Saturday, 6 July 2013

Rumahku pre-syurga ku..

As salammualaikum w.b.t..

Lama tak bersiaran di sini. Kekangan waktu dan keadaan kesihatan yang kurang baik sejak jerebu ni buat saya jarang online. Blogwalking rajin..hari2 mesti terasa juga nak baca blog kawan2 ni. Tapi nak tinggal komen n jejak tu kadang dah tak sempat, sebab mengejar masa (baca blog curi2 masa, guna phone je..tak sempat nak buka pc bagai - sambil menyusukan anak ke, nak tidurkan anak ke, malam2 sblm nak tdo ke, atau pagi2 buta terjaga tak boleh tido balik lepas tahajud (kalau gigih)hihi..) 

Pejam celik dah hampir 8 bulan saya menetap dengan keluarga mertua di Melaka. Tidak berlaku seperti apa yang dirancang semasa kami berbuat keputusan berpindah dari Shah Alam ke Melaka dulu. Memang banyak perubahan dari kehidupan yang dulu di Shah Alam. Kadang kala rindu juga rumah hijau comelku di Shah Alam tu. Dah pun jadi homestay.. (sesiapa berminat nak homestay kat Shah Alam, Seksyen 7, boleh call saya 017-2269327
Itulah.. Corak kehidupan. Begini aturan hidup kami sekluarga. Ada yg seronoknya juga tinggal dengan keluarga mertua.. Aleesya pun hari2 ada kazen bermain. Kalau tak.. dulu, main dengan adiknya Aneesa je la.. :)

Oh..macam panjang pula entry. Tajuk lain..tapi bila start menaip macam2 pula. :p

Ok..sebenarnya nak cerita tentang rumah tadi. Sejak lepas kahwin, saya dan suami berdikari tinggal di Shah Alam. Keluarga terdekat tiada di sana.. Semua di Melaka dan Muar..kecuali kak long saya pun merantau di Perak mengikut suami.  
Jadi..saya dah terbiasa uruskan keluarga saya sendiri, bila pindah ke rumah mertua ni, saya macam terkejut kejutzz..haha. Selain ibu bapa mertua, Kat rumah keluarga mertua juga ada keluarga kakak ipar (kakak my hubby - jadi saya perlu pakai tudung 24hrs sbb ada biras lelaki, nak baring golek2 kat sofa pun no no no ye..hikhik).. So, memang keluarga besar di rumah mil ni. Mmg meriah lah. Dan semua mmg baik2 belaka.. Alhamdulillah.. :)

"Janganlah kita berada di dunia yang sempit, tapi biarlah kita berada di gua yang luas.."

Walaupun di rumah mil ni tiada masalah, saya lebih selesa berdikari tinggal di rumah sendiri. Dah berkali juga cari rumah untuk disewa, tapi masih belum berjaya..yang berjaya pun my hubby tak setuju pula atas sebab2 tertentu. Bila nak beli rumah, pelbagai dugaan kami hadapi.. Sampai kami rasa putus asa, dan saya redha je tinggal di rumah mil ni. Alah bisa tegal biasa..dan saya pun memahami yg my hubby sgt selesa di rumah mil. 

Dan..alhamdulillah. Akhirnya pencarian rumah kami dah tamat. Setelah pelbagai dugaan cabaran halangan ditempuhi, rumah pre-impian kami sedang renovate kecil (cat..tambah sikit2.) Rumah kami (in shaa Allah) bukan rumah baru dibina, tapi  rumah kami beli atas orang. Dan ada penyewa tinggal di situ sblm ni. Penyewa ada anak2 kecil ramai. Jadi..paham2 je la dinding2 corak kesenian terlebih..hihi. 

Berangan nak beraya di rumah sendiri..tapi mcm lama je makan mada nak renovate tu. Doakanlah segala urusan rumah pre-impian kami dipermudahkan...aminn.

Maaflah..tak sempat nak tepek gambar dalam entry. Takde gambar rumah yang senonoh sikit nak letak. Nanti kalau saya ada pergi rayau2 tengok progress rumah tu saya update lagi ye.. 

Buat masa ni, rumah pre-impian kami rumah biasa je. Rumah teres 1 tingkat, keluasan sederhana. Rumah impian betul? Uhuk2..tersedak memikirkannya.. Ada rumah pre-impian pun saya sangat bersyukur dah..alhamdulillah.

Nanti saya update lagi ye...
P/s: selain blog kawan2 wajib saya terjah, saya tengah suka sangat tengok blog dekorasi ni.. Terbeliak biji mata tengok rumah chantik kawan2.. Harap2 rumah saya pun cantik juga nanti.. Hihi..tak sabar nak deco jugak ikut kemampuan tapi menarik macam korang! :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...