Thursday, 25 July 2013

Wean off, 2 tahun?


As salammualaikum wbt..

Aneesa sekarang ni, 1 tahun 11 bulan. Kalau ikut kalendar islam, 19 ramadhan ni dah genap 2 tahun. :) dah besar dah Aneesa.. Lama tak update tentang perkembangan Aneesa. Nanti perlu buat entry flashback untuk tengok perkembangan dia sepanjang 2 tahun ni..hihi. Bayar hutang entry tentang Aneesa yang tertangguh. :p

Wean off saya biasa dengar untuk anak2 yang 2 tahun. Ada juga ramai mommies sekarang ni tabah mengharungi breastfeeding journey lebih darin2 tahun, ada yang menyusukan adik kecik dengan kakak/abang serentak. Wah! Mmg tabik springgg..kagum dengan ibu kental. :) 

Saya? Setelah berbincang dengan my hubby, kontrak Aneesa dan us'us nya (cara aneesa sebut susu jadi us'us) mungkin akan ditamatkan dalam masa terdekat ni. Atas sebab2 tertentu. Takde terdesak untuk bercerai susu, tapi slow2. Harap saya dan Aneesa dah betul2 bersedia untuk ini. 

Banyak step2 yang saya dah cuba. Antaranya..Psyco, borak2 sampai dia faham, berlakon sakit saat dia tergigit cik N, letak asam jawa, garam, nescafe.. Nanti saya ceritakan satu persatu mungkin di kemudian entry. Hari ni nak cerita tentang cubaan n keputusan hari ni. Hihihi..

Jadam! Pagi tadi saya letak jadam. Sebenarnya saya tak sampai hati nak letak jadam. Tak nak beri memori tak best saat perpisahan the precious bonding ni. Kalau boleh, biarlah ia menjadi kenangan manis sampai ke akhirnya. :)

Ok, pagi tadi memang saya letak jadam. Tapi, saya tak beri Aneesa menyusu badan dari pagi sampai la petang. Biasanya, paling lama selang 3 jam mesti dia nak menyusu badan. Saya leka kan Aneesa pagi2 dengan macam2 makanan, koko crunch dengan susu, makan mee, nasi dan macam2. Saya pun tak sangka berjaya mengalihkan tumpuan dia nak susu selama ini. Ada juga tanda2 dia nak susu, meragam. Tapi saya cakap elok2 dengan dia tak boleh susu. Pastu cecepat alihkan tumpuan dia. mengamuk kecil tu mmg ada.

Kemudian, cabaran nak tidurkan dia. Mmg mencabar mula2. Saya sangka mmg saya tak sampai hati, dan akan bg jugak dia mengempeng sampai tertidur. Tapi, saya tak terus mengalah. Kuatkan juga hati. Borak2 dengan Aneesa, dia dah besar. Buatkan dia susu dalam botol. Alhamdulillah..Aneesa nampaknya mula minum sikit juga. Biasanya mengamuk terus bila nampak botol. 

Masa tu dah masuk waktu zohor. Tapi saya nak tidurkan Aneesa dulu supaya saya tak terfikir2. Aleesya pun masuk bilik, mengantuk katanya. Jadi, saya dodoi dua2 sekali kakak adik ni. Tepuk2 n zikir. Berapa saat je Aleesya yang dah terlelap. Aneesa masih rancak berborak dengan saya. "Aneesa dah big already. No need us us to sleep dah kan.." saya ulang2 cakap macam tu dengan Aneesa. Saya rasa dia pun sedang bergelut dengan perasaannya menahan nak susu. Huuuu..

Jam dah nak dekat pukul 3, saya masih dodoikan Aneesa, borak2 dengan dia. Takpe lah, saya rasa perlu solat dulu.
"mummy solat kejap ye sayang. Nanti mummy sleep kan Aneesa lagi. Aneesa bubum dulu n close your eyes ok. Nanti mummy come." pesan saya pada Aneesa.

Saya ambil wuduk dan terus solat berdekatan katil. Sedang saya solat, terdengar suara halus Aneesa "big already..big already..big already.." Aneesa ulang ulang ayat tu banyak kali..tiba tiba saya sebak. Saya teruskan solat juga. Suara makin lama makin perlahan..dan tiba tiba senyap. Mungkin dah terlelap Aneesa. Betul2 buat saya sebak terkedu. Tak tau nak bgtau macam mana perasaan tu. 

Habis solat, terus tengok Aneesa. Ya, dia dah terlelap. Bantal empat segi kecil tutup sebahagian muka dia. Pandainya anak mummy tidur sendiri dah..
Terfikir, adakah saat hari ni adalah harinya Aneesa dan mummy tiada lagi precious bonding?

Ok, terus ke dapur bantu MiL masak untuk berbuka.. Kelentung kelentang di dapur. Hihi.. Hampir pukul 4, aneesa dah teriak bangun. Pujuk2 dia, taknak reda. Ambik susu botol, lagi mengamuk teruk. Saya tak sekental mana hati ni. Jadi saya bagi juga. Tetiba teringat jadam saya ada letak pagi tadi. Masih pahit lagi rasanya..orang kata rasa jadam ni kuat betul n lama.

Tapi..Aneesa menyusu dengan semangatnya tanpa mengendahkan rasa jadam ke apa2. Atau dah hilang rasa pahit tu???

So, gagal untuk cubaan hari ni. Hihi.. Takde la gagal. Sebab nampak ada kemajuan. Sebelum tidur tu Aneesa berjaya tidur tanpa mengempeng! Tahniah Aneesa! U are such a good girl! Alhamdulillah...
Ok..nanti cerita lagi. Buat masa ni, saya juga sedang toilet train Aneesa. Saya akan ceritakan kemudian, in shaa Allah. :)
Submarine.. Sekadar gambar hiasan utk latest picture Aneesa at 1year 11months. :)

0 comments on "Wean off, 2 tahun?"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men