Saturday, 15 December 2012

Cara Buang Malware dalam blog


Assalamualaikum w.b.t.. Patutlah takde yang berkunjung ke teratak Greeny House ni..Takut tengok bayang bayang malware dari jauh agaknya..terus blah je. Ye la..faham..takut nanti encik malware ni nak ikut korang balik pulak kan..hikhik.
(alaa...kalau encik malware tak de pun, bukan ramai pun pengunjung Greeny House ni..hahah :D *masih sedar diri belog tak femes ok :p*)

Ok..korang jangan risau, saya dah 'sepak terajang' bagi encik malware yang tak diundang tu pergi. "Shuhh..shhuuh..encik malware go away!"
Hampir semalaman jugak bersengkang mata pujuk si malware ni pegi..tak jalan gak. Macam-macam cuba..google sana sini. Semua saya cuba. Tak jumpa jugak mana malware tu nyorok.. Ape jenis malware yang bertandang ni??? Lepas subuh, sambung lagi. Berjaya! Alhamdulillah.. *Erk..tiada alasan tak berhapdet blog*

Jadi, mungkin malware semuanya tak sama..Jantan betina tua muda...ye ke? ntah! :p
So, saya punya ni tak tersenarai malware yang dulu dulu kot. Tu yang google google semua cara tak berjaya. 
Maka, saya nak jugak kongsikan cara nak buang MALWARE. Mana tau ada rakan yang terkena malware yang sama. 

Jom kita mula!

First..Saya biasa guna browser Firefox atau Google Chrome. Guna Firefox ok je nak masuk blog. Tapi bila guna Chrome, malware detected! (so, lepasni saya nak guna chrome je..maybe firefox punya pagar tak bape kukuh nak detect malware :p)

Macam ni die keluar untuk blog saya.. Nampak tak En. Malware tu???? Ape ntah yang die nak ambil kat blog picisan saya tu.


1) Ok, mari teruskan.. Cuba klik gambar atas tu untuk tumbesaran. Ok takpe, saya zoom in kan.
Dalam message malware detected tu, ada beritahu link apa yang ada bau bau En. Malware. Tak pasti kalau pakai selain chrome ada keluar message detail macam ni tak.


"Content from www.swfcabin.com, a known malware distributor,..."
kan..kan... haah! tu la nama En. Malware..

2) Copy "swfcabin"

3) Pergi kat DASHBORD > TEMPLATE > EDIT HTML > PROCEED > EXPAND WIDGET

4) Ctrl + F... paste swfcabin tu dalam ruang search... 

5) dah jumpa yang di highlight hijau dalam code yang serabut tu? Ok..part ni saya tak pandai sangat nak ajar delete.. Saya pun lupa nak buat print screen.
Tapi, apa yang saya delete ialah keseluruhan yang ni:

var so = new SWFObject("http://www.swfcabin.com/swf-files/1265483417.swf", "tagcloud", "240", "300", "7", "#ffffff"); // uncomment next line to enable transparency //so.addParam("wmode", "transparent"); so.addVariable("tcolor", "0x333333"); so.addVariable("mode", "tags"); so.addVariable("distr", "true"); so.addVariable("tspeed", "100"); so.addVariable("tagcloud", ""); so.addParam("allowScriptAccess", "always"); so.write("flashcontent");

tips saya nak delete: delete selepas code '>' hingga sebelum '<' kat area malware tu. Cut & paste dulu kat mana2 (saya paste dalam ms word je) Kenapa? takut html code blog error..takde backup lain pulak jadinya nnt.. :p

6) SAVE

7) LOGOUT..pastu CLEAN history, cookies, cache..semua lah. REFRESH.

8) cubalah masuk blog korang..ok tak? Saya cadangkan guna Chrome.. :)

Ok, faham tak..maaf lah kalau tak faham..first time buat tutorial (boleh kira tutorial ke ni???)
Harap ia dapat membantu. Ok, sudah singkirkan virus dan malware dari dalam blog. Bersih dan suci.. :) Jom singkirkan toksik dan segala yang tak perlu dari dalam badan pulak! haha..biar bersih, suci, sihat dan cantik... Jomlah klik sini. ;) <-- Banyak tutorial nak bersihkan dalam badan pulak?? :p

p/s: Banyak nak cerita lagi..tengok malware, asyik tertangguh nak update. Lepas ni kena gagahkan jugak nak update..banyak nak story..dah lama tertunggak ni :p Rinduuu nak jalan-jalan blog korang. Selama ni BW banyak guna gadget..tak puas nak tinggal komen. pakai PC gedabak ni jugak puas hati.. tapi bila duk depan pc, mummy menaip, anak2 pun sibuk nak menaip..alahaiiii.. 




Wahhhh...blog saya ada tetamu tak diundang! En. Malware!! bukan Pn. Tupperware yer..hahah *tak lawak*

9 comments on "Cara Buang Malware dalam blog"

adyna on 16 December 2012 at 04:52 said...

uh patut lah..mujur en malware dah pergi..

p/s: sedih sebab ritu tak sempat nak g shaklee.. ;(

Mimie on 16 December 2012 at 17:26 said...

tutor yg bgus nih..byk blog kne malware skang

Mimie on 16 December 2012 at 20:53 said...

alhhamdulillah en malware dh takde

Kesuma Angsana on 17 December 2012 at 11:04 said...

gd sharing ni

Wanieys a.k.a IbuQalief on 17 December 2012 at 14:53 said...

owh mcm tu...tengs share kt sini :-)

Nieyxzha Hassan on 20 December 2012 at 02:55 said...

Bagus2..siap sedia dgn taekwondo lepas ni kalau 'die' datang lagi.. ^^

sal ya on 20 December 2012 at 05:51 said...

tips berguna.

Ammar ZulQarnain on 7 January 2013 at 14:45 said...

Assalamualaikum, sy nak pergi ke template pown tak boleh... herm, cm ne ni ? :'(

Mummy GreenyHouse on 21 January 2013 at 00:04 said...

Wslm Ammar Zulqarnain.. Alamak! saya takde la pandai sangat bab2 malware. Nanti awak email saya k.. greenyfullhouse@gmail.com. Mana tau ada yang saya boleh tolong.. :p Saya tak dapat nak bukak link awak..email pulak bounce.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men