Showing posts with label Foods. Show all posts
Showing posts with label Foods. Show all posts

Wednesday, 21 May 2014

Kek Cokelat Moist Caramel Ibu Mertuaku

As salammualaikum wbt..

Lepas ambil Aleesya skool hari ni, my MIL datang rumah singgah. Lama dah ibu tunggu kat gate, saya tak buka-buka pintu. Rupanyaaaa....suis bell dah ter'off'! alahai..siapa punya kerja la kan..hihi. Soriii ibu...~ (^_^)"

Hari ni ibu hantar kek coklat..Moist dan berkaramel! wahhh..rupa je dah terliur tau.


Dapat 1/4 loyang.. Ibu dah bahagi-bahagikan untuk para biras juga. Lepas balik rumah abgLong ipar saya, ibu ke rumah saya pula. :) Saya memang terasa nak makan kek, tapi mood nak baking sangatlah ke DASAR LAUTTTT... (-_-) erkk.. rasa nak buat cookies pun tak larat, padahal dah lama dah janji dengan anak-anak nak baking cookies sama-sama. 

Tekak memang terasa nak makan yang manis-manis, masam-masam kebelakangan ni. Macam-macam selera, tapi banyak tak dapat ditunaikan atas sebab-sebab tertentu. Alhamdulillah..Allah turunkan rezeki dapat rasa kek coklat ibu.. ;)

Semalam dapat rasa buah laici yang manis..sedapppp. Ya Allah, segala nikmat hanya dariMu. Beli sikit je untuk buat rasa-rasa. 


Aneesa suka sangat buah laici ni. Dia yang paling banyak makan kot..hihi. Alhamdulillah....

Wednesday, 7 May 2014

Jangan makan ketam kecik dalam kerang!

As salammualaikum wbt.. :)

Bila rumah dekat dengan rumah IN LAW, maka keraplah saya ke rumah MIL. Biasanya kalau pegi petang tu memang terus dinner kat sana sebab berkampung..haha. Dengan anak2 yang excited main dengan cousins, dengan suami yang sibuk menolong ayahanda mertua bertukang itu ini, jadi saya melepak je la..haha. Tak sedap pula kalau datang asyik la makan sana. MIL pulak jarang bertamu ke rumah kami siap makan2 kan..hihi. 

So, salah satu hari tu saya siap2 petang tu masakkan lala. Alahai..resipi paling simple yang pernah saya kongsikan dalam blog ni juga. (Klik sini)..

Malam tu, keluarga abang ipar yang sulung pun last minit ada datang ke rumah mil. So, ramai2 la makan..mujurlah bawa lauk lala tu kan..takde la kekurangan makanan. 

Tetiba mil tengah makan lala tu bagitau "kalau jumpa chiker (tak tau la mcm mana ejaanya..hihi) dalam kerang2, mcm dalam lala ni..jangan la makan. Abis dia putar perut tengah malam kang berjam jam..)

Chiker tu ape? Saya pun tak tau macam mana ejaan yang sebenar.hihihi..ala, lebih kurang mcm tu la. 
Tu anak ketam..kecik jee... Mil kata dia suka duduk dalam kerang kerangan. Kirang pernah kan beli kerang jumpa anak ketam time cuci2 tu kan. Kadang dia duduk dalam kerang, so bila cuci tak jumpa. Takut termakan tanpa sedar je la kan.. Agak2 tergigit sesuatu crunchy2 mcm kulit telur ke..kaki udang ke, cepat2 lah luahkan balik.hihih..

Kalau termakan macam mana? Aduhai..perut akan memulas mulas.. Tapi bukan cirit birit. Semua tak kena nanti. Korang sanggup???haha.. 
Ok la..tu je nak kongsi sikit. Sebab tak berpengalaman. Sebagai peringatan je. Sebab saya pun baru tau hal ni walau dah menjangkau usia. Korang jangan la heppi sangat bila beli kerang ingat ada percuma ketam..huhuhu. Tak berani nak cuba telan itu anak ketam! :') 

Saya tak tahu tahap kesahihannya sebab saya pun tak pernah alami sendiri.. Just kongsikan kat sini. Sekian...opps..tak sempat snap gambar anak ketam tu macam mana. Ala..korang tau kan rupa ketam tu mcm mana. Besarnya ala2 boleh muat dalam kerang. So..mmg kecik je saiznya.

Ok..nanti taip entry lain pula ye. Sekian..wassalam. :)

Sunday, 4 November 2012

Aleesya lunch mekdi pree... :)

As salam..

Hari ni Aleesya lunch McD... Uncle fakry belanja! yeay...
Suka la Aleesya, dapat apa yang die nak..toy happy meal pun dia pow..haha.
Yang lain tu, uncle tanya Aleesya nak makan apa..(tak sempat mummy nak bisik kat Aleesya mintak Apple pie!hahah) Tapi, macam biasa la..mummy yang dok perhabiskan semuaaaa.. burpp... Alhamdulillah..
"tq uncle!"

p/s: dah join GA TiBA2 saya? tamat tengah malam ni tau.. sonang jo..jom... ;)

Wednesday, 31 October 2012

Mee Siput dan saya tak boleh dipisahkan.. :p

As salam...

Orang Muar, Johor mesti tau apa tu Mee Siput! :)
Mee siput tu bukan mee pastu letak siput tau! Mee sahaja, takde siput2..tapi mungkin sebab bentuknya dibulat-bulat, macam siput agaknya..heheh.. :p dibuat daripada ape?err..yang ni saya tak sure. Tapi yang pastinya buka dari mee kuning yg buat mee goreng mamak tu. Sebab my atok belah my abah ade buat kat persatuan belia (mengisi masa lapang di usia2 emas.. :p) memang terbaiklah mee siput ni! ;)

Kalau balik Muar je, memang mee siput saya terjah. Kalau kat rumah mak ade stok yang mentah, saya memang bungkus untuk bawak balik Shah Alam..hihi.. Aleesya pun sangat suka. Mee siput ni memang favourite saya dulu, kini dan selamanya.. Banyak kenangan dengan mee siput ni.. :)

Gambar google je..tak sempat nak snap gambar yang real, dah habis licinn.. :p

Mee siput yg digoreng rangup ni biasanya dimakan dengan sambal kicap or sambal tumis/rebus. Memang sedap sangat! Enak juga dimakan begitu saje..

Cuti raya haji, saya balik muar..so, mmg mengadap mee siput la.. Siap bungkus yang mentah nak bawak balik Shah Alam..tapi, mee siput terkandas di Melaka (rumah MIL), goreng terus kat sana..Kruk..krapp...krukk krak..licinnnn! Tak sempat bawak ke shah alam.. ;p

Dulu masa saya kecik2, kerana mee siput la saya terkantoi puasa tanpa sengaja. Habis 1 tin mee siput, baru teringat yang tengah puasa. Dah memang rezeki saya..serius terlupa..hahaha.. :D

Mee siput ni macam-macam hidangan pun boleh. Ade juga yang buat mee siput ni sebagai mee goreng mamak tu.. Kire tak goreng jadi rangup, tapi rebus dulu bagi lembut then goreng la macam goreng mee kuning tu. Rasanya tak sama macam mee kuning biasa..apepun memang sedap.Nanti singgah muar, gi try mee siput ok! :)

p/s: 31 Oktober (hari ni), LAST DAY untuk borong ESP buy 6 free 1! Ade lagi tak yang nak booking ESP harga paling best ni? Serius harga runtuh! ;) Hari lain memang tak dapat dah.. :p Nak tau lebih lanjut or nak booking dulu, sms/ wasapp 017-226 9327 untuk respon pantas k... :)


Saturday, 15 September 2012

McCafe, cafe kat McD...

As salam..

Saya baru tau! Hmm..maybe pernah tau sebelum ni, tapi tak perasan dan tak ambil port nak try.

McCafe kami pergi ni dalam McD kat Sunway Pyramid. Takde la asik nak makan burger je kat McD pasni..
Kami keluar petang..So, petang-petang ni, perut saya lapar la yang amat. Tapi taknak la makan nasi or yang berat-berat. Tibe-tibe my hubby offer nak gi McD. So, ikut je la...dah terbayang burger je. Rupa-rupanya my hubby belikan Muffin dan ice chocolate..
And the taste is..yummy!

Ok la kot.. Coffee? saya tak pandai minum coffee..so, taktau nak komen camne rase cafe kat McCafe..Korang try la. :p

p/s: Hari ni 15/9 tamat challenge myChef.. Saya memang tak sempat nak kejar bilangan LIKE untuk qualified.. :(  Kalau korang rajin, LIKE la sementara date belum tukar jadi 16/9..mana tau miracle saya qualified..syukur Alhamdulillah :p  Nak tolong LIKE tekan SINI

Friday, 14 September 2012

Nak buah kiwi yang manis!

As salam...

Korang kalau beli kiwi masam tak? Dulu saya pernah beli sekali, then bila makan sangat la masam tak hengat!
Terus takmo beli lagi.. walaupun kadang-kadang teringin nak makan bila tengok iklan dan warna hijau buah tu yang menawan...~ :p
So, tak pernah la belikan untuk Aleesya.. Tak merasa Aleesya buah kiwi.
Saya dah set in mind, buah kiwi masam, tak semanis rupanya..hahaha :D kesian pada buah kiwi yang tak bersalah itu...

One day, kat rumah my MIL. Masa breakfast tu my MIL ade hidang buah kiwi yang dah dipotong.
Then my MIL pelawa la saya makan..mula-mula memang tak nak sebab dah agak mesti rasanya masam. Tapi my MIL cakap yang ni manis. Tanpa mengecewakan pelawaan my MIL, saya pun korek sikit pakai sudu then rasa... Ya Allah...manisnye! sangat sedap...~ :)
Nak cover keterujaan saya terhadap kemanisan buah kiwi tu, saya suap la kiwi kat Aleesya and Aneesa..
"Aleesya, taste this...manisssss...."
"Ummm..yummy! sedap la mummy..."

Then, saya tanya la my MIL mana beli kiwi manis ni. My MIL cakap kat Giant je..
Saya pun tanya lagi kenapa saya beli masam je..
My MIL pun bagitahu....... "Memang masam.. Dulu pun ibu beli yang dalam hijau ni masam je. Tapi beli hijau jugak..kalau nak manis sikit, beli yang isi kuning tu. Tapi, satu hari ibu beli, ibu lupa nak letak dalam peti ais masa kemas2 tu. Terbiar la kat atas para selama 2 hari.. Tiba-tiba bila ibu teringat tu, ibu cepat2 masuk dalam peti ais. Tapi macam dah lembut sikit.. Esok bila ibu makan...manis je kiwi tu"
Oooooooooo..... panjang 'o' saya time tu..

Kira macam lepas beli tu kena peram dalam 2 hari la...Lepas beli jangan letak dalam fridge.
Mesti korang dah tau kan...saya je lambat tau..hihihi.. :p

Hmm..Memang logik kot..cuma tak terfikir selama ni.. Yela, kiwi mesti la diimport masuk ke Malaysia tu belum masak ranum. Mesti masam2 kelat gitu..
Lepas ni beli kiwi kena peram. :) Tapi, jangan pulak terlupa ada beli kiwi dan ter 'over' peram sampai bonyok kat luar..hihi..

So, sekarang saya baru dapat menikmati rasa kiwi yang saya idamkan pada umur saya 26 tahun..hahah :p
Aleesya dan Aneesa pun dapat merasa buah kiwi. Kalau tak, sampai sudah my kids tak pernah makan buah kiwi sebab saya kata masam dan tak best..hihi ~


p/s: Minta jasa baik korang LIKE pic saya ni.. Dah terdesak..masih tak qualified.Sedih sikit... Esok tarikh tutup.. Klik SINI dan tolong LIKE ye..
Terima kasih banyak-banyak.. :)

Tuesday, 3 July 2012

Lala Goreng...Simple Super Sedap!

As salam...

Simple Super Sedap! Seronok puji lauk sendiri kan.. :p
Ala..lauk copy paste dari buku resepi!

Saya tak pernah masak siput lala or makan siput lala sebelum ni..(tak tau pun namanya lala!HAHAHA :p)
Lepas belek-belek buku 1 hari 1 resepi, tiba-tiba macam nak cuba.
Sangat mudah tu yang buatkan saya tak malas nak cuba..hihi
And...the result seriously tak menghampakan! :)

Ni kali ke 3 rasanya masak Lala Goreng ni.. (masak berkali-kali sebab masak ni tak pernah failed! :p)
Tapi takde la masak lala ni setiap hari..sebab hubby pun kata tak elok makan seafood selalu kan.
Jadi, masak 2 minggu sekali ke.. (masak lala sampai bosan..hahah :D)

Tengok! Sama tak macam gambar dalam buku?
Mesti la tak sama...hahaha.. dalam buku tu nampak lagi sedap pulak..hihi..
Tapi, gambar tak boleh makan..yang real walau rupa tak seberapa, tapi sedap ok! :p



1 kilo boleh dapat 2 mangkuk.
Dah tau makan tak terhabis, jadi asing siap-siap nak bagi jiran.
1 untuk kami, dan 1 untuk jiran yang bertuah!hahaah..bertuah la sangat kan.. :p
Nak tau macam mana senangnya? Nampak tak resepi dalam gambar atas tu?
Tak berapa nak clear?
Ok la, saya tulis secara ringkas ye.

Resepi Lala Goreng

Bahan-bahan:
1 kilo siput lala
3 sb minyak masak
3 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 biji cili merah (dihiris)
3 biji cili hijau (dihiris) -saya tak letak sebab takut pedas sangat untuk Aleesya
5 sb sos tomato
5 sb sos cili
2 tangkai daun sup (and daun bawang sekali, dlm resipi takde, tapi dlm gambar ade, so sy letak jugak..hihi)
Garam secukup rasa

Cara-cara:
- lala basuh bersih-bersih.. (korang tau kan mcm mana? sy main tibai je sbb tak pernah cuci lala sebelum ni..hahah. Yang penting takde pasir-pasir and lumpur dah)
- tumis bawang2 and cili2 yg hiris tu dgn minyak..
- Masuk air sikit, then lala, sos2, garam...
- kacau-kacau.. then tutup jap bagi masak..
- Agak-agak dah masak, campakkan daun2 yang dah hiris2 tu.
- Rasa! ok tak? dah ok, boleh la hidang... :)

Sekian..selamat mencuba~ :)

p/s: suka sangat buku 1 hari 1 resepi.. tak sia-sia dulu mencari gila-gila kat semua kedai buku. Nasib baik ketemu jua..hihi :p


Saturday, 30 June 2012

Family Monthly Activity with Chicken Rice Shop..

As salam...

Makan kat rumah hari-hari, bosan juga..sampai tak tau nak masak apa dah.. :p
(Ada beli buku 1 hari 1 resepi, tetap kate tak de idea juga kan..alasan sbb nak mkn luar pulak.. :p)
Lokasi wajib tiap-tiap bulan - The Chicken Rice Shop!
Alahai..jangan la cakap kitorang makan tempat restoran ala-ala macam ni je..
Kedai-kedai mamak and tepi-tepi jalan pun makan jugak. Tapi dah ada anak kecik ni, tak boleh la nak makan tempat macam tu. Perlu ke tempat yang selamat, bersih dan selesa.. :)
(ke...korang ade cakap 'ape kelas makan tempat2 mcm ni, ada yg grand lagi la..'..xpe, hiihi..ni pun kami dah bersyukur yang amat.. :)

Ni makan-makan Khamis malam yang lepas.. :)
Lepas ambil anak-anak dari nursery, terus gi makan.

Aneesa mengantuk dah time ni..senyum pun takmo. Emo je die..hihi..cian~

Daddy.. Semua plates dishes n glasses need to put away from this girl..
if not, kejap je die tarik semua campak bawah!

Aleesya! minta dia buat "peace" nak bergambar.. boleh pulak die cakap "turtle pulak mummy!"
coz, peace tu dia cakap "rabit" - kes main shadow2 ngan die, buat rabit kan macam peace! :p

Wipe hand before eat! dah cuci, tapi kejap je dah touch sana sini.. wipe lagi dengan baby wipe pulak.. kebersihan penting :)

Ok, tak terkira bape kali dah kitorang makan TCRS ni.
Pernah buat feedback untuk dapatkan voucher yang boleh redeem next treat..Tp voucher2 tak bape menarik, so tak redeem pun..
Walau tak redeem, kami still makan TCRS..
(mmg my MIL masak nasi ayam lebih sedap dari nasi ayam kat sini.. Tapi ape boleh buat, nak makan luar punya pasal, takkan nak balik rumah MIL nun jauh disana semata-mata..hahaha )




Tuesday, 5 June 2012

Breakfast at 7 Eleven

As salam...

You all pernah breakfast kat 7 eleven?
Selalu pegi 7E malam-malam je, itu pun terpaksa sebab kedai lain dah tutup.
Kali ni pagi-pagi dah masuk 7E..sy rasa pelik sikit..
Kitorang first time breakfast kat 7E. Actually dah tak tau nak breakfast kat mana..
Every weekend, breakfast tempat sama je kat area Shah Alam ni.
Ahad lepas, kitorang pegi Zoo.. 
Dah janji dengan Aleesya nak bawa die pegi Zoo..selagi tak bawa, asyik tanya je dia. :p
So, bila dah awal pagi nak gerak..nak cari breakfast yang 1 jalan nak pegi..
My hubby isi minyak kat petronas..
Then, kitorang gi shell pula.. kali ni bukan isi minyak lagi..tapi isi perut! huhu..
kat Shell sini ade 7E..

Beli nasi lemak...air HL, dutch lady..
Aleesya nampak coklat..amek coklat! (wah..daddy pun bg green lite suh Aleesya amik coklat.. :p)
Nasi lemak die, sangat la sedap rupanya..tidak ku sangka..
Tapi harga jangan cakap la..RM2.30 satu.. kat 7E semua mahal kot. :p
Ok la tu..perut pun kenyang..berbaloi la daripada perut lapar.
Anyway... best jugak kadang-kadang bertukar selera.. :)
 
After that, terus gerak pegi Zoo Negara..
Nanti citer kemudian tentang pegi zoo pulak. :)

p/s: daddy ternampak salah sorang juri master chef malaysia kat 7E ni..time tu mummy pegi toilet. :p
saya suka tengok citer master chef! :)


 Banner

Monday, 21 May 2012

Hubby lagi hebat memasak!

As salam...

Huhuu.. malu...but, that's the truth... :p
Sejak dah mempunyai 2 org anak ni, my hubby really take apart in some of the house work!
(hee...doesn't mean i'm doing nothing ok! SOME of it..kih3)
Yup...since both of us working, mencari rezeki utk keluarga. Jadi, my hubby ni mmg tak berkira..
(walaupun dlm hati sy ni agak sedih tak dpt lakukan semuanya perfectly...i'm not a superwoman! Yes..i need help from my hubby a lots..~)

Balik kerja, terus gi taska ambil princess2 sekalian..
Sampai rumah, siapkan anak dan masak..
From here, me and hubby need to split.. Sorang layan anak2, sorang lagi di dapur..
My hubby prefer stay at kitchen. (Hubby lagi pantas memasak - ala2 masterchef gitu, harus pantas!)
Lagipun, my lil Aneesa confirm mengempeng lamaaaa-lamaaa! (maybe x puas minum susu tatkala ditinggalkan di taska..)

 
 Ketam masak lemak by my hubby..nyummy!

Sayur..
Kids meals for Aleesya..

If baby Aneesa dah mengempeng dlm kete masa otw sampai rumah, baru la mami dapat masuk dapur pulak.
Or, sy sediakan barang2, siap2 potong semua, hubby tinggal campak2 je dlm kuali.. :p
(my hubby masak mmg sedap! dan nampaknya semakin sedap sbb hari2 memasak.. sy jugak yg terkial2 memasak skg ni...hahah :D)

Anyway..thank u so much to my dear hubby.. sgt bersyukur coz my hubby ni sgt la baik dan byk mmbantu. :)
Love u so much dear!

p/s: masih tersemat di hati bercita2 menjadi surirumah sepenuh masa... menjaga keperluan anak-anak dan suami dgn sempurna. InsyaAllah..suatu hari nnt. :)

 Banner

Friday, 18 May 2012

Malam semalam baby Aneesa meragam..

As salam...

Baby meragam? itu perkara biasa for all mommies & daddies kan..
Baby Aneesa jarang sgt meragam sejak die lahir.
So, bile die meragam sekali sekala ni, mmg sy tetiba mcm curious...puas pikir nak tau jugak puncanya.
 Tp, alhamdulillah...malam td dah tak meragam.

So, setelah dikaji2.. masih belum tau punca sebenar.
Adakah sebab kembung? Tidak. dah sapu minyak, tepuk2 perut pun x kembung.
Lalu tempat2 pelik? org selalu ckp jgn gi tempat2 yg x sesuai. Semalam petang gi pasar malam, tempat tu mmg x bersih sgt kan..hmm~
Demam? Suam2 je, tp mcm x demam.
Nak tumbuh gigi ke? hah! maybe kot.. Gusi die baru mcm nak pecah, dah 5 hari, tp gigi x naik2 lagi..

Rasanya die sakit gusi kot..ntah la..ksian die.
Tp sebab baby Aneesa meragam semalam, sy tak sempat malam tu nak prepare present teacher's Aleesya kat taska. Semalam kan dorg buat hari guru kat taska.
(nak beli, terlupa nak singgah kedai..mlm kedai dah tutup baru teringat!)
Konon2nye nak bgn awal je la nk prepare.
Bgn terlambat jugak, kul 5 pagi.hahah.. Memang kelam kabut la..
Ape je yg saya sempat buat? Seperti entry sy sebelum ni...nak tau klik [sini]
Macam2 nk buat kot..tp ni je yg sy sempat buat.
Tadaaaa...
 Buat kad je... ade 5 teachers semuanya..semua sama, kaler je lain2 and letak nama.
Dah! settle.. takpe la, next time sy prepare awal2 sikit.

Then, ternampak kat blog ina buat roti paung! tetiba teringin nak mkn..
Jd, konon2 nak buat utk breakfast..(ada hati nk buat mcm2, dah la bangun lambat kan!)
Sempatkan jugak buat roti ni..
Tapi kannnn....huk3.. :'(
Tergaring..tgk la, kaler die legam sikit!
Walau ape pun, rasanya sedap jugak..hhihi... (garing di luar, lembut di dalam)

Makan panas2..sedapnye.. (bile dah sejuk mcm kebatun sikit! byk perlu belajar ni utk buat yg perfect..huuu) 

p/s: Korang tergelak tak tengok pic roti tu..gelap kan..hahah..
mesti teacher Aleesya pun terkejut and tergelak sama. Semalam tapaukan die buat breakfast jugak.. :p


Tuesday, 10 April 2012

Finger biscuit for babies...

As salam...

Suka tgk anak2 membesar dgn sempurna di depan mata..
Mengharapkan segalanya yg terbaik buat anak2 tersayang.
Nak bg mereka makanan yg berkhasiat.
Aneesa almost 8mo now. So, everything Aneesa pegang, semua nak gigit.
Jadi, mummy biasanya beli la biscuit baby bite/baby guide for her teething biscuit snack.
Mmg biscuit ni sedap jugak, kadang2 si Kakak Aleesya pun tumpang makan sekali bg habis!hahah.
Jadi, ape kate mummy buat je finger biscuit ni???
Mummy mmg x pandai baking2 ni.
Taram je la..huu~

Konon2nyer nak buat finger biscuit-melt in the mouth la.
tp x bape nak jadi..so, kena adjust lagi! 
Taraaa....!
 Dah macam biskut raya pulak kan..
mummy nak adjust bg ok.
biskut ni, mmg biskut kesihatan.. yummy juga - teetttt! (bg kanak2 yg x bape pandai merasa lagi ok la!hahah)
Aneesa makan dgn semangat! Jd, mummy kena monitor lebih sebab biskut ni x berapa jadi nak melt in the mouth tu..kebatun sikit..huhu :p
Aleesya pun suka..Habis dekat 10 ketul.dan.....asking for more!

Nanti sy dah adjust bagi biscuit ni jadi sempurna sikit, saya share the recipe yer..

 




Friday, 23 March 2012

Family Time - Mummy & Daddy promised to Aleesya to buy BALLoON!

As salam...

Hi.. Every morning while sending our kids to baby sitter, the kids will crying a lots.
Aleesya is worst menangis n mengamuk. coz die dah paham yg mmy ddy will leave her at baby sitter home..yg si adik kejap je, (7mo) pujuk2 diam la..
So, as mummy daddy get our salary yesterday (22nd March),
we promised to Aleesya to bring her shopping and buy her balloon - one of her favourite things.

Mummy & Daddy: "Aleesya...today mummy daddy work ok. Aleesya stay with ibu (baby sitter) first ok. Mummy daddy have to work to get money. After work, mummy daddy have money to buy toys, balloons, shopping.. Aleesya want??"
Aleesya: "hmm..ok. Aleesya want buy balloon SpongeBob, Mickey Mouse, giraffe.. big ballon. and then we go shopping and mamam.."

Senangnye hati pagi semalam bila hantar kiddies to baby sitter..
Aleesya tak nangis pon! hari2 mcm ni kan bagus.. :)
and baby sitter bgtau pagi tadi, semalam Aleesya duk ulang2 ckp..
"ibu, mummy daddy work.. nanti aleesya want to buy balloon! Sponge bob, mickey mouse, giraffe.. one for ibu, one for kak mia (anak pengasuh) one for mmy, one for ddy, one for baby anees...~"
Sungguh2 dia mahukannya!
Jadi, sebagai ibu bapa yg prihatin, kami pun duk pikir mana la nak pegi jalan2 yg ade balloon tu.
Nasib baik teringat kat Sunway Piramid ada.
So, last nite we're went to SUNWAY PYRAMID! horayyy...

This is Sponge Bob balloon for Aleesya! 





Then, we all get our dinner at The Manhattan Fish Market.
Ok, this is first time mummy mkn sini, coz mmy x suka sgt mkn yg mahal2..
Tp daddy cakap "We should rewarded ourself with some of this things.."
So, mummy pun tersenyum sahaja sambil tidak melengahkan masa utk mkn sini :)
Layannnnnn...~♥
Daddy punya plate.. Fiery Cherry Snapped with Mussels. So delish!
Mummy's plate - Small flame (sumber pic google). Depan2 kita die flame2 plate ni. x sempat nak snap time die buat sbb Aleesya mengamuk nak main henpon daddy. Pic pun x sempat snap before ngap! sgt yummeh!
Aleesya's plate - Creamy Mushroom! Aleesya mmg tak kan tolak mkn ni..Semangat! :)
Sedap kan..kan..? Muka kekenyangan..~
Baby Aneesa mkn biskut baby bite je..huhu. tgk la..sepah2 meja kitorg kan.x boleh nak control la ade budak kecik..hahah
Melayan Aleesya...ikut je la dia nak ape pun..
 Malam tadi, Aleesya mmg ade angin tak baik sgt.
So,agak tak best..But, alhamdulillah everything's going smoothly.
Balik dengan perut kenyang, hati senang... (^_^)

p/s: pagi ni hantar kids, Aleesya bawak belon SpongeBob. Beum ape2 belon dah koyak sbb die berebut ngn baby Aneesa. Ape lagi...wAaaaaa! nangis la!!! terpaksa daddy janji lagi nak beli belon lain..huhu. baru senyap! ;p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...