Showing posts with label 1y11m. Show all posts
Showing posts with label 1y11m. Show all posts

Thursday, 25 July 2013

Wean off, 2 tahun?

As salammualaikum wbt..

Aneesa sekarang ni, 1 tahun 11 bulan. Kalau ikut kalendar islam, 19 ramadhan ni dah genap 2 tahun. :) dah besar dah Aneesa.. Lama tak update tentang perkembangan Aneesa. Nanti perlu buat entry flashback untuk tengok perkembangan dia sepanjang 2 tahun ni..hihi. Bayar hutang entry tentang Aneesa yang tertangguh. :p

Wean off saya biasa dengar untuk anak2 yang 2 tahun. Ada juga ramai mommies sekarang ni tabah mengharungi breastfeeding journey lebih darin2 tahun, ada yang menyusukan adik kecik dengan kakak/abang serentak. Wah! Mmg tabik springgg..kagum dengan ibu kental. :) 

Saya? Setelah berbincang dengan my hubby, kontrak Aneesa dan us'us nya (cara aneesa sebut susu jadi us'us) mungkin akan ditamatkan dalam masa terdekat ni. Atas sebab2 tertentu. Takde terdesak untuk bercerai susu, tapi slow2. Harap saya dan Aneesa dah betul2 bersedia untuk ini. 

Banyak step2 yang saya dah cuba. Antaranya..Psyco, borak2 sampai dia faham, berlakon sakit saat dia tergigit cik N, letak asam jawa, garam, nescafe.. Nanti saya ceritakan satu persatu mungkin di kemudian entry. Hari ni nak cerita tentang cubaan n keputusan hari ni. Hihihi..

Jadam! Pagi tadi saya letak jadam. Sebenarnya saya tak sampai hati nak letak jadam. Tak nak beri memori tak best saat perpisahan the precious bonding ni. Kalau boleh, biarlah ia menjadi kenangan manis sampai ke akhirnya. :)

Ok, pagi tadi memang saya letak jadam. Tapi, saya tak beri Aneesa menyusu badan dari pagi sampai la petang. Biasanya, paling lama selang 3 jam mesti dia nak menyusu badan. Saya leka kan Aneesa pagi2 dengan macam2 makanan, koko crunch dengan susu, makan mee, nasi dan macam2. Saya pun tak sangka berjaya mengalihkan tumpuan dia nak susu selama ini. Ada juga tanda2 dia nak susu, meragam. Tapi saya cakap elok2 dengan dia tak boleh susu. Pastu cecepat alihkan tumpuan dia. mengamuk kecil tu mmg ada.

Kemudian, cabaran nak tidurkan dia. Mmg mencabar mula2. Saya sangka mmg saya tak sampai hati, dan akan bg jugak dia mengempeng sampai tertidur. Tapi, saya tak terus mengalah. Kuatkan juga hati. Borak2 dengan Aneesa, dia dah besar. Buatkan dia susu dalam botol. Alhamdulillah..Aneesa nampaknya mula minum sikit juga. Biasanya mengamuk terus bila nampak botol. 

Masa tu dah masuk waktu zohor. Tapi saya nak tidurkan Aneesa dulu supaya saya tak terfikir2. Aleesya pun masuk bilik, mengantuk katanya. Jadi, saya dodoi dua2 sekali kakak adik ni. Tepuk2 n zikir. Berapa saat je Aleesya yang dah terlelap. Aneesa masih rancak berborak dengan saya. "Aneesa dah big already. No need us us to sleep dah kan.." saya ulang2 cakap macam tu dengan Aneesa. Saya rasa dia pun sedang bergelut dengan perasaannya menahan nak susu. Huuuu..

Jam dah nak dekat pukul 3, saya masih dodoikan Aneesa, borak2 dengan dia. Takpe lah, saya rasa perlu solat dulu.
"mummy solat kejap ye sayang. Nanti mummy sleep kan Aneesa lagi. Aneesa bubum dulu n close your eyes ok. Nanti mummy come." pesan saya pada Aneesa.

Saya ambil wuduk dan terus solat berdekatan katil. Sedang saya solat, terdengar suara halus Aneesa "big already..big already..big already.." Aneesa ulang ulang ayat tu banyak kali..tiba tiba saya sebak. Saya teruskan solat juga. Suara makin lama makin perlahan..dan tiba tiba senyap. Mungkin dah terlelap Aneesa. Betul2 buat saya sebak terkedu. Tak tau nak bgtau macam mana perasaan tu. 

Habis solat, terus tengok Aneesa. Ya, dia dah terlelap. Bantal empat segi kecil tutup sebahagian muka dia. Pandainya anak mummy tidur sendiri dah..
Terfikir, adakah saat hari ni adalah harinya Aneesa dan mummy tiada lagi precious bonding?

Ok, terus ke dapur bantu MiL masak untuk berbuka.. Kelentung kelentang di dapur. Hihi.. Hampir pukul 4, aneesa dah teriak bangun. Pujuk2 dia, taknak reda. Ambik susu botol, lagi mengamuk teruk. Saya tak sekental mana hati ni. Jadi saya bagi juga. Tetiba teringat jadam saya ada letak pagi tadi. Masih pahit lagi rasanya..orang kata rasa jadam ni kuat betul n lama.

Tapi..Aneesa menyusu dengan semangatnya tanpa mengendahkan rasa jadam ke apa2. Atau dah hilang rasa pahit tu???

So, gagal untuk cubaan hari ni. Hihi.. Takde la gagal. Sebab nampak ada kemajuan. Sebelum tidur tu Aneesa berjaya tidur tanpa mengempeng! Tahniah Aneesa! U are such a good girl! Alhamdulillah...
Ok..nanti cerita lagi. Buat masa ni, saya juga sedang toilet train Aneesa. Saya akan ceritakan kemudian, in shaa Allah. :)
Submarine.. Sekadar gambar hiasan utk latest picture Aneesa at 1year 11months. :)

Sunday, 21 July 2013

Oh..artis!

As salammualaikum.. :)

Dua hari lepas, saya rushing nak pergi jumpa kawan. Then, singgahlah Mydin Ayer Keroh nak beli vitagen sebab Aleesya dah berapa hari minta, tapi saya tak sempat nak beli. Nak topup beberapa groceries juga. 

Time tengah nak ambil troli tu, tetiba nampak ramai pula yang beratur. Ingat ada promosi hebat.hahaha..
Rupanya Lisa Surihani nak datang..meet n greet dgn duta Garnier.. :)

Ohhh..takde la kisah sangat. Walaupun mmg suka tengok Puan Lisa Surihani, tak pernah pun mengharapkan akan berjumpa dgn dia.. (ececehh..dulu2 zaman muda pernah gak masuk contest lip ice konon2 nak hi-tea dgn Lisa Surihani tu..hahah. Berangan je kan konon dapat jumpa! :p) lagipun, tak sanggup nak serbu dengan hangkut anak2 kanan kiri dgn gendong lagi. 

So, time ni dpt tgk live dari jauh je la kononnya...kikiki. Tengah tengok barang, Lisa pun sampai..

Sempat la snap tapi tak nampak muka.hahah.. Aleesya cakap.. "Mummy, sape tu kakak cantik yang tak pakai tudung tu? Macam dalam telivisyen tu je.."
Haha..aleesya pun tau rupanya.. Saya pun ye la, layan aleesya borak2. Tak habis2 dia ulang 'kakak cantik tak pakai tudung' dgn suara yg kuat sambil makan choki2 time puasa ni..hikhik. "psst..aleesya, jgn la cakap kuat2 tak pakai tudung tu. Ckp aunty cantik je.."hihihi..kebetulan kat cashier.. Kakak cashier tu pun tak pakai tudung..nasib lerr.. :p maaf ye..anak saya mmg berterus terang. 

"mummy..aleesya pun nak take picture dgn kakak cantik tak pakai tudung tu.."
Alamak! Aleesya dah request sbb nampak semua org gi ambil gambar. Adoyaiii..dengan ramai orang, dengan mummy muka baju tudung semua selebet. Uwarrrgghh... Takpe..takpe. Kerana anakku..

Kebetulan lepas bayar, org beratur nak autograf dah sangat susut. Tinggal bape ketul je..mungkin sbb rezeki Aleesya nak ambil gambar. Jadi, mummy pun pasrah gi ambil gambar dengan tak sememeh je rasa..dgn langsung tak pakai apa bedak pun...*kalau tau, i touch up tau sebelum kuar hari ni.. :p


Tapiiii...aleesya dah depan mata dgn lisa, mula lah dia maluuuu...aisehhh..aleesya ni. Takkan nak patah balik kan. Tangkap je la gambar..


Ok dah..tak nak tengok gambar ni lama2. Nangis tau tengok. Uwaaaa...Betapa contranyer diriku bila ambil gambar dengan orang cantikkk! *pasrah...
Subahanallah..Lisa Surihani mmg cantik :)

Ok, tak boleh lama nak tatap wajah cantik..sebab lepas tu saya rushing nak pergi poslaju, hantar barang Shaklee.. Takmo lewat2 sebab nak balik tolong MiL siapkan juadah berbuka puasa. :)

Wslm..








Wednesday, 10 July 2013

Selamat hari lahir suamiku syggg.. :)

As salammualaikum..

Semalam 9 Julai hari lahir my hubby yang ke-30. Kali ni, tak dapat nak sambut betul2, makan luar ke, atau buat special kek. Bajet nak diperuntukkan utk bahagian yang lebih memerlukan, belanja harian dan persiapan rumah pre-impian kami, in shaa Allah.

Tapi, saya dan anak2 tetap nak buat sesuatu sebagai moment yg boleh diingati dan sebagai tanda dihargai penuh kasih syg..hihi.

Apa plan simple saya?
- Triffle
- aiskrim goreng
- handmade wishes card

Elehhh...tu je ke? Uhuk..uhuk. (-_-')
Ye la..tu je yang mampu buat setakat ni. Lagipun hari ni dah start puasa kan. Nak makan luar malam tadi macam ak sesuai sebab nak pergi tarawih. Jadi, perlu dulukan yang lebih penting semoga kita semua diredhai Allah, in shaa Allah.

Ok..jom tengok gambar antara proses persiapan.

Ok..tu je. Walau nampak simple, gigih juga saya nak menyiapkan dalam masa yang singkat. Sebab tengahari tu kelam kabut nak jumpa customer COD barang Shaklee, pastu terus beli barang, balik ambil Aleesya dan Aniq sekolah tadika, then balik runah siapkan makannan tengahari anak2, pastu baru terhegeh2 nak prepare triffle dan aiskrim goreng dengan 'bantuan' princess2 saya ni..fuh..fuh.. *kesat peluh*

Pastu dah siap part makanan, siapkan wishes card.. Mmg costless.haha.. Guna barang2 yg mmg dah ada kat rumah. Water colour Aleesya, marker..siap!
Then tidurkan anak, baru saya pun dapat rehat sikit.. zZz..

My hubby balik petang masa tak menentu. So kelam kabut juga baru nak goreng aiskrim tu, nak nyala lilin bagai..haha. Sampai lupa sesi penyampaian wishes frame tu.hihi.. 

"selamat hari lahir suamiku...moga sayang panjang umur, sihat sejahtera, dilindungi dan dirahmati Allah, berjaya dengan cemerlang dunia akhirat..moga kasih sayang kita sekeluarga berkekalan hingga ke syurga..amiiin"

P/s: selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat.. Maaf atas segala kekhilafan. Moga ramadhan memberi segala kebaikkan dan manfaat, in dhaa Allah. 

Sunday, 7 July 2013

Birthday Party Anak Susuan

As salammualaikum..

Malam tadi malam minggu..anda buat apa? Mesti masing2 bz spend time dgn famili tercinta kan? :)

Kami ada buat sikit majlis di rumah mil ni. Majlis harijadi Syaurah (cousin Aleesya & Aneesa yang sebaya dengan Aneesa). Syaurah ni lahir awal 3 minggu je. Dulu saya pernah cerita tentang Syaurah, anak susuan saya.. :) 

Syaurah lahir 26/7. Tapi buat awal sebab tarikhnya masih jatuh pada hari puasa. Ye lah, tahun lepas semasa harijadi tahun pertama pun bulan puasa. Mmg takde sambut pun.just tumpang kek sekali dengan Aneesa, sebab birthday Aneesa tahun lepas jatuh pada malam raya dah. Tu pun mmg takde sambut, just potong kek. ;) so, kali ni buat lebih meriah sikit la. Jom layan gambar sikit.. (belum sempat nak upload gambar dslr my hubby, nnt senang saya sorting n upload lagi) ni kira  teaser tak teaser sangat la..haha. 

Selamat Hari Lahir Syaurah! Moga jadi anak yang solehah, taat perintah Allah, taat ibu bapa, bijak dan berjaya dengan cemerlang dunia akhirat ye sayang... :)


Hari ni 7/7, ulangahun perkahwinan ibu dan ayah mertua saya. Sekalikan majlis berlangsung malam tadi. Still romantik..masih terserlah kasih sayang yang kuat. :) semoga berkekalan hingga ke jannah. Amiiinn..


Haa..my hubby (dari kiri) dengan mak biras, dan biras saya (suami kakak ipar). Sambut belated birthday, dan upcoming birthday my hubby juga.. Oh ye, birthday my hubby 9/7. Nak bagi apa ye??still no idea n tak berkesempatan nak cari. Takyah la syg yeee..sbb hari yg bukan hari jadi pun selalu saya buat suprise belikan hadiah kan..kan..?hikhik. :p

Tara....barney and friends and us! :)

Ok, lain kali saya bersiaran lagi, untuk bercerita lagi..dan lagi.hihi.. In shaa Allah. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...