Saturday, 16 March 2013

Umur berapa nak lancar baca al-fatihah Aleesya?


As salammualaikum.. :)

Nak cerita tentang Aleesya. Saya rasa saya perlu perbaiki lagi untuk menjadi ibu yang terbaik. Korang start ajar anak anak mengaji dari umur berapa ye? Saya pernah beli muqadam yang helaiannya daripada plastik tu masa umur dia 2 tahun. Erk..2 tahun memang dia mengaji cara dia la.. Kita sebut, dia ikut..tu pun tak fokus. Beli yang muqadam plastik pun sebab takut dia koyakan. Baru baru ni ada belikan dia set Iqra' tu, yang ada 6 stage bukunya. Sebab orang kata kalau ajar pakai iqra' lagi cepat dia pandai mengaji. Tapi betulah, macam cepat je Aleesya nak ingat a, ba, ta.. Tapi tu lah, maknya ni tak pandai nak garang supaya Aleesya fokus. Ok, nanti cerita lain la bab alif ba ta dan buku Iqra' ni. Nak cerita dulu tentang Aleesya dan hafalan al-fatihah.

Sejak Aleesya kecil, memang dibiasakan dengan bacaan al-fatihah. Mummy daddy lah yang biasa dendangkan al-fatihah. Ketika bangun tidur, naik kereta, sebelum tidur..dan bila bila masa yang teringat lah. Kalau dalam kereta memang biasa bukakan bacaan cd al-quran. Part al-fatihah tu memang ulang banyak kali je. Masa Aleesya 2 tahun, Aleesya ikut bunyi hujung hujung je..kira ok la tu sebab dia pandai ikut turn apa bacaan lepas tu. Anak korang mesti lagi pantas kan. :)

Sekarang Aleesya dah 3 tahun 5 bulan.. Baru sempat nak merakam video dia baca al-fatihah yg penuh. Mana taknya, asal mummy pegang camera, lorat die nak tengok jugak. Padahal belum habis baca dan belum habis record lagi.

video

Boleh lah..tanpa bantuan dendangan al-fatihah dari CD atau youtube atau suara mummy yang merdu ni, Aleesya mampu baca al-fatihah dengan sendiri. Alhamdulillah.. Tp sebutan memang belum betul betul jelas. Tengok anak orang lain lagi pandai baca dengan lancar kecik2 lagi. Apapun mummy sangat gembira dengan perkembangan positif anak anak mummy daddy. Aneesa yg 1 year 6 months ni pun kalau kakak die baca, aneesa tukang sambung hujung2 je la time ni. :p

Aleesya dan Aneesa menunjukkan perkembangan yang baik..Alhamdulillah. Kesihatan pun nampaknya semakin bagus.. Mummy daddy akan cuba berikan yang terbaik untuk anak anak mummy daddy. :)

Nanti sambung story lagi k.. Terlajak taip pula..ingat nak taip pendek je entry ni.
Ok bai.. Wasaalam.. :)

p/s: Aleesya dan Aneesa bila makan Omegaguard memang nampak banyak yang positif. Nanti senang akan saya ceritakan.. ;) nak tau suplemen yang sesuai untuk kanak-kanak, klik SINI.

1 comments on "Umur berapa nak lancar baca al-fatihah Aleesya?"

FUZY on 16 March 2013 at 09:38 said...

hye aleesya yg manis....tahniah dah boleh baca alfatehah.....hope aleesya sy pun cepat boleh bercakap nak ajar ngaji gak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men