Sebelum ni, saya ada buat checklist barang baby dan mummy untuk di bawa ke hospital masa bersalin kan.. Saya rasa, ada sesuatu yang penting tak termasuk dalam checklist.. Tak pernah nampak dalam mana-mana checklist orang lain juga. Iaituuuu...
Checklist Barang Daddy!
Hahaha.. perlu ke? hmm..dalam kes saya perlu. Kalau next time bersalin lagi (kalau la kannn..rasa macam nak cukup setakat ini dulu..kikiki..sebab dah ada girl dan boy kononnya.. :p)
Kenapa kes saya perlu sangat???
Sebab, biasanya setakat ni my hubby akan temankan saya di hospital. Dulu masa Aleesya...lewat malam dah ada di hospital kat Melaka. So, sebab dari Shah Alam ke Melaka memang my hubby dah packing baju sikit untuk balik kampung. Then masa bersalin Aneesa pula..lahir dah dekat pukul 12 tengah malam..so selamat lagi dan my hubby pun ada balik rumah.
Tapiii... time baby Muhammad yang terbaru ni..my hubby dah kelam kabut kan..sebab petang terus siap nak ke hospital. Dengan berbaju kemeja kerja, dengan tak mandi lagi kann. Hadoilaa... saya pun tak teringat dan tak terfikir nak packing last tu sebab dah tak tahan contraction kan. :p
Jadi macam mana time tu? My hubby takde balik ambil baju pun. Sebab dah maghrib, perjalanan nak balik pun mungkin tak berapa lancar kot pada waktu tu. My hubby pun macam keletihan sebab panik menguruskan banyak hal tiba-tiba. So....terpaksa la my hubby pakai baju t-shirt saya yang di packing siap-siap. Masalahnya..t-shirt saya bawak semua jenis muslimah, berbunga-bunga u! :p berkain batik lagi~ (-_-')
Nasib la...terus tido je malam tu. Kesian my hubby. Sorry yer sayanggg...
If there is still more 'next time', in shaa Allah tak terjadi lagi perkara sebegitu.. packing siap-siap baju sekeluarga.hhahah. :D
p/s: tak tepek gambar laa..sebab, mestilah tak sampai hati nak ambil gambar berkenaan. :p
1 comment:
haaa.sy pon letak barang daddy jugak..kesian pulak nnti daddy nak kena ulang alik rumah..jauh pulak tu..
Post a Comment