelat makan ayam goreng seketul :p). Maka batalkan hasrat nak buat cengkodok. So, ingat nak buat lempeng je, pancake la kononnya. Tapi tak rajin time tu nak menunggu masak sekeping sekeping. Jadi, barulah tetiba terpikir nak buat kek pisang.

Lama saya buat research nak resepi yang mudah tapi sedap. (Haha..research la sangat, search google je :p)

Akhirnya saya pilih resepi dari blog Zana's Villa. Sangat best, mudah dan takkan pilih yang lain dah. Tapi saya adjust ikut saya agar lebih mudah lagi untuk saya. Terima kasih buat pemilik resepi kerana beri ilham. :)

RESEPI KEK PISANG

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
5-8 biji pisang
1 sudu kecil soda bikarbonat
Secubit garam
1/4 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
3 biji telur

Cara caranya:
1. Lenyek pisang dengan soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
2. Ayak tepung dengan baking powder. Tepikan.
3. Blend telur + minyak masak + gula.
4. Campur semua sekali. Mix well.
5. Masuk dalam loyang yg di griss untuk bakar. Saya saje saje buat 3 bahagian (bakar, muffin dan kukus).
6. Bakar atau kukus sehingga masak. Untuk bakar, anggaran 180degcelcius 25 minit (ikut oven masing masing ye). Untuk kukus lebih kurang 45minit.
Gambar: Yang atas tu bakar. Masa panas panas, crunchy di luar, gebus lembut di dalam..heaven! Bila dah simpan lama, luar tu dah tak crunchy, tapi lembutt je n kek makin moist.

Gambar...Yang bawah tu kukus. Gebus moist..lazat...



Mudah je kan?

Selamat mencuba! :)

Wednesday, 12 November 2014

Muffin French Vanilla Melt

As salammualaikum wbt...

Jom buat muffin super duper senang. Boleh dijadikan aktiviti bersama anak-anak tersayang.
Untuk resepi penuh, boleh klik SINI




Selamat Mencuba! :)

Saturday, 19 April 2014

Roti Sarang Lebah Arab dgn Sos Butterscotch

Assalammualaikum wbt.. :)

Setelah sekian lama tak update kan.. Serius rindu nak menaip..Tapi asal depan PC, blur tak tau nak update. Maybe blog pun bercuti sempena cuti mood kehamilan..(ada ke???haha..)

kita warming up kan blog ni dengan resepi je dulu la..hihi. Layan je la ye... ;)
(serius mmg tak tahu nak update apa dulu ni..banyak sangat cerita dah berlalu..hihihi)

Roti Sarang Lebah Arab dengan Sos Butterscotch ni saya dapat dari blogger ina intanberlian. Ina memang suka goda saya dengan post2 entry resepi.. Semua menyelerakan, jadi bila saya tak boleh tahan godaan, terpaksalah buat juga (bergantung kalau cukup bahan kat rumah + mood nak ke dapur ada + larat + masa) :) Kalau tak buat, takut kempunan.. Takde la air liur baby meleleh je kan..haha. Dari tak mengidam, tengok gambar makanan, terus jadi mengidam kan! gituuu..

Ok..cukup dulu muqadimah yang meleret..



RESEPI ROTI SARANG LEBAH DENGAN SOS BUTTERSCOTCH

Bahan & cara me-Roti:

2 cawan tepung gandum + 1/4 sudu teh garam + 1/2 sudu teh baking powder..............diayak 3 bahan ni.

1/2 sudu teh yeast mauripan + 1/2 cawan air suam + 1 sudu besar brown sugar....tunggu mixture ni berbuih sikit. Then masuk dalam campuran tepung yang diayak tadi.

1/4 cawan plain yogurt (room temp.)......masuk dalam adunan.

1/4 cawan minyak sun flower.............masuk sikit2 sambil uli semua tadi tu.

Uli dan uli.....
Tinggalkan kejap sampai dia naik...
Dah naik...tumbuk2 doh bagi keluar anginnya...
Pastu bulat2kan (genggam doh sikit, ambil yg keluar celah jari ibu dan telunjuk) anggaran saiz, buah langsat.
Susun dalam tray. tabur la apa2 yg korang suka. saya tabur badam cincang. 
Biarkan lagi...sampai dia naik kembang lebih kurang 2 kali ganda.
panaskan oven...doh dah naik..bakar dlm oven, suhu 200degree, 10-15 minit (ikut oven).

Bahan & cara SosButterscotch:

1 sudu besar butter...cairkan dalam periuk, api perlahan.
1/2 cawan brown sugar...mix dalam butter sampai cair dan berbuih.
1/2 cawan whipping cream....mix.

Siap! curah kat roti panas2... :)

Resepi asal boleh tengok blog ina [KLIK SINI]..yang ina punya lebih mudah difahami, siap ada gambar2.. :)

Kat bawah ni post saya kat FB masa first time try...tak sangka menjadi... gambar kat atas resepi tu kali kedua buat, sebab sangat sedap, kalau boleh nak buat hari2.


Memang tak rugi try buat.. Portion siap, mmg just nice je..sekali hadap sekeluarga pun boleh habis. Sesuai sgt bagi yg baru nk mencuba meroti. :)
Selamat mencuba.. 





Thursday, 19 December 2013

Resepi Sup Ketam

As salammualaikum wbt.. :)
Lama tak letak resepi. Ok, kali ni nak letak resepi simple lagi. (dah memang selalu masak simple simple je kan saya ni..haha)

BAru-baru ni ada buat SUP KETAM. Actually pertama kali ketam saya masakkan sup. Sebelum ni, ketam asyik la kena dimasak lemak. Teringin punya pasal ditambah dengan nak cepat sebab tak berapa sihat. Jadi, masak yang simple, dah tak larat nak duduk kat dapur lama lama..Pitam! :')

Ok, ni resepi saya.. Saya olah ikut apa yang ada kat rumah. (Sebab sekarang limited nak keluar rumah beli barang, transport takde. :( Nak pos barang boleh la minta poslaju datang rumah pick up, tapi nak beli barang runcit??alangkah bestnya kalau kat melaka ni ada buat delivery barang barang runcit juga...)

Eh..pannjang betul mukadimah. Ok, jom teruskan tengok resepi.


SUP KETAM (utk 2 orang dewasa..tapi saya tiga orang sebab dua orang lagi anak anak yang kecil lagi, so diorang makan sorang seblah je :p)

Bahan bahan:
2 Ekor Ketam
1 labu bawang besar
2 ulas bawng putih
1/2 inci halia
1 batang Cili kering (dibelah 2)
1 biji kiub ayam maggi
Daun Bawang
Lobak Merah
Kentang
Garam secukup rasa

Cara cara:
Campak semua dalam periuk untuk ditumis. Letak air (saya mmg letak air banyak supaya banyak kuah untuk dihirup. :) Letak kentang dan lobak. Dah mendidih, masukkan ketam..daun bawang. Tutup api bila dah masak. ;)
Sedia utk dimakan!

Sekian...tu je dulu ye. Wasaalam.. :)


Tuesday, 23 October 2012

Resepi Cheesecake yg simple.. segan nak share :p

As salam...

Segan nak share, tapi nak buat entry jugak! :p
Actually dah lama jugak buat chessecake ni. Biasanya kalau nak makan ciskek, beli je kat Secret Recipe :)
Lagipun, saya sorang je makan..jadi, cukup la beli 1 slice. Nak buat sendiri pun, dapur lebih berkecah. Nak beli bahan2 pun, bukan boleh buat kek yang khas portion saya sorang makan kan.

TAPI....
Saya terjumpa Cheesecake Mix ni dijual oleh seorang kawan.. Ciskek mix ni produk industri kecil je. So, packaging pun ala2 gitu je la kan..hik3. Don't judge a CHEESECAKE by its cover ok! :)
Saya pun try la.. Lagipun tak de la mahal :)

RUPA-RUPANYA....
Sangatttt SEDAPPP tau! Sebiji macam SR! (hiihi...tu tekak saya la rasa..semua cheese2 ni mmg sy bedal je..favourite!)

DAN....
Sangatt SENANGGGG je buatnye.. tak perlu nak bakar2 dalam oven! :)
Bahan2 lain yg diperlukan pun sangat simple. Takde nak remeh2 nak gi cari bahan.. :p

Ni la ciskek saya:



Camne buat?
Ok...bahan2 yg diperlukan hanya:
1. Cheesecake Mix, 120g
2. Susu UHT, 180ml (1 kotak kecik tu)
3. Biskut Tiger (1 pek kecik) *Oreo pun lagi sedap!


Cara-caranya..
1. Mula2, buat base die pakai biskut tiger/oreo. Hancur/blend biskut, letak butter yg dah cair, then penyek2 dlm loyang.
2. Tepung tu, kita cuma mix ngn air/susu uht.
3. Then, tuang atas base yg buat mula2 tu.
4. Lastly, chill dlm referigerator dlm 3-4jam.
5. Siap! Memang menjadi.. hias la ikut suka dgn toping. :)



Utk 120g ciskek mix ni, saiz cheesecake yg boleh dapat lebih kurang bekas tapaware yg 4 segi biasa tu.. (alaa..bekas jernih mcm taufufa, saiz bekas kdg2 orang jual nasik tu.) tinggi kek dlm 1 inci +.. Just nice utk saya perhabiskan seorang diri! :)

Nanti saya nak buat lagi ciskek. Jom! :)
Saya boleh tolong belikan.. hik3.. :p

P/s: Page "Office" saya baru ade belas2 je yg like..huhuh.. Alhamulillah, ade jugak yg sudi like. Terima kasih ye kwn2.. :) (hmm..perlu tukar page letak nama yg komersial sikit kot..hik3..ye la, nama sy x cukup glemer..haha :D) takpe, hubby kata kuatkan semangat! Jom jengah page sy..  (KLIK SINI)


Wednesday, 12 September 2012

Kids Pocket Meals - olahan produk myChef

As salam...



"Dari dalam kotak bertukar ke dalam poket, lebih mudah untuk dimakan si mulut comel anakku.."


Cun tak gambar ni? Inilah hasil dari olahan saya untuk ready meals product from myChef. Banyak lagi pilihan ready meals frozen myChef ni.. Cuba tengok kat Giant, atau mana-mana pasaraya yang ada. Ramai yang dah cuba and review, dan memang tak menyesal memilih kotak myChef ni. :)

Saya guna "Butter Rice Pilaf".. dah pernah beli sebelum ni, dan beli lagi... :)
Kisahnya.....My kids Aleesya ni, sangat suka makan nasi berperisa (nasi ayam, nasi lemak, nasi minyak, nasi goreng, nasi tomato, nasi briyani, dll).. Salah satu nasi yang digemarinya ialah nasi ayam! pernah masak nasi ayam 3 hari berturut-turut sebab Aleesya sibuk minta.. :p "Mummy, Aleesya want nasi yellow colour..." (nasi ayam tu mmg die panggil nasi yellow kaler... :p) Jadi, si ibu ni pun tak mengecewakan anakknya..bila masak nasi ayam tu, bukannya boleh masak sejemput je nasi untuk dia kan..tu yang mummy die terpaksa habiskan 1 periuk! Mummy yang jemu terpaksa telan nasi ayam 3 hari berturut-turut..hahah :D (yela...daddy nye balik nanti untuk makan malam, takkan 3 hari berturut2 nasi ayam juga kan... :p)
Jadi, "Butter Rice Pilaf" by myChef ni memang penyelesai masalah.. it's just perfect portion for my kids and me on our lunch! Really simply delicious... :)
Lagipun, saya memang tak teragak-agak nak beli untuk my kids sebab "no added preservatives or added MSG"
Tinggal panaskan dlm microwave, hidang dengan lauk pilihan, siap!

Kali ni, saya ubah cara hidangan nasi myChef ni.. Idea datang dari Aleesya yang makan nasi kat The Chicken Rice Shop semalam. Aleesya suka makan pie tee TCRS tu..then die sumbat nasi ayam TCRS dalam pie tee..and ngap! Apa-apa je la anakku ni..janji dia makan dan kenyang.. Anak suka, mummy setuju.. :)
Ok, hasil ilham my kids ni, saya pun kononnya nak buat pie tee dan letak nasi tu kat dalam.. tapi takde bahan nak buat kulit pie tee yang crunchy tu.. Jadi guna bahan yang ada je la.. :p

Cara-caranya sangat mudah:
1. Sediakan bahan-bahan isi ikan merah, carrot, timun, kulit popiah, dan nasi myChef.
2. Panaskan nasi myChef dalam microwave (ikut arahan di kotak)
3. Gorengkan isi ikan bagi masak sedikit.
4. Balut semua bahan dengan kulit popiah. (seal kulit popiah dengan sedikit bancuhan tepung gandum dan air, sebagai gam)
5. Goreng hingga kuning keemasan.
6. Siap untuk dihidang. (boleh guna sos cili sebagai pencicah)


It's perfect.. Meals contained 3 main elements (carbo, protein, and vege).. healthy and delicious!
My kids suka finger food yang crunchy as a snack.. This is it.. :)


Sangat simple.. Takpe la..janji saya dan anak-anak suka.. Just share my view..
Korang pun suka? sila lah cuba resepi ni.. Jika sudi, LIKE juga contest entry saya dalam facebook myChef..terima kasih pada yang LIKE :) (nak like klik kat SINI)



Jom, korang pun nak join? ade tiga hari je lagi..end on 15 Sept. Saya pun macam tak layak je nak join contest ni. Tp tak salah mencuba, sambil memeriahkan suasana..:) (tp kalau qualified, then menang.. alhamdulillah rezeki anak-anak..~♥ -berangan je kan! :p)
nak join, klik gambar atas untuk info..or here.

Thursday, 19 July 2012

Bread Crumbs buat sendiri..

As salam...

Daddy came home dengan beli sosej and roti.. (tak penah beli sosej, selalu beli nuget or ayam drummet je..tu yang pelik..)
Tiba-tiba daddy tanya, "mummy pandai tak buat roti sosej yang goreng dengan telur tu?"
"Wah! enteng saja.." sebenarnya tak pernah buat pun..tapi nampak macam senang je, so dengan yakin kata boleh je.
Daddy sambung lagi.."Hari tu pegi rumah nizam (kwn daddy) tolong betulkan paip tu. Pastu, wife dia buat roti tu.. tapi kan..die goreng ade crunchy2 mcm nuget yg warna oren tu?ima boleh buat macam tu"
Dengan tenang saya jawab "Ooo..tu bread crumbs. Ada beli sekali ke?"
"Takda..tak tau pun tu bread crumbs.."
Halamak! macam mana nak buat yg sama macam yg my hubby makan tu..
Hmm..saya pun tak penah beli bread crumbs.

Fuhhh...Nasib baik saya mengenali and dah join dunia blogger.
Pernah baca beberapa bulan lepas ada buat homemade bread crumbs.
Saya pun tak ingat blog mana saya baca.
Tapi dengan ingatan yang agak2 tak bape nak ingat ni,
masih ingat la mcm mana rupa and nak buat bread crumbs sendiri. :) (ye la...senang sgt kot..tapi rupanya tak seindah bread crumbs yg beli kat kedai.. :p)


So, inilah hasilnya.....



Anda pasti terpedaya dengan pic atas..hahaha
Memang tu hasil yang saya buat sendiri, tapi terpaksa edit kaler pic tu sebab hasil warna yang tak bape nak indah. :p
Tapi, rasanya sebijik sedap!
(menepati citarasa tekak my hubby.. yes, i'm passed! ☺)

Senang je rupanya nak buat bread crumbs.
Korang pun mesti dah tau kan..saya je tertinggal ketapi..adeehhh~ :p

- Roti putih 2 keping di toast sehingga garing (saya guna gardenia tu 2 keping utk buat sepinggan hot dog atas)
- Then, saya masukkan dlm plastik and ramas2 sampai roti yang garing tu hancur..
Jadi la bread crumbs!
rupa dia lebih kurang mcm ni..(google je, tak done nak take pic sendiri)
homemade bread crumbs

Tips saya: Saya goreng siap2 hod dog dan roti dengan telur dulu. Then baru goreng kali kedua dengan bread crumbs (salut roti ngn telur n golek2 kat bread crumbs), tu pun kena goreng kejap je. Sbb cepat hangus..legam la jawabnya.. :p

p/s: Doakan anak-anak saya. AleesyaElvira dan AneesaEryna cepat sembuh demamnya...Amiiin.

Tuesday, 3 July 2012

Lala Goreng...Simple Super Sedap!

As salam...

Simple Super Sedap! Seronok puji lauk sendiri kan.. :p
Ala..lauk copy paste dari buku resepi!

Saya tak pernah masak siput lala or makan siput lala sebelum ni..(tak tau pun namanya lala!HAHAHA :p)
Lepas belek-belek buku 1 hari 1 resepi, tiba-tiba macam nak cuba.
Sangat mudah tu yang buatkan saya tak malas nak cuba..hihi
And...the result seriously tak menghampakan! :)

Ni kali ke 3 rasanya masak Lala Goreng ni.. (masak berkali-kali sebab masak ni tak pernah failed! :p)
Tapi takde la masak lala ni setiap hari..sebab hubby pun kata tak elok makan seafood selalu kan.
Jadi, masak 2 minggu sekali ke.. (masak lala sampai bosan..hahah :D)

Tengok! Sama tak macam gambar dalam buku?
Mesti la tak sama...hahaha.. dalam buku tu nampak lagi sedap pulak..hihi..
Tapi, gambar tak boleh makan..yang real walau rupa tak seberapa, tapi sedap ok! :p



1 kilo boleh dapat 2 mangkuk.
Dah tau makan tak terhabis, jadi asing siap-siap nak bagi jiran.
1 untuk kami, dan 1 untuk jiran yang bertuah!hahaah..bertuah la sangat kan.. :p
Nak tau macam mana senangnya? Nampak tak resepi dalam gambar atas tu?
Tak berapa nak clear?
Ok la, saya tulis secara ringkas ye.

Resepi Lala Goreng

Bahan-bahan:
1 kilo siput lala
3 sb minyak masak
3 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 biji cili merah (dihiris)
3 biji cili hijau (dihiris) -saya tak letak sebab takut pedas sangat untuk Aleesya
5 sb sos tomato
5 sb sos cili
2 tangkai daun sup (and daun bawang sekali, dlm resipi takde, tapi dlm gambar ade, so sy letak jugak..hihi)
Garam secukup rasa

Cara-cara:
- lala basuh bersih-bersih.. (korang tau kan mcm mana? sy main tibai je sbb tak pernah cuci lala sebelum ni..hahah. Yang penting takde pasir-pasir and lumpur dah)
- tumis bawang2 and cili2 yg hiris tu dgn minyak..
- Masuk air sikit, then lala, sos2, garam...
- kacau-kacau.. then tutup jap bagi masak..
- Agak-agak dah masak, campakkan daun2 yang dah hiris2 tu.
- Rasa! ok tak? dah ok, boleh la hidang... :)

Sekian..selamat mencuba~ :)

p/s: suka sangat buku 1 hari 1 resepi.. tak sia-sia dulu mencari gila-gila kat semua kedai buku. Nasib baik ketemu jua..hihi :p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...