Showing posts with label 3 years old. Show all posts
Showing posts with label 3 years old. Show all posts

Saturday, 16 March 2013

Umur berapa nak lancar baca al-fatihah Aleesya?

As salammualaikum.. :)

Nak cerita tentang Aleesya. Saya rasa saya perlu perbaiki lagi untuk menjadi ibu yang terbaik. Korang start ajar anak anak mengaji dari umur berapa ye? Saya pernah beli muqadam yang helaiannya daripada plastik tu masa umur dia 2 tahun. Erk..2 tahun memang dia mengaji cara dia la.. Kita sebut, dia ikut..tu pun tak fokus. Beli yang muqadam plastik pun sebab takut dia koyakan. Baru baru ni ada belikan dia set Iqra' tu, yang ada 6 stage bukunya. Sebab orang kata kalau ajar pakai iqra' lagi cepat dia pandai mengaji. Tapi betulah, macam cepat je Aleesya nak ingat a, ba, ta.. Tapi tu lah, maknya ni tak pandai nak garang supaya Aleesya fokus. Ok, nanti cerita lain la bab alif ba ta dan buku Iqra' ni. Nak cerita dulu tentang Aleesya dan hafalan al-fatihah.

Sejak Aleesya kecil, memang dibiasakan dengan bacaan al-fatihah. Mummy daddy lah yang biasa dendangkan al-fatihah. Ketika bangun tidur, naik kereta, sebelum tidur..dan bila bila masa yang teringat lah. Kalau dalam kereta memang biasa bukakan bacaan cd al-quran. Part al-fatihah tu memang ulang banyak kali je. Masa Aleesya 2 tahun, Aleesya ikut bunyi hujung hujung je..kira ok la tu sebab dia pandai ikut turn apa bacaan lepas tu. Anak korang mesti lagi pantas kan. :)

Sekarang Aleesya dah 3 tahun 5 bulan.. Baru sempat nak merakam video dia baca al-fatihah yg penuh. Mana taknya, asal mummy pegang camera, lorat die nak tengok jugak. Padahal belum habis baca dan belum habis record lagi.


Boleh lah..tanpa bantuan dendangan al-fatihah dari CD atau youtube atau suara mummy yang merdu ni, Aleesya mampu baca al-fatihah dengan sendiri. Alhamdulillah.. Tp sebutan memang belum betul betul jelas. Tengok anak orang lain lagi pandai baca dengan lancar kecik2 lagi. Apapun mummy sangat gembira dengan perkembangan positif anak anak mummy daddy. Aneesa yg 1 year 6 months ni pun kalau kakak die baca, aneesa tukang sambung hujung2 je la time ni. :p

Aleesya dan Aneesa menunjukkan perkembangan yang baik..Alhamdulillah. Kesihatan pun nampaknya semakin bagus.. Mummy daddy akan cuba berikan yang terbaik untuk anak anak mummy daddy. :)

Nanti sambung story lagi k.. Terlajak taip pula..ingat nak taip pendek je entry ni.
Ok bai.. Wasaalam.. :)

p/s: Aleesya dan Aneesa bila makan Omegaguard memang nampak banyak yang positif. Nanti senang akan saya ceritakan.. ;) nak tau suplemen yang sesuai untuk kanak-kanak, klik SINI.

Thursday, 18 October 2012

Birthday Aleesya 3 years Old

As salam...

Entry tertangguh untuk di publish... :p
Selamat Hari Lahir anakku NURALEESYA ELVIRA... :)
Syukur Alhamdulillah.. Dah 3 tahun kamu membesar di dunia ni.. Banyak yang kita dah lalui bersama, dan banyak lagi cabaran dunia yang bakal kamu tempuhi. Agar Aleesya mampu menempuh segala dugaan dan cabaran tabah. Selagi mummy bernyawa, mummy akan sentiasa ada untuk kamu.

Doa sentiasa mengiringi anak-anak mummy, agar anak mummy berjaya dunia akhirat, menjadi anak solehah, taat kepada Allah dan ibu bapa, pembela agama, dapat memberi manfaat, dan sempurna dari segala aspek.

Masih segar di ingatan saat mummy melahirkan Aleesya. Gambar scan disaat Aleesya masih dalam kandungan menjadi kegemaran mummy menatap gambar ni.. Subahanallah.. Sungguh hebat ciptaan Allah, menganugerahkan kamu pada mummy dan daddy.. :)


Wajah-wajah suci Aleesya ketika baru menjenguk dunia... :)

She's 1 year old.. She is tOo adorable for us!

On her 2 yo! with shy2 character on the whole year... ;)

Untuk sambutan hari lahir yang ke-3, tiada planning..kebetulan dan tetap gembira! Celebrate dgn ummi dan nabiha yg sama2 lahir pd bulan oktober.

Bersungguh-sungguh! memang dah favourite Aleesya.. :p Gi harijadi org lain pun die sibuk nak tiup buat mcm besday sendiri..haha :D

Kek Red Velvet.. Sponsored by kakak ipar my hubby. Sangat sedapppppp! masih teringat2 rasanya..harus belajar buat dgn beliau! :p

Hadiah.. :)


Ok,.. nanti update lagi. Mmg byk peristiwa dengan Aleesya ni, sampai tak tercatat kat sini.

p/s: berazam nak update hari2. harap termakbul la.. dah siapkan schedule kononnya. (tp mesti lari jugak schedule sbb tak cukup berdisiplin..hihi :p)


Wassalam..

 

Saturday, 13 October 2012

Malang tak berbau - Aleesya injured!

As salam...

Dah masuk dua minggu dah.. Saya masih terasa kesal dengan ape yang telah berlaku. Mungkin tiada apa yang perlu dirisaukan..tapi, sebagai seorang ibu, saya rasa sangat guilty sebab that things shouldn't happen. Apapun, taknak kesal sampai tak boleh pikir nak menyelesaikan masalah, so positifkan diri ingat kemalangan kecil boleh berlaku tanpa kita tahu bila. Lebih baik tumpukan perhatian pada yang sedang berlaku dan precaution seterusnya.

Apa yang cedera tu?
Ok, ibu jari kaki Aleesya je.. Tapi, as a little child, it seems worst enough. Ini pun saya terus berjaga malam (sekarang dah pukul 4.11 am) sebab Aleesya mengerang kesakitan lagi. Actually, hampir seminggu dah Aleesya tak mengadu sakit, tiba-tiba malam ni tak henti dia menangis. Mungkin luka dia dah nak kering, jadi kulit tertarik dan mula berdenyut-denyut.

Teruk sangat ke?
For me, teruk juga..tiap kali nak dressing luka dia, saya pun nak pitam..

Apa yang berlaku?
2 minggu lepas, saya buat bihun sup untuk breakfast Aleesya. Bihun is one of her fav...
Saya letak baki bihun yang dah siap celur dan tos kat dalam mangkuk kaca yang kalau jatuh tak pecah tu, memang kebal mangkuk tu, berat pun macam kereta kebal! :p
Then, after lunch (lunch nasi n lauk lain) tiba-tiba Aleesya kata "hungry la mummy..." Aik? tadi kan baru je habis makan nasi.. Kebetulan adik Aneesa baru bangun tidur. Selalunya saya suap lunch Aleesya n Aneesa sekali, tapi hari tu jadual tidur Aneesa tiba2 lari. Time kakak makan, die tidur pulak.. Jadi, adik Aneesa bangun je saya nak prepare makanan untuk adiknya pula la.. "kejap ye Aleesya..mummy take adik jap."

Tiba-tiba....Kedebubbb! "UwaaAaaaaaa......."
Mangkuk berat tadi jatuh! tapi tak pecah..tengok kaki Aleesya kuku dia dah kaler merah..mangkuk tu jatuh betul2 atas ibu jari dia. Ibu jari Aleesya berdarah dalam. Internal bleeding. Meraung tak henti dia. Panic!
Ok, saya cuba bertenang sambil menenangkan dia..Aleesya tetap mengerang. Memang saya tahu AMAT SAKIT! (Alangkah kalau jari kita tersepit sikit pun berdenyut-denyut tak ingat kan..ni pulak sampai terus serta merta nampak darah dalam kuku, internal bleeding!) Ibu jari kaki Aleesya yang cenonet tu nampak sangat sakit.
(Saya letak mangkuk tu kat kitchen bench..biasanya Aleesya tak pernah ambil makanan kat situ sendiri. Kat meja je die akan ambil sendiri. Paling jauh pun, dia akan ambil kerusi plastic kecik die untuk jengah ape ada atas tu je.. Tapi mungkin kerana sebab dia nak sangat bihun tu, dia tarik mangkuk tu terus yang agak jauh dan tinggi tanpa guna kerusi pun...alahai.. )

Ok, pendekkan cerita..(panjang pulak..korang skip2 je la baca2 ni. Saya just nak buat catatan untuk Aleesya n family in the future nanti :p) Jadi, EXTRA belaian untuk Aleesya sejak saat itu..
Esok petangnya baru bawa pergi klinik. Doctor kata "takde ape.., nanti luka dalam tu akan baik sendiri dalam 3-4 hari..) just bagi cream antibiotik, ubat telan antibiotik n ubat tahan sakit...
 Daddy google tentang kes2 yang lebih kurang, ade yang docter cabut kuku kaki untuk heal luka dalaman tu..tp docter tadi tu kata tak perlu. Antibiotik dah cukup untuk elakkan bacteria membiak.So, tak bernanah and luka akan baik sendiri.

Then, keesokkannya..... keliling kuku Aleesya membengkak. Mengerang sakit jangan cakap la.. Ubat tahan sakit n psyco je untuk kurangkan kesakitan Aleesya.
Dan...semakin membengkak. Macam nak meletop! bengkak tu warna merah gelap..
Weekend keluar jalan-jalan bawa Aleesya. Kurangkan stress dia yang kesakitan tu. Tapi, memang EXTRA care untuk Aleesya. Balik tu, kaki Aleesya terlanggar daddy. Dah bleeding! banyakkkkk...tak henti darah dia. Mummy nak pitammmmm~ SO, daddy uruskan..mummy pantau dari jauh.
Daddy suspek darah yang kotor.. tapi, mummy rasa tu darah fresh! means luka dia kat dalam tu, maybe betul2 kena urat dan darah tak berhenti. Tu yang bengkak semacam nak meletop tu.
Ok, darah tak berhenti..tidur malam tu kaki gantung kat atas. Kurang sikit..time tidur lama2 takde darah keluar dah. Esoknya nak bawa gi klinik lain pula.
But, daddy work. Tunggu daddy balik sebab jaga exam. Pagi tu macam dah tak darah dah. Aleesya pun main macam biasa (tapi tak seaktif biasa la..) Then, bleeding lagi. Nak pitam mummy...~ daddy takde, harus kuatkan diri uruskan luka Aleesya.. Curahhh minyak gamat n gantung kaki dia sambil tunggu nak bawak gi klinik.

Daddy balik je, segera ke klinik..
Doctor tengok..doctor pun ngeri tgk jari Aleesya. Then, doctor selesaikan...
Doctor tekan luka tu, bagi darah yg kat tempat bengkak tu surut. then, letak ubat kuning n bandage.
Pesan dokter, "Luka ni internal. Suppose bila jadi macam ni, pun kena tekap ketat2. Macam kita kalau luka biasa, kita terus tekap kuat supaya darah tak mengalir kuar kan. Jadi, yang ni sebab darah xde tempat keluar, tu yang bengkak semacam."
Oooo..ok dokter. Take note!
Time dokter uruskan kaki Aleesya, daddy la layan Aleesya untuk alih perhatian dia. Kalau saya buat time tu, mesti Aleesya dah meraung. Dengan dokter dia sopan sikit.. Yela, tindakan Aleesya dengan mummy sndiri and dokter/ orang lain mesti tak sama kan. dan..Dokter bg ubat kuning and bandage. Mummy la kena dressing luka aleesya hari2. Pitam!~

Nak letak gambar jari kaki Aleesya yang cedera tu, macam tak mampu je. Saya tengok pic tu pun nak pitam..haha (tak habis2 dgn pitam..nak buat mcm mana, ngeri...tapi, saya kuat!boleh tolak tepi pitam saya ni untuk anak tercinta.. ala2 je nak pitam..) If tepek pic yang berdarah-darah tu, takut korang yang pitam pulak. Saya letak pic kecik yang tak bleeding lagi time tu je la.. :p
Pic bawah dari kiri, jari ibu hari kedua injured; kena bungkus nak bawa ke klinik sebab dah bleeding; ibu jari bengkak tepi kuku.

Huh! terpanjang pulak..
Sampai sekarang, for Aleesya is EXTRA good care, attention, patient, belaian..kesian anak mummy dan daddy ni. Mummy minta maaf ye sayang.. mummy tak sangka perkara macam ni boleh berlaku..

TAMAT!

p/s: Selasa lepas, 9hb Oktober birthday ke 3 tahun Aleesya. Tak sempat nak buat entry tu sebab pic tak transfer lagi dari camera daddy.. nanti update. Wassalam..




 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...