Dulu, asal nak raya je kemain gigih tulis kad raya, pakai posto posto..baru ada feel kan?hihi..
Nampaknya..zaman kad raya semakin pudar. Ramai yang wish hari raya melaui SMS, FB, dan lain2 servis mesej yang free. Kurang sikit feel..tapi, dah tu lah namanya peredaran zaman kan. ;)
Kalau ada yang bagi kad raya pun, tak ramai yang simpan..atau memang akan simpan berzaman dalam kotak. Excited dapat kad raya kejap je. Takpelah..sekurang-kurangnya, ada kad raya.. Saya, takde buat kad raya tahun ni. Wish kat blog je aci tak? hahah.. eleh..bukan ada org baca blog saya ni pun..nak wish kat siapa kan...sadisss... Tapi, kot2 ada yang baca, SELAMAT HARI RAYA YE! Ampun maaf jika ada salah silap.. :)
Ok..berbalik pada tajuk entry. Tahun ni saya dapat ucapan hari raya yang canggih dan kreatif!
Bookmark tau! dari salah seorang blogger yang sweet mweet.. - IntaNBeliaN :)
So, lepas hari raya..takde la terus simpan dalam kotak. Boleh selit dalam buku... Hari2 dok baca buku, tatap wajah lembut ina @intanbelian dan her cutest kids, Alisha & Aqilah. :) habislah..sampai termimpi2 nanti sebab tatap wajah mereka hari2..hihi.
Terima kasih Ina! Selamat Hari Raya juga buat Ina sekeluarga.. Saya doakan supaya ina sekeluarga sentiasa berbahagia dunia akhirat..amiin.
Walau tak pernah bersua pun, tapi terasa macam ina sahabat saya..hari2 baca kisah ina dan anak2 dalam blog, rasa macam korang sefamili dekat je..kihkih. :) Terima kasih ina sebab kongsikan banyak cerita yang banyak juga menjadi sumber inspirasi saya.. :) :) :)
Mana tahu, suatu hari kita dapat bersua... Wahh..excitednya kalau dapat jumpa ina.. kalah excited jumpa artiss tau. Macam2 saya nak interview ina nanti..haha. Opps..saya ada hutang ina soalan utk diajukan, tapi saya masih malu nak tanya.. nanti saya buat soalan yg ringkas dan padat eh.. entah bila~ :p
Ok, jom tengok bookmark raya 2013! :)
Oh ya..ada juga hp strap flower yang comel! tq inaaa... :)
Ok..tu je cerita dulu. Nanti saya sambung lagi..sebab, kerana bookmark ina ni, dah ada seorang lagi pembaca tegar blog IntaNBeliaN tauuu ;p
Tunggu story di lain entry..
Wslm..
4 comments:
alahai ima..... terharunya saya baca entry ni... terima kasih sangat2 utk entry ni tau!!...
saya pun tingin nak jumpa ima & 2 puteri ima yg come lote tu... :)
haaa tu la, apa soalannya?? dah lama saya tunggu.. xsabar nak jawab ni.. mauhahha... btw, isnin saya dah balik parit buntar @ kg hubby... kalau ima tanya time tu, lambat sikit la jawab kot.. kami balik beraya seminggu :-)
emmm kerana bookmarks ni ada lg sorang pembaca tegar?? sape??.. hihi (^_^)
btw, selamat hari raya jugak tau.. saya pun mintak maaf jika ada salah silap selama kita kenal.. P:-)
Salam ukhuwah dan Salam Lebaran dari Bunda...
assalamualaikum...
singgah sini tp xda cite terbaru lagi.. :-)
btw, cun lah header tu. :-)
Post a Comment