Friday, 14 September 2012

Percutian 2012 kami


As salam...

Lama rasanya tak pergi bercuti... Jadi, masa cuti raya yang lepas kitorang mengambil peluang untuk pergi bercuti. Actually, ingat nak bercuti dekat-dekat je, yang penting bercutilah kan.. Tapi, my BIL (abang sulung kepada my hubby) ajak kami join mereka bercuti. Baru la meriah!

Pada hari raya ke-3 tu, kami hantar my MIL and FIL ke LCCT dari Melaka.. Jadi, kami pun terus la pulang ke Shah Alam untuk packing beg pergi bercuti pula.. :)
Ke mana percutian kami?
Penang dan Langkawi!

Ok la...tak mau cerita panjang-panjang.. Meh sambil layan gambar (Gambar pun tak banyak yg diambil... :p)

Sampai-sampai kat sebuah hotel di Penang ni, semua serbu kolam renang dulu..
menghilangkan keletihan badan yang duk dalam kereta sepanjang perjalanan yang panjang.. :p


Baby neck float ni Aneesa punya.. Biasa la, Kakak Aleesya ni bila nampak adik dia pakai, dia pun nak jugak.. Tak sangka ia berfungsi dengan baik untuk Aleesya yang mencecah umur 3 tahun ni. :)
Baby neck float ni untuk newborn hingga 2 tahun. Jika berminat, boleh tengok pilihan di blogshop saya. Yang baru ni lebih berkualiti dan design lebih cantik dari yang Aleesya pakai. (KLIK SINI untuk lebih lanjut).

Then malam, keluar mencari santapan malam di Penang.. :)
Hujan.... :p


Naik train ke Bukit Bendera...
Aleesya la yang paling excited.. First time die naik train. (naik thomas katanya... :p)

Bukit Bendera..


Toy's Muzeum.. Aleesya tidur time ni.. Kejut banyak kali tak bangun.. Dah balik baru bangun. Bila tunjuk pic ni, sibuk die mengamuk nak pegi lagi...haishhh...

Naik ferry dari Kuala Kedah ke Langkawi... Ada peristiwa tak best yang memang tak dapat dilupakan dalam feri ni.. Nanti saya ceritakan kemudian.. Memang pengalaman sungguh. Tengok semua muka pun dah serabai...huuuu


Sampai ke Langkawi.. Sangat keletihan.. Terus rehat di hotel.. 

Tak menahan, siap dinner dalam hotel je. Dah tak larat nak keluar cari makan sebab dah lewat kami sampai ke Langkawi ni.. Dinner yang best, lazat! but the price...gulp! (haha..nama pun hotel kan.. :p)
 
Ok..di Langkawi tak dapat nak luangkan masa berjalan dan bershopping sebab masa sangat terhad. Awal kami gerak ke kembali ke Kuala Kedah semula..

Then, masing-masing dah letih tak mampu nak teruskan drive pulang ke kampung halaman, jadi kami bermalam lagi di Kedah.

Cuti yang simple..Apepun tetap best.. Mana ada cuti yang tak best kan.. :)

Sambung di lain entry insyaAllah..

p/s: Minta jasa baik anda LIKE photo entry saya dalam facebook myChef.. Dah nak tutup sabtu ni, tapi saya belum qualified pun sebab like tak cukup lagi... Tolong ye.. TQ kawan2 sekalian.. nak LIKE sila ke photo entry saya ni (KLIK SINI)

Kid's Pocket Meal post entry.. :)

6 comments:

adyna AB said...

akak gak tak g bercuti ;)

p/s: akak dah email ema

ZieMarziah said...

wah sy yg dok penang pun x pernah lg naik bukit bendera hehehe malas nak bersesak2

*dah like..good luck eh*

wantie said...

wah meriahnya cuti. pics semua tu membuatkan daku terasa nak pergi bercuti la.

tapi palnning cuti next year Feb. waaa.. lambat lagi.

tak pe tak pe ambik mood dengan percutian korang dulu.

insan_marhaen said...

Dua-dua tempat ni akak dah pergi..meeeeemang seronok ima..;)

sal ya said...

rasa macam nak ajak husben pergi langkawi je bawak anak2.

insan_marhaen said...

Seronok naik keretapi bukitkan..sekarang ni dah guna sistem komputer tak lama mana sangat duduk dalam tu dah sampai atas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...