Showing posts with label My Kiddos. Show all posts
Showing posts with label My Kiddos. Show all posts

Tuesday, 11 September 2012

Di malam raya, potong kek untuk Aneesa :)


As salam...

Ikut surat beranak pula, Nur AneesaEryna selamat dilahirkan pada 18 Ogos 2011, 11:54 p.m. ... :)

Masih segar di ingatan peristiwa kelahiran Aneesa pada keheningan malam Jumaat pada bulan ramadhan tahun lalu... Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. :)
Ok, belum ada mood nak cerita panjang tentang kelahiran skg ni.. kali ni nak tepek gambar Aneesa dengan kek! :)

Aneesa yang sangat comel di mata dan di hati mummy!

Dress ni kakak Aleesya pakai dulu-dulu masa sambut birthday 1 tahun..cuba tengok...sama tak? hihi :p

Simple je.. Aneesa pun tak paham agaknye apa yang berlaku sekarang.. :p


 Maknye dengan kakaknye yang lebih excited pulak! (macam biasa la..hahaha)

Oh ye...kek ni kami letak Aneesa dan Syaurah sekali.. :) Lagipun mereka adik beradik susuan juga, umur pun beza 3 minggu je~♥

Dengan family Syaurah...

Kakak Aleesya yang over excited potong kek!


Actually, plan asal mummy nak Aneesa potong kek dengan Atok (my Abah).. Ye la, masa Aleesya 1 tahun, kami sambut di Shah Alam je, then 2 tahun Aleesya sambut dengan Ummi (my MIL)... Nak bagi atok merasa kegembiraan juga di hari lahir dengan cucunya.. Tapi apakan daya, plan dah bertukar.. Takpe la, tak semestinya hari lahir je boleh potong kek..nanti next time kita potong dengan atok ye.. ("jangan majok ye atok!"-Aneesa) :p

Next month birthday Aleesya pula.. (Aleesya genap 3 tahun ikut kalendar islam pada 19 Syawal yang lalu (6 September, Khamis lepas)...sorry Aleesya, mummy tak sempat nak buat entry untuk kamu... nanti kite potong kek lagi ye..

Mummy doakan anak-anak mummy Aleesya dan Aneesa menjadi anak yang solehah, taat perintah Allah, taat perintah ibu bapa, cemerlang dunia akhirat...Amiiin.




Friday, 3 August 2012

4 tahun pertama didikan anak-anak lebih penting...

As salam...

"4 tahun pertama didikan anak-anak adalah lebih penting daripada 4 tahun pwndidikan anak-anak di universiti..." kata Dr Fadzilah Kamsah.

Jadi, dengan sokongan my hubby, tanpa ragu-ragu kini saya dengan rasminya menjadi surirumah sepenuh masa.. :)
Alhamdulillah...syukur semuanya berjalan dengan lancar.


Pelbagai cabaran juga menjadi surirumah ni..(seperti yang dijangkakan..:p)
harap dapat saya tempuhi segala cabaran ni..
banyak yang perlu saya pelajari.

Harap semuanya akan ok..
Moga saya boleh menjalankan tanggungjawab sebagai surirumah dengan sempurna, menjaga dan menguruskan anak-anak dan keluarga dengan lebih baik.. :)

Ok la, next time sambung lagi.
Sekarang agak bizi, baru nak menyesuaikan diri dengan jadual kerja di rumah.. (jadual padat, byk juga kerja termissed..hihi :p)
Nak online, nak update blog, nak bw pun macam tak bape nak sempat.. (Aleesya pantang tengok saya online, die pun nak online..jd tak dapat nak focus.. :p)
Line tenet pun tenat dah...slow tahap kura2, jd bw pun ala2 kura2 la..hihi..(skg x pakai unifi lg.. :(...huu)

Wednesday, 1 August 2012

Aleesya start makan pedas...

As salam...

Alhamdulillah...indahnya ramadhan..
Lama tak jenguk blog ni..bersawang dah..huhu..
Agak sibuk menguruskan beberapa perkara..alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Entry ni dah peram dalam draft seminggu..nak publish asyik tak menyempat..
Hari ni baru nak publish, nak bw kawan2..rindu! :)

p
This October Aleesya will turn 3.. :)
Aleesya become big girl now!
Dah belajar makan makanan pedas..sebelum ni makanan pedas Aleesya memang tak usik.



Buktinya, masa makan kerepek yang dibekalkan nenek Aleesya 2 minggu lepas (last 2 weeks kami balik kg, nenek bawakan kepek balik shah alam sebab nampak Aleesya macam suka..)
Kerepek tu tak berapa nak pedas, tapi untuk Aleesya pedas la..
Tengok pic Aleesya mengadap kepek ni sorang petang2.. (opps..aleesya mmg belum star puasa lagi..)



Sebelah tangan Aleesya dah standby drink..
Agak2 kepedasan je Aleesya terus minum..hihi.. :p

Waktu berbuka pun, bila Aleesya nampak kami makan pedas, Aleesya tanya,
"Pedas ea..?"
"Pedas sikut je..." kami jawab..
Aleesya colet sikit dari pinggan daddy...
"tak pedas la..sikit je..Aleesya big already.." aleesya cakap. :)

"Nak letak pedas kat sini.."
Aleesya minta pedas ketak kat pinggan dia..
Tengok pic ni..bukan main dia colet makan dengan vegie.. :)


Dah besar dah anak mummy daddy ni.. :)
Aleesya jadi anak yang baik dan dengar kata, taat printah Allah dan ibu bapa..ok.
We love u Aleesya!


Thursday, 12 July 2012

Aneesa sing a Timmy Time song!

As salam...

On Saturday last week, Aneesa buat Mummy Daddy tergelak-gelak.
Apa lagi, keletahnya memang sentiasa buat mak bapaknya gembira..

One of the favourite toons Aleesya is Timmy Time.
Sekarang Timmy Time selalu ada kat Disney Junior Channel.
 Oleh sebab anak pun dah minat, mummy daddy download la.
Then, masuk dalam handphone sekali.
Hmm..hadap la timmy time ulang-ulang..hihi. :p

So, bila kakak dah buka banyak kali, Aneesa tengok je la kan..
Sampai la hari tu, terdengar dia ikut sekali menyanyi Theme Song Timmy Time tu!
Pernah dengar tak lagu timmy time tu? boleh search you tube banyak.. :p


Ok, takda la hebat sangat Aneesa menyanyi.. (tapi, Aneesa tetap hebat untuk mummy daddy.. )
Aneesa baru je masuk 11 bulan umur dia, cakap pun belum pandai..
Aneesa nyanyi pun part sheep tu mengembeeek je..hihi.
But, it's really cute tau! serius.. :)
Tak sempat nak record gelagat dia.
Kami selalu sakat dia, nyanyi la timmy time tu, mesti Aneesa menyambung mengembeeeek!hihi.. :p

Ok, ni saya tepek lirik lagu timmy time tu.
Part Baaaa (mengembek~♫) yang saya bold tu, semua Aneesa mengembek sama-sama.. :p
Lets sing a song Aneesa! ~♪♫♪♫...♥

Timmy Time Song




It's Timmy time!
♪ Timmy, it's Timmy ♫

BAaAaa! <-- (time ni Aneesa pun mengembek sama)



He's a little lamb with a lot to learn




Timmy, it's Timmy

BAaAaa! <-- (lagi!) ♪



He's a handful of trouble at every turn

Timmy leaves the farm, goes out to the world
Trying to be cool he's number one
He joins all his friends on a big adventure
And he's always having such a lot of fun (a lot of fun)




Timmy, it's Timmy

BAaAaa! ♪



He's a little lamb with a lot to learn




Timmy, it's Timmy

BAaAaa!



He's a handful of trouble at every turn (a lot of fun)

Timmy, it's Timmy

♪♫BAaAaa!



He's a little lamb with a lot to learn

It's Timmy time!

p/s: Dapat bayangkan tak kecomelan Aneesa mengembek time lagu ni.
(sambil badan Aneesa goyang2 konon dancing la tu! :p)

p/s lagi: dah join GA saya? jemput la kalau sudi.. :)


Thursday, 5 July 2012

Aneesa at 10 months ++

As salam...

Tak habis-habis nak story tentang anak dara sorang ni kan..
hihi.. addicted to my own child! :p

Aneesa dah besar dah..tak payah panggil baby lagi ea.. :)
boleh panggil kakak tak?hahaha..kena ada adik la baru panggil kakak kan! :p
Dah 10 months ++ dah.. sikit lagi nak setahun..kira-kira last day puasa nanti birthday Aneesa.. :)
Sambut raya sambil sambut birthday budak kecik ni sekali la..jimat! hihii..

Aneesa mengamuk pandai sangat dah sekarang ni.
Tak dapat apa yang dia nak, protes! sujud terus, golek-golek sana sini...aduhai...
Mulut bunyi-bunyi je selalu..
Jalan, tak pandai lagi..huh! sabar ye..takpe, slow-slow.. :)
Super duper tak boleh kena tinggal. Nak berkepit je..(paling susah kalau mummy nak gi toilet, melalak macam la mummy tinggalkan die jauh2..alahai..)
Layan gambar..geram mummy tgk die buat hidung macam tu!
 
Berat?
Ringan dah.. berat dah turun..kejap 8 kilo, kejap 7 ++..
Semakin slim pulak bila tengok die..pipi pun dah kecut.tp mummy tetap geram, hari-hari kena gomol pipi die.. :p
Gigi dah 4 batang. Yeay! dua atas dua bawah..
menggigit je dia.. tapi makan memang payah sangat (hmm..korang ade idea tak macam mana nak dia makan? pening kepala pikir die taknak makan ape-apa pun..semua nak kena paksa.. )
Suka sakat tarik rambut kakak! gembira bila dengar kakak die jerit.Kesian kakak.. :p

Demam? Hmm..Aneesa memang kerap demam sejak kebelakangan ni..
Tapi nampaknya still active. Demam nak besar katanya.
Harap semuanya ok..

Nanti story lagi...bye.

P/s: Daddy tengok picca Aleesya masa kecik-kecik...
Confused daddy tu pic Aleesya ke Aneesa. Serupa je muka dorang ni.
Nanti saya cari gambar-gambar Aleesya yang lama..Korang tengok sama tak nanti.. :)

Monday, 2 July 2012

Tak elok bawa anak-anak bersiar-siar di waktu senja...

As salam...

Aleesya demam. Hari sabtu, lepas maghrib badan panas sangat,
tapi kat kaki and tangan sangat sejuk macam air batu..
Kami risau sangat, sebab macam tiba-tiba je.

Petang tu, daddy bawa Aleesya round naik motor.
Sekitar area sini-sini je.. (mummy tak ikut sebab rasa macam malas.. :p)
Daddy balik-balik je rasa tak sedap hati..
Tapi time tu Aleesya macam ok lagi, takde nampak apa-apa yang berbeza..

Lepas maghrib je, Aleesya nampak sangat layu..
Then, Aleesya cakap..
"Mummy, Aleesya hot la..." serius! badan die panas sangat.. then, die bangun dari sofa, duduk terlepek kat saya.. (time ni sedang menyusukan Aneesa..tak dapat nak hold aleesya properly)
So, terus panggil daddy.. Aleesya serba tak kena.
Kami baca-baca kan Ayat Kursi, Aleesya merengek-rengek.
Ulang-ulang.. lama-lama die tertidur sambil saya peluk and baca-baca tu..
Badan die menggigil-gigil..tangan kaki masih sejuk, badan panas.

Setelah menyoal siasat daddy..(ayat tak tahan kan..)
Daddy bawak aleesya round round area perumahan sini, lalu 2 tong sampah besar (jarang sangat lalu situ)
Aduhai...tak nak lalu situ lagi ok!

Semakin malam, badan Aleesya semakin panas..
Daddy tak tidur semalaman monitor suhu Aleesya.
Buat sponging, letak air kat badan, suhu masih tak turun.
Last, masukkan Veron Supp (ubat masuk punggung tu..)
Ubat tak berkesan.
Badan Aleesya tetap panas.. So, sponging setiap masa.
Setiap kali saya habis baca ayat kursi, badan n tangan Aleesya menggigil-gigil..

Ahad, pagi-pagi kami keluar dah.
Nak bawa jumpa Ustaz (nanti saya ceritakan tentang berjumpa ustaz ni..)

dan.... Ustaz berpendapat Daddy dah terlanggar sesuatu, dan Aleesya terkena sekali.
Worst, ustaz said that thing following daddy and Aleesya.
Lepas jumpa ustaz tu, dengan bacaan and doa.. Suhu Aleesya dah semakin turun.. (tapi belum suhu yang normal)



(pic Aleesya semalam and pagi tadi..)

Ok, Aleesya masih demam pagi ni..malam tadi masih sangat panas..
Malam tadi masik ubat punggung lagi..and suhu turun.
Keep sponging dengan air.
Pagi dah nampak ok, tapi nampak die layu sikit je..
So, bawa pergi jumpa doctor tadi..(Aleesya suka la sebab ade playground kat klinik!tu yang senyum tu..)  -seperti biasa, ambil ubat...(standby kalau demam teruk sangat lagi) :p
nampaknya Aleesya macam ok dah..so, boleh la mummy daddy work.. 

Hmm..macam-macam dugaan.
Lepas ni, taknak bawa Aleesya keluar senja-senja lagi.

Pesanan ustaz: Dunia kita sekarang ni, tak macam dulu.. 'Mereka' berkeliaran di mana-mana sebab tempat 'mereka' di kacau untuk buat pembangunan.
Jadi, dinasihatkan jangan keluar diwaktu-waktu begitu, kanak-kanak tidak sekuat orang dewasa.

p/s: Pesanan saya sendiri: Ya, dunia kita tak macam dulu..banyak sangat pencemaran sana sini..udara pun tak bersih. Bakteria and virus dimana-mana jugak...
Jagalah kesihatan dan kebersihan untuk kesejahteraan.. Kesejahteraan rohani juga penting ya.. :)


Saturday, 30 June 2012

Family Monthly Activity with Chicken Rice Shop..

As salam...

Makan kat rumah hari-hari, bosan juga..sampai tak tau nak masak apa dah.. :p
(Ada beli buku 1 hari 1 resepi, tetap kate tak de idea juga kan..alasan sbb nak mkn luar pulak.. :p)
Lokasi wajib tiap-tiap bulan - The Chicken Rice Shop!
Alahai..jangan la cakap kitorang makan tempat restoran ala-ala macam ni je..
Kedai-kedai mamak and tepi-tepi jalan pun makan jugak. Tapi dah ada anak kecik ni, tak boleh la nak makan tempat macam tu. Perlu ke tempat yang selamat, bersih dan selesa.. :)
(ke...korang ade cakap 'ape kelas makan tempat2 mcm ni, ada yg grand lagi la..'..xpe, hiihi..ni pun kami dah bersyukur yang amat.. :)

Ni makan-makan Khamis malam yang lepas.. :)
Lepas ambil anak-anak dari nursery, terus gi makan.

Aneesa mengantuk dah time ni..senyum pun takmo. Emo je die..hihi..cian~

Daddy.. Semua plates dishes n glasses need to put away from this girl..
if not, kejap je die tarik semua campak bawah!

Aleesya! minta dia buat "peace" nak bergambar.. boleh pulak die cakap "turtle pulak mummy!"
coz, peace tu dia cakap "rabit" - kes main shadow2 ngan die, buat rabit kan macam peace! :p

Wipe hand before eat! dah cuci, tapi kejap je dah touch sana sini.. wipe lagi dengan baby wipe pulak.. kebersihan penting :)

Ok, tak terkira bape kali dah kitorang makan TCRS ni.
Pernah buat feedback untuk dapatkan voucher yang boleh redeem next treat..Tp voucher2 tak bape menarik, so tak redeem pun..
Walau tak redeem, kami still makan TCRS..
(mmg my MIL masak nasi ayam lebih sedap dari nasi ayam kat sini.. Tapi ape boleh buat, nak makan luar punya pasal, takkan nak balik rumah MIL nun jauh disana semata-mata..hahaha )




Tuesday, 19 June 2012

Aleesya and the cockroaches...

As salam...

Ada beberapa kartun kat tv kalau Aleesya tengok jadi macam kat gambar bawah ni..

Khusyuk Aleesya.. memang time macam ni kalau kite cakap dengan die, macam layan tak layan la..
Sekarang ni engok cerita ape?
Oggy and cockroaches!
Kartun ni antara top 10 kartun kegemaran Mummy!hahah..
daddy tergelak mula-mula bila Aleesya tengok kartun ni saya tau nak nyanyi lagu intro die..hihi :p
Saya memang suka layan kartun..tapi tak semua kartun.
Best tau toons ni..
Tengok la pic Aleesya tu. Die pun layan..
Sekarang, daddy pun layan kartun ni..hahah.. (kadang-kadang, daddy yang tergelak besar lebih kan..hihi :p)
 
Aleesya sampai taknak pegi skool sebab nak tengok cerita ni..
Kitorang siap-siap download cerita ni, sebab kartoon kat tv tak tentu masa kan.
Dan Aleesya kadang-kadang bila sampai angin kus-kus die.. nak tengok sangat, time tu jugak die mengamuk..
Alahai Aleesya..suka sangat tengok kartun ye..
Ikut sapa la ni.. (ikut mummy la.. :p)
 Kartun baru..coming soon!... "Aleesya and the Cockroaches" :p

Saturday, 16 June 2012

Nak beli shoes Daddy, terbeli shoes Aleesya..

As salam...

That day we all straight away to Jusco after back from work and fetch our kids at nursery..
The main reason is to buy my hubby's shoes.

So, saya memang dah lama berniat nak belikan kasut baru la..
Pernah gi cari kasut kat Parkson time Mad shoes offer tu. Tapi takde rezeki nak dapat kasut daddy kat situ.
Warna yang berkenan takde, warna yang ada takde saiz pulak..alahai.. tak merasa nak pakai kasut bonia..hik3.. :p

Time pegi Jusco, tengok la segala kasut yang ade..
(Mami pun tumpang tengok kasut kot2 ade yg berkenan..)
Pun kisah yang sama kisah takde rezeki nak beli kasut daddy..takde saiz yang sesuai..
Yang ada pun sebelah dah jadi display.. tak best la bila pakai. Seblah kiri longgar (bape ramai org dah cuba2 pakai sbb display), kanan ketat coz dlm kotak..
Jadi tak beli..

Rehat solat maghrib.. sementara tunggu turn my hubby solat,
saya masuk la kedai bata.. (konon2 nak tgk kasut2 utk mami lagi..hahah :p)
Aleesya n Aneesa with me..
Ternampak 1 kasut kiut sangat..
Tunjuk Aleesya.. Excited die nak cuba.
Aleesya sangat suka..saya pun suka.
Bila minta Aleesya buka balik shoes tu, takmo..
Untuk pengetahuan, sejak Aleesya dah pandai jalan, tak pernah dapat kasut..
selalu belikan sandle je. Ala..yang crocs tu, tapi bukan original pun.. (kesian anakku.. raya pun pakai sandle crocks jugak..)
Memang teringin nak belikan Aleesya yang jenis-jenis kasut bertutup ni, nampak la girl2 sikit kan
Tapi bila try, Aleesya kata sakit kat kaki kat belakang tu..
Die tak biasa.. SO, kali ni tanya die sakit tak..die kate tak!
So, ape lagi..bila daddy datang je, mami propose la supaya kasut itu dibeli..
(Opps..daddy taktau mami n kids dlm bata..melilau daddy cari kitorang.. soriii...~ :p)
 So, inilah kasutnya..
Takde la kiut sangat kan.. brand pun bubble gummers kat bata je.
Tapi bagi kitorang sangat gembira dapat belikan jugak kasut yang sesuai and selesa untuk anakku ini.. :)
Tak habis-habis "look...new shoes la!"
Excited, bila balik, sibuk nak pakai kasut kat dalam rumah..
Daddy dah bersihkan tapak kasut tu. Beberapa hari ni, balik jw bersihkan tapak die sebab dalam rumah Aleesya nak pakai kasut BARUnya... :)

p/s: Aneesa masih demam hari ni.. bawa juga pergi klinik ambil antibiotik..
kalau dlm 2 hari lagi tak baik jugak, kena bawak klinik lagi.. Cepat sembuh ye syg..mami dedi risau la.. kesian tgk Aneesa layu tak bermaya je.. :(


 Banner

Tuesday, 5 June 2012

Aneesa at 9 months ++

As salam...

Dah 9 months ++ Aneesa. Kejap je dah besar..takde bau baby lagi..hik3. (bau masam ade la..hhahaha)

Semakin membesar, semakin bijak anakku ni..
Tapi, masih nak melekat je 24 jam (kat nursery pun teacher complain sebab Aneesa takmo kena tinggal..nak sentiasa ada orang dekat dengan die..aiyoo..~ (-_-) )

Makan..kadang-kadang ok..kadang-kadang sudah juga. (Tapi, yang bukan makanan tetap menjadi pilihan nak masuk mulut..especially, kertas and tissue! :p)
Dah pandai berdiri sendiri pegang sofa...nampak macam stabil dah. :)
Tengok tv, favourite.. dengar lagu-lagu je kat tv..badan goyang-goyang.. (konon dancing la tu ye?)
Minum air masak dah laju je pakai straw.. (pakai straw memang pandai sejak 7months, tp time tu share kakak punya..sekarang dah ada botol sendiri.tu pun 2nd hand kakak punya..hahah. Nanti beli baru k.. :p)
Cakap? tiba-tiba tak dengar die cakap maaammmiii lagi.. :( 
Dah suruh cakap, tapi tak sebut-sebut jugak..haha.
Tapi..dengar Aneesa selalu sebut.. deeddeee! (bagi chance sebut daddy pulak kot..hihi :p)

Gigi..dah ada sebatang..cenonet je..hik3.. 
Dah pandai sangat gurau-gurau dengan kakak Aleesya.. (kadang-kadang berebut toys dengan kakak!menjerit je kids ni kerjanya..)
Gelak-gelak no. 1!
Aneesa murah dengan senyuman..dengan sape-sape je die akan senyum.
"Tapi, senyum je ok! nak ambil saya, soriiii.."- Aneesa masih tak berapa nak orang lain.
Hantar kat nursery pagi-pagi, hari-hari Aneesa buat drama..Nangis! (aiseh...buat mami tak keruan..rasa takmo gi keje..nak kepit je anak mami 24 jam!)
Berat? hmm..agak dah 8 kilo kot. (nanti balik timbang confirmkan.. :p)
Sekarang kitorang tak buat check up kat klinik kesihatan every month.
Buat immunization pun kat klinik biasa je..

Banyak lagi nak update tentang Aneesa.
Tapi time nak buat post je, mesti terlupa nak tulis ape lagi..huhu..

Pic budak masam pagi2 nak pegi taska.. posing2 comel sebelum buat drama air mata bila kena tinggal kat taska!

p/s: next time utk 10 months kena buat draft siap2 kot..time ingat je taip, save! dah 10bulan baru post..hahah :p kalau tak, asyik terlupa je..banyak urat saraf putus time bersalin, belum habis sambung agaknya..hihii..





 Banner

Thursday, 24 May 2012

Swimming pool dlm bathroom?

As salam...

Kitorang ade swimming pool dlm rumah! :)
Kondo pun swimming pool public kat luar tau. Best betul ade swimming pool dlm umah~ :p

Swim ke? berendam je kot...
*sorry kalau pic ni seksi sikit..budak2 kan :p
 Al maklum la..bathroom pun cenonet kan.. bath tub pun xde buat berendam.
Pakai la mini pool je..nk pegi swimming pool kat Pusat Akuatik tu, takkan hari2 kan..huh~
Sonok jugak tgk dua beradik ni swim..eh, berendam!
Terkekeh2 gelak.. 
Lama dah beli, mmg berjasa betul pool yg comel ni.Muat2 je dlm bilik air kitorang yg comel jugak.. :p

Mini pool ni memang byk fungsinya..
Masa Aneesa baru lahir (kira time baby yg dimandikan ikut step2 tu), kitorg pakai mini pool ni je.
Kire macam besen baby bath tub tu la (mmg x penah beli sbb xde ruang nk simpan nnt sbb rumah pun cenonet kan..hihi..- insyaAllah harap2nya 1 hari nnt akan beli rumah yg best sikit..amiiin..-siap ade swimming pool real lagi..hahaha. berangan!)
Hmm..mini pool ni pun jd bath tub kitorg jugak kadang2..hahah :D (yela, tetiba rasa nk berendam bagai kan..~ :p)

Bila rasa xmo pakai, buang angin...lipat2 simpan.

p/s: tak sabar nak balik kampung minggu ni. Kat kampung husband ade pool besar..mak bapak pun boleh muat skali.  Boleh la Aleesya n Aneesa swim ngn kazen2 yg lain.. yeay!mesti lagi seronok.. (baby Aneesa pun ade float sendiri - tak sempat nak buat entry ttg baby float lagi..best sgt!)


 Banner

Wednesday, 23 May 2012

Baby Aneesa Demam lagi...

As salam...

Anak jepun ni demam...cian die.
Mlm td badan die panas sgt.. tepek coolfever and basahkan badan die sikit2 bg sejuk.
Before tido malam td dah bg ubat..tp mcm biasa la, byk yg diluahkan je, telan tak seberapa..

Pagi2 buta budak kecik ni dah celik mata..tidur dia pun mmg tak lena..
Jd, mami pun haruslah celik mata sekali layan die.
Bawak die main2 kat hall (sbb xmo kacau kakak die tdo kat dlm..)
Kejap gelak, kejap merengek.. badan die tak sedap agaknya.

Kesian die..
Start from the day yg baby Aneesa meragam tu, badan die mmg suam2 je..
Tp mlm td suhu tinggi sikit.. 38.5..
Turun naik panasnya.
Pagi2 before 6am dah mandikan supaya tak panas sgt (plus, pagi2 die dah poopoo..mami pun tak mandi lagi..huhu :p)

Nampaknya pagi td lepas mandi, suhu dah turun..jd sy takde la ambil cuti sbb ade keje perlu disettlekan (cuti pun dah tinggal sikit sgt...)
Tp pesan kat nursery, kalau die panas balik perlulah bgtau cepat2 (risau juga ni...anak lagi penting dari keje..)
Dah mesej teacher kat taska jugak..minta diorang update.

Org ckp demam nak membesar kot.. Gigi pun dah nampak kecit je. (x dpt nk snap pic gigi die lagi, nk bg tengok pun bukan main susah.. :p)

"Sabar ye syg... nnt mummy balik cepat2 ambil syg ye.." (mmg selalu balik cepat pun..hihi. tak sanggup nk balik lambat n ambil kids lambat..)
Si comel anak jepun mami dedi! - semua nk gigit masuk mulot..~ (-_-)'

p/s: baby nk tumbuh gigi ni akan demam banyak kali tak? setiap bijik gigi die nk tumbuh demam ke, atau demam 1st time nk tumbuh je? (xde pengalaman sbb masa anak 1st tumbuh gigi xde demam pun...)



 Banner

Wednesday, 16 May 2012

Hadiah Hari Guru My Kids' Nursery?

As salam...

Hari tu baru terbaca entry rakan blogger beli hadiah utk teacher taska kids die..
Lupa pulak skg ni my kids dah hantar di taska. So, haruslah melibatkan diri dlm aktiviti seperti itu jugak! :)

I'm still thinking..what is the most suitable, valuable and...jimat! hahah.. (ye la, skg tgh2 bulan mmg paham2 je la kan..hik3 :p)
Ingat nak buat sendiri je.. Tapi ada masa ke?
Tp nak buat ape ye?
Mcm ni ke????

Maaf la ye... bakat saya tak sampai tahap ni la..aiyakk!

Dulu penah buat cupcake sekali je..main2.
Dah la buruks rupanya..rasanya.."hmmmm...boleh la"..huuuu..~ (-_-)
Pic bwh ni cupcake main2 ngn Aleesya dulu..sila la kutuk ye, sy paham..hahah.. :D

So, apakah yg sesuai ye?
Craft?
Mcm ni?
Adoyaiii.. ni lagi x terer.. bg picture sahaja dari pakcik google ni boleh?hahah.. :D
Masa father's day, buatkan hadiah craft hubby utk Aleesya.
1 malam tak tido okay!!! tak sanggup la pulak tak tido malam ni utk buatkan teacher's aleesya punya present.hihii.. :p
 ini dia bantal daddy's day last year..~ :)

Hmm..still thinking. Any suggestion?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...