Tuesday, 30 July 2013

Tema 'White House' bertukar


Assalammualaikum wbt.. :)

Dah nak raya...rumah pre-impian masih belum siap sepenuhnya. Kalau tengok, macam banyak lagi. Tapi tak apa, ikut plan je. My hubby pun bekerja keras nampaknya dengan my FIL untuk menyiapkan rumah by this raya. :)

Alhamdulillah.. kebanyakkan renovation DIY. Jimat sikit..Kecuali renovation berat kat bahagian dapur dan car poarch. Sebab nak pasang tiles semua tu perlu yang berpengalaman. Wiring, finishing, mengecat..sampailah ke buat pagar gate pun my hubby and my FIL buat sendiri! Saya buat apa?haha..part part deco boleh la. Tapi selagi rumah tak bersih lagi, mmg payah saya nak perah otak ni. Lagipun banyak sangat dikelilingi "interior designer"..pening dan bercelaru nak terima semua pendapat. Nanti, dah duduk rumah pre-impian, baru saya fikirkan dan jalankan projek deco deco secara berperingkat.

Hari ni baru lepas 'hunting' for langsir! hihihi.. lama dah nak cari. Tapi kekangan masa asyik tak sempat nak singgah kat Kamdar atau Nagoya. Nak beli yang dah siap kat Tesco ke, Giant ke, Aeon ke..fuh! fuluss nya perlu banyakkk.. *kesat peluh* 
Jadi, bercita-cita tinggi nak jahit sendiri langsir. *peluh meleleh leleh ni..*haha..nasib baik la hanya langsir Sliding Door dan tingkap master bedroom 3 panel je. Ni pun harap sempatlah, yelaa jahit langsir tak bertauliah. Moga yang jadi nanti betul2 langsir..jgn langsuir sudah! :p


Tema kaler rumah sebelum ni ialah putih..putih..dan putih! Suci dan bersih..
Tapi sebab mengambil kira pendapat interior designer tersayang sayang, maka segala cadangan dipertimbangkan.
Maka, pada asalnya saya nak beli langsir kaler Grey + White dah bertukar pada Cream + Brown.
Tiles car poarch pun brown + light brown. Dapur tiles floor pun dark brown. Cuma table top dapur masih dapat dikekalkan WHITE! Yeayyyyyy :)

Ok..nnt sambung lagi.. nak tolong mil masak berbuka. ;)

Wslm..

1 comments on "Tema 'White House' bertukar"

IntaNBerliaN on 3 August 2013 at 23:02 said...

bestnya ima dah ada umah sendiri.. leh plan macam2.. leh design macam2... saya ni xtau la bila nak duk umah sendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men