Kena buat part-part, sebab part 1 cerita kronologi start dari rumah pun dah panjang. Belum masuk check in hospital lagi..belum part labour room, wad dan lain-lain. Kikiki…
*Amaran: cerita ni panjang berjela..sebab saya nak details untuk buat kenangan dan tatapan masa depan kami..hihihi. Harap maaf ye..
12/06/2014
8:00 pm – My hubby balik dari kerja. Siap belikan gift untuk saya, Birth Ball a.k.a Gym Ball! :) riangnya hati saya. Sebab saya memang berhajat nak sangat ada birth ball ni, konon nak exercise time pregnant supaya sentiasa fit dan nak gunakan time surges (contraction) dah mula terasa. Tapi asyik delay je nak beli, asyik tersebut-sebut depan my hubby. Kan dah dapat dibelikan.. :p
8:30 pm – Pergi rumah my MIL. Sebab my hubby nak settlekan pengangkutan keluarga mertua semua untuk hantar ke KLIA2 pukul 3 pagi. MIL FIL SIL BIL semua sekali nak ke Medan, Indonesia kerana ada majlis perkahwinan saudara sebelah FIL. Saya sekeluarga tak dapat pergi sebab saya dah sarattttt, tak lepas pun nak naik flight.huuu.. keluarga abang ipar pun tak pergi sebab ada kerja n perlu jaga kedai. Wife abang ipar balik kampong dia sebab datuknya sakit.
Perut rasa sebu..macam masuk angin. Makan-makan macam biasa. MIL masak bihun sup, my hubby beli satay sikit. Saya makan tak seberapa sebab perut tak sedap. Macam nak kentut2 tapi tak boleh lepas..hahaha. :D
So, sambil my hubby dan yang lain-lain sibuk mengemas beg dan atur agenda untuk awal esok pagi, saya layan je anak2 main dengan cousins sambil mengalihkan tumpuan rasa perut yang kurang sedap ni.
11:00 pm – Dalam perjalanan balik dari rumah MIL, sempat borak dengan my hubby tentang perut rasa sebu dan tak sedap. “mungkin masuk angin kot makan dinner lambattt..tapiii rasa macam bersalin esok kot..” terang saya sambil macam buat lawak sikit. “abang rasa tak la..dalam 2-3 hari abang rasa ima baru bersalin..” my hubby agak. Saya hanya mampu tersenyum..
Malam susah sikit nak tidur..tapi saya perlutidur juga supaya kekal bertenaga jika betul-betul akan bersalin dalam masa yang terdekat. Bila my hubby bangun dan gerak ke rumah MIL, saya tak tersedar pun..hahah :D
13/06/2014
4:30 am – Tiba-tiba terjaga dari tidur. Perut mengeras dan rasa sangat tak selesa. Tengok-tengok ada nota kat kertas “susu baru buat” diletakkan kat botol susu Aneesa. Tapi susu dah tak panas, maybe dah sejam lepas kot.hihihi.. saya terus bagi Aneesa susu dan ke toilet sebab ingat nak membuang sebab perut tak selesa. Tapi tiada hasil..hehehe. :p
5:00 am – solat tahajut sebentar selagi masih larat ni kan.. Kemudian terus buat air milo + ESP Shaklee, sambil swirling kat birthball yang my hubby baru beli malamtadi..hihi :) kurang sikit rasa surge yang tangkap sakit kat pinggang. Surges datang tak konsisten lagi. Masih sangat mild dan sekejap-kejap je. Layannn~
5:45 am – Solat subuh.. baca yaasin dan buatkan air yaasin. Air selusuh customade la kononnya..hikhik. lebih berkat buat sendiri or suami buatkan kan.. Moga kelahiran dipermudahkan. Surges semakin panjang dan kerap. Tapi masih sangat mild. Pagi-pagi dah start kemas rumah. Siapkan barang nak masak lunch. Teringin nak makan nasi lemak.. Jadi prepare barang nak masak awal-awal sebab bila anak-anak dara dah bangun, kerja tak jadi berapa pantas. Bila surges datang terus duduk atas birth ball sambil bounce bounce..swirling. Sangat relief dapat lompat lompat atas birth ball tauuu..syukur sangat my hubby belikan. Macam tau-tau je nak guna dalam masa sangat dekat. ;)
Start kira tempoh masa surges sebab dah kerap sangat walaupun mild je rasa sakitnya. Tak sempat nak cari apps dan download kat phone untuk contraction count, jadi kira pakai kick count aps yang sedia ada dalam phone. Apps ni dah download lama dah, start weeks 28 time nurse minta kita kira gerak baby setiap hari tu. :) nasib baik boleh guna juga untuk ala ala kira surges. :)
Start count surges pakai apps ni pukul 6 lebih. Dah tengahari, tak larat nak kira surges lagi sebab dah start kuat, so nak fokus layan surges je..hihi. |
Awal pagi dah whatsapp my hubby untuk remind in case emergency kan, takut tak dapat dihubungi. Dah la MIL sekeluarga takde. Wife abang ipar pun balik kampong. JAdi, perlukan my hubby if anythings happen.
10:00 am – dah siap masak awal nasi lemak, rebus telur. Tinggal sambal je belum. So anak-anak bagi makan dulu. Sebab breakfast tadi mereka makan main-main je. Saya sibuk kemas barang baby dan masak kat dapur, jadi tak dapat pantau anak-anak breakfast sepenuhnya..hihi. Relax atasbirth ball dah banyak kali tak terkira dah. Tapi memang syokk..siap berebut dengan Aleesya dan Aneesa masing-masing nak birth ball juga. :p Mereka ada ball mainan yang besar, tapi nak mummy punya juga. Yer..yer..mari kongsi n take turn ok anak2 ;)
Dalam kepala saya bayangkan akan bersalin lepas asar paling awal. Sebab my hubby pun kerja kan.. kalau awal dari asar,mungkin tiada siapa kat rumahhh.. takkan nak Aleesya dan Aneesa jadi bidan kan. Erkkk… Doa dan yakinn.. The power of vision! ;)
12:00 pm – Wah! Surges semakin kerap dan kerap.. Quite strong..SAmpai terpejam-pejam mata saya menahan sambil deep breath. Hypnobirthing dah kelaut..hilang fokus tiba-tiba sebab baru nak start strong surgessss..huwaa. Tak boleh jadi ni, fokus fokus.. “mummy stomachache sangat ye???” kejap-kejap Aleesya dan Aneesa tanya silih berganti.
Jadi, siapkan sambal tumis cepat-cepat. Terus lunch dengan layan surges. Aleesya dah makan tadi, tapi nak makan lagi dengan sambal macam mummy. Bertambah tambah dia makan. Mummy pun tambah jugak sebab nanti nak guna tenaga yang banyak dalam masa terdekat rasanya..haha. Ada masa je, kunyah kurma. Tak terkira makan berapa biji untuk hari ni. Energy..energy.. :p
Kira surges dah kelaut. Tak tercatat walau dengan handphone. Bila rasa surge start nak datang je, terus dapatkan birth ball. Zikir banyak-banyak.. bayangkan tengah menatap kelopak bunga ros yang sedang dalam proses nak mekar. Sambil take a veryyyy deep breath menggunakan hidung dan lepaskan perlahan-lahan (time ni bayangkan bunga mekar, macam uterus kita yang juga sedang mekar nak keluarkan baby kesayangan. :)
My hubby balik awal katanya..solat Jumaat otw jumpa masjid di Alor Gajah. My hubby text kata sangat letih..so, saya minta dia rehat dulu sebab saya fikir my hubby sampai nak hadap saya yang tengan melayan surges yang tak tahu sampai mana saya boleh bertahan..kikiki. Tapi lepas solat jumaat my hubby terus nak balik. My hubby tanya nak pesan beli apa-apa ke. Memang tak de lah..selera ntah dah kemana. Duk fikir tentang proses bersalin je..haha. FOkus kononnya. :p tapi saya pesan belikan untuk anak-anak je, sebab Aleesya Aneesa ni selalu saya memang ada bagi makan petang-petang ni. Risau saya tak dapat siapkan.
My hubby sampai rumah dah dekat pukul 3 juga. Bawa 2 cup coconut shake special dengan air kelapa. Fuhh..minum juga saya dengan sepuasnya sebab fikir air kelapa bagus untuk bersalin, n lepas bersalin time pantang ni mana boleh minum coconut shake lagi kannn..haha :D
Discuss dengan my hubby macam mana bersalin ni. Nak hantar anak-anak ke mana atau bawa ke hospital? Mengikut kekerapan sakit surges saya, saya cadang untuk hantar selewatnya malam lepas maghrib ke rumah MIL, tak nak hantar awal-awal sebab kat rumah MIL takde siapa pun selain bibik. Melainkan kalau dah nak bersalin awal, so on the way nak ke hospital memang perlu drop by anak-anak dulu.
Saya bagi my dear chance to take a nap sebentar. Iyelah…awal pagi-pagi dah bangun sebab nak hantar keluarga MIL ke airport kan. My hubby pun perlukan energy untuk hadapi sebarang kemungkinan nanti.hihi. Dan waktu ni pun waktu nap untuk my kids aleesya aneesa. SO, memang kena tidurkan dulu. Konon saya pun nak tidur sekejap untuk energized badan semula. Tapi surges dah semakin kuat dan kerap. Tak sampai selang seminit surge datang semula. Jadi, pura-pura tidur je untuk tidurkan kids. Mereka dah lelap, saya bangun sebab baring lagi sakit terasa bila surges untuk saya.
4:00 pm – Last untuk check beg barang-barang baby dan mummy untuk bawa ke hospital. Dalam hati konon malas nak kemaskan sebab mana tau kalau boleh bersalin di rumah je kan. Tapi, kemas juga kot emergency. Hati saya kuat mengatakan yang akan bersalin hari ni dan tak lama lagi. Bounce bounce memang tak lepas birth ball. Terus susun satu tempat beg yang nak dibawa. Senang nak grab nanti. Lagi-lagi kalau dah panic, nak bawa apa pun tak boleh nak fikir dah..haha.
4:15 pm – tak boleh fokus, surges semakin kuat. Jalan ke hulu hilir dalam rumah. Huh! Terus grab penyapu..sapu! luruskan pinggang..suerges datang terus take deep breath sambil jalan ke hulu hilir lagi. Berpeluh-peluh dah ni. Terus grab vacuum. Vacumm semua karpet dalam rumah ni. Sebab fikir nak rummah bersih, lepas bersalin terus bawa baby ke rumah, jadi nak rumah bersih sangat. Lagipun lepas bersalin mesti terus belum larat nak bersihkan rumah. Terus ambil mop. Mop! Tak tercabut jugak pinggang ni..hahaha. bila buat kerja terus menerus, boleh alihkan rasa sakit surges, sebab nak cepat, takut tak sempat nk siapkan. Alhamdulillah.. tenaga macam berkurangan. Makan kurma, duduk kat birthball sambil swirling~ berpeluh-peluh…duk bawah kipas keringkan peluh. :p
4:40 pm – nak shower dengan hot water untuk kurangkan sakit surges. Macam dah tak boleh handle, ingat nak kejutkan my hubby. Tapi nak try hot shower dulu. Fuhhh..lega sikit bila kenakan hot shower kat belakang badan, kurang sikit rasa tarik kat bahagian pinggang time surges. Rasa nak duduk bawah shower lama-lama. Dah masuk asar pun..so nak cepat-cepat mandi, nak solat. Tak nak lewatkan sebab takut dah terbersalin nanti tertinggal solat asar. Keluar bilik air, aleesya dah bangun, tercegat depan pintu. Pelik tengok mummy muka merah padam tahan sakit.haha..mummy minta dia main tab dulu sebab tak dapat nak layan dia kejap. Tiba-tiba rasa macam nak buang air besar. Tapi sakitttt sangat pinggang. Terus ke bilik air. Duduk atas toilet bowl, tapi tiada apa. Sakit sangat, nak take deep breath pun tak boleh, sangkut-sangkut nafas. My dear terdengar saya mengerang dalam toilet. Dia panic sebab saya tak boleh kata apa-apa dah.haha.. seriously memang tak boleh nak cakap. Tarik nafas lagi penting. :p
5:15 pm – “Kita siap ke hospital ye..” kata my hubby. Saya tak mampu jawap time tu sebab surges tengah datang. Angguk kepala je..haha. Aneesa masih tidur lagi time ni. Jadi kurang kelam kabut my hubby nak uruskan barang-barang masuk kereta. Siapkan sekali susu dan baju untuk Aleesya dan Aneesa ke rumah MIL. Saya terus ambil wuduk dan solat asar. Time ni memang solat slow motion je. Selang surge sangat dekat..baru berapa kali nafas, surge dah datang lagi. Meleleh juga air mata. Solat hajat yang paling simple, moga Allah permudahkan urusan.
Surge hilang, terus cepat-cepat siap. Surge datang sampai saya merangkak.. -_-‘ Aneesa dah bangun. Macam biasa, memang meragam sikit bila bangun tidur petang. Nak kena belai sikit, tapi daddy pun tengah busy tu. So, masukkan je dalam kereta.
5:30 pm – nak berdiri tegak dah tak boleh.. dah terasa kepala baby mengeras sekat kat tulang pelvis. So, jalan membongkok sikit masuk kereta. Alamak! Dah tak boleh duduk, rasa macam kepala baby buat saya tak boleh duduk dah. Up sikit funggung duk dalam kereta :p Time ni pakai kereta abang kepada my hubby. Doa banyakkkk dalam hati “jangan la air ketuban pecah dalam kereta ni.. terberanak dalam ni lagi parah nak bersihkan nanti..” dah macam sambil menahan berak pun hado..kikiki :p
Drop by Aleesya dan Aneesa done! Psst..Lalu short cut jalan kecil tepi sawah. Jalan berliku dan lobang-lobang. Nak terberak rasa time tu..haha.
My hubby call hospital MMC, tanya kalau dah nak bersalin sekarang nak terus ke mana dan macam mana urusannya. Tq dear coz uruskan semua walau panic kan..hihi. Ni kalau jadi pak bidan, lagi la panic rasanya. :p
Jalan jem.. petang-petang ni kat jalan klebang ni memang jem sikit sebab ada jual coconut shake klebang yang famous tu. Orang dan kereta beratur kemain panjang. Pada saya, coconut shake buat sendiri lagi sedap kot. Ahahah.. :p just kidding..tapi rasa coconut shake kat situ boleh tahan la kot, sebab tu ramai..Alhamdulillah salah satu orang melayu kita punya perniagaan yang berjaya.
My hubby siap bukak lampu hazard. Tapi saya minta my hubby off, sebab selalu my hubby yang tegur orang lain “lampu hazard ni guna time kereta berhenti je..nanti orang keliru dan tak Nampak signal nak belok ke mana kalau buka signal..”hihi…kan sayang??? :p sabar je la.
Ok, dah sampai ke hospital. Terus berhenti betul-betul ke pintu gerbang EMERGENCY. Dah macam naik ambulan pulak berhenti depan emergency naik ‘van’ vell abang ipar ni..hahaha.
~proses setibanya di hospital..to be continue… ;)
p/s: hari ni dah 17/7.., 34 hari 9sebulan lebih) dah umur Muhammad Alham Naufal. Alhamdulillah..
sikit lagi mummy dah nak habis pantang 44hari.. tapi mummy rasa kali ni tak boleh 44 hari, nak 100 hari pula. sebab bila pantang sendiri ni banyak ngelat laaa..lagipun dah masuk anak ketiga ni banyak nak kena take care n repair.. :p so, kena pandai-pandai topup hari untuk kesihatan dalaman dan luaran yang optimum. ;)
1 comment:
alaa ima.... cepatlah sambung... xsabar nak baca... hihi
Post a Comment