Sunday, 22 June 2014

Dah Selamat Bersalin


As salammualaikum wbt.. :)

Alhamdulillah.. saya dah selamat bersalin anak ketiga kami, our first baby boy, baby Muhammad pada 13 Jun 2014, 15 Syaaban, 6.25 petang. Hari ni dah hari yang ke-9, baru berkesempatan nak update kat sini. :p Terima kasih tak terhingga kepada kalian yang mendoakan. :) Syukur, segalanya dipermudahkan.. nak cerita kronologi bersalin saya kali ni, agak panjang sedikit sebab nak feeling2 lagi kan. Kat fb or kat laman sosial lain tak berpeluang nak cerita panjang2, macam tak sesuai. Kalau nak syok sendiri cerita kat blog, takde hal rasanya...hahah. In shaa Allah.harap diberi kelapangan dan peluang untuk ceritakan kisah bersalin yang indah. Walau dah 3 kali bersalin, semua perjalanan bersalin saya so far memang berbeza. Masing-masing ada kenangannya sendiri. :)

Day - 9 : 22 Jun 2014. Sekejap je dah day-9. Terasa sekejap je. Syok babymoon..berpantang dengan tenang bersama baby. FB, IG pun dah jarang berupdate..hihi. Nak update..tapi nak ulit baby puas2 dulu. 
Dah 8 hari berpantang rumah MIL. Alhamdulillah..segalanya ok. Semalam petang dah balik rumah sendiri. Alhamdulillah selesa rasanya dapat tidur rumah sendiri. :p

Berurut sesi 1, hari kedua.. nak lancarkan susu sekali. Baby lelaki memang kuat menyusu agaknya. hihi..alhamdulillah sebelum bersalin susu dah start bengkak dan keluar, mungkin sebab dah anak ketiga jadi cepat sikit productionnya, atau mayb pregnancy kali ni gigih ambil suplemen shaklee.. ;) Tapi nak kena urut jugak sebab 'demand' dari baby lebih.. alhamdulillah..lepas urut je susu lancar kemain. Sampai mcm nak demam bengkak susu. :p

Aqidah.. alhamdulillah..selesai pada hari ke-7 (or hari ke-6.. silap kira ke?haha..tapi sebab dah plan dan dah aturkan dengan jemaah semua untuk urusan sembelihan..jadi, teruskan juga. Harap aqiqah ini diterima Allah..in shaa Allah. Amiiiin)
Sekali dengan bertakhnik dan beri nama pada baby. Nama baby kami.... Muhammad Alham Naufal. :)
Muhammad; Alham (segala puji); Naufal (yang dermawan; nama sahabat nabi yang sentiasa bersangka baik - nama ni my MIL dah hajatkan kalau kami dapat baby boy..)
Saya dah terbiasa panggil baby Muhammad sejak ia dalam perut lagi. Sejak belum tahu jantina.. Jadi buat masa ni memang asyik panggil Muhammad je (alamak, jiran sebelah nama dia muhammad! jangan dia yang menyahut sudah laaa.. hahah) My hubby still panggil Alham.. or Naufal. So, mana2 pun takde masalah sebab semua namanya mempunyai maksud yang baik2. In shaa Allah, panggil nama sambil berdoa untuknya kann. ;)

Suka betul Aleesya mengadap kambeng2 tu. Siap ambil kerusi sendiri n lepak kat situ, dah macam pengembala kambeng sekejap?hahaha :D

Yang saya sempat post di FB;



Jadi..in shaa Allah..Lepas Day-44 nanti saya upload gambar banyak-banyak.. Jangan muak sudah nak tengok gambar kami...muahahah. :D

Oh ye...tali pusat Muhammad dah tanggal pagi ni..saya nak tukar diapers dia jam 2.30 pagi, tengok2 dah terjatuh dalam seluar dia. ;) Hajat nak delay cord clamping atau nak buat lotus birth, homebirth je (pak bidan mcm tak ready je..haha) tak kesampaian.. Tapi, apa2 pun saya tetap bersyukur sebab tiada masalah dengan tali pusatnya. No infection and its look perfect. :) Tiap kali tukar diapers, saya kerap je cuci pakai cotton bud n spirit yg hospital bg sambil bismillah/selawat. Aneesa kalau nampak saya tengah cuci tali pusat baby "mummy..jangan la..nnt baby sakit.. baby...tahan sikit eh..baby kuat, nanti baik ehhh.." tu je dia ulang-ulang. :) :) such a lovely kakak Aneesa. :)

Ok, sekian dulu. Wassalam.. :)

2 comments on "Dah Selamat Bersalin"

IntaNBerliaN on 23 June 2014 at 09:48 said...

ololooo baiknya kak anessa... bestnya ima dah dapat baby boy.. moga saya pun dpt merasainya... doakan saya gak ek ek :-)

sue zainun on 26 June 2014 at 15:53 said...

alhamdulillah..tahniah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men