Part 2 (check-in Labour Room, breath and birth..~♥)
Sampai je kat Emergency parking tu, my hubby pangging staff kat situ minta wheel chair. Saya memang tak boleh nak jalan, sebab sebenarnya dah rasa kepala baby kat bawah. Terkangkang-kangkang saya duduk dalam kereta, kat wheel chair lagi la tak boleh nak duduk. (-_-") Jadi, kat wheel chair tu saya cuma luruskan badan pinggang dan kaki..asal boleh je wheel chair tu ditolak. Staff hospital terus tolak saya ke tingkat wad dulu. Memang procedure kat sana begitu, sebab midwives akan check dulu baru panggil doktor untuk decide.
Sampai kat kaunter wad tu, ada seorang je midwife.
Soalan pertama midwife; Dah nak bersalin sangat ke? Anak ke berapa ni?
Saya jawab: Ya.. Ketiga.
Midwife: Ok2, timbang kejap. -bacaan 56.5kg Ingat tak berapa berat latest sebelum ni?
Saya: Last week check up 55.5kg. (saya rasa dia tanya maybe sebab biasanya kalau nak bersalin berat turun kan? tapi saya tak..hihihi..or maybe berat 2-3 hari sebelum memang lagi tinggi tapi saya tak pergi timbang kot. :p)
Saya: Nurse, saya rasa memang tak boleh nak tahan ni... (saya cakap sambil nafas pendek yang sangat kerap)
Midwife: Patutnya kami kena check bukaan dulu ni. Ok, takpe..saya rasa kena ke labour room terus la. Dengan doktor siapa ye? Dr. Azlina.
Nurse call doc dan terus tolak ke labour room. Maybe sebab doc pun dah well inform bila my hubby call masa on the way ke hospital tu. Sebab tu memang macam senang je flownya.
Sampai kat LR, baru ada lain2 midwives.
Bila dah tak sakit, terus lompat naik katil tau.., midwife bagitau.
Lompat? sempat ke? sebab memang sakit sangat ni, sela pendek sangat. (waktu surge mmg sangat dekat2..mcm takde jarak pun dah)
Ok, takpe..tarik nafas panjang pastu naik katil.
Midwife buat VE (vagina examination).
TAK SEMPAT TUKAR BAJU HOSPITAL PUN... :p
Eh..dah full dilation lama ni, kepala baby dah hujung sangat. Kalau I pecahkan air ketuban baby terus keluar. Tunggu doktor sampai tau. U jangan teran dulu. Tarik nafas panjang dan lepaskan perlahan-lahan.
Ok2..
Kenapa U memang ada tahan nak bersalin dah lama ke kat rumah? Start sakit pukul berapa.
Tengahari.., saya jawab. (padahal sakit dari lepas subuh kan. Tapi tu still bearable. Tengahari baru start kuat).
I rasa kalau U lambat sikit, mesti dah terbersalin kat rumah.
Saya senyum je.. memang pernah jadi salah satu impian saya untuk bersalin kat rumah. But, Allah know the best! :)
Doktor pun sampai, dengan my hubby. Doc tanya status.
Dokter: Air ketuban dah pecah?
Belum.
Then, buat VE sikit. (Anak-anak sebelum ni, kalau doc buat VE, mesti sakit. Tapi kali ni macam tak rasa apa sangat. maybe sebab kepala baby pun dah keluar di jalannya, so doc pun tak dapat nak masuk tangan check bukaan.
Ok, nasib baik sempat.. Saya pecahkan air ketuban ye. (Doc minta izin saya untuk pecahkan..) Lapisan u ni tebal sikit, sebab tu tak pecah lagi
Ok dokter. (actually teringin sangat nak rasa air ketuban pecah sendiri. Tapi bukan rezeki saya kot. Masa lahirkan anak sebelum ni pun memang doc yang pecahkan.
Agaknya..sebab tu ada beberapa kes yang lahir dengan kantung sekali baby kat dalam sebab air ketuban tak pecah lagi. Adakah KALAU saya tak pecahkan pun akan begitu? hihih..wallahualam. Doc dah pecahkan pun. Soalan hanya tinggal soalan. :p
Lepas dokter pecahkan, saya rasa gush yg semakin kuat bersama dengan air ketuban.
Rasa sakit terus push ye.
Saya tak push kuat sangat macam kelahiran anak-anak sebelum ni sebenarnya. Sebab terlalu inginkan natural & gentle birth.
Saya take a deep breath, dan slightly push. Dalam 3 nafas panjang, baby meluncur keluar...Alhamdulillah.
My hubby cut the cord. Dokter tunjukkan jantina. IT'S A BOY!
Dokter Paed ambil baby bersihkan. Dengarlah tangisan pertama baby..Ya Allah..sebak. Sedikit frust sebab kat MMC ni tak buat SKIN TO SKIN AFTER BIRTH! :( Biasanya kan baby lepas lahir akan letak kat atas dada ibu. Its natural way. takpelahh..bukan rezeki time tu.
Doc Paed cakap nak bawa baby ke nursery untuk check dan jabs.
Oh no!
Terus saya cakap, boleh tak saya nak tengok dan pegang baby kejap.
Paed kata..Ok, u pegang baik-baik tau..takut jatuh kat lantai ni banyak benda halus tajam tak nampak.
Alahai..saya tengok doc paed pegang baby lagi seriau. Maybe sebab mereka dah biasa pegang, jadi pegang kasar2 je. Kita yang tengok jadi takut sebab baby kan fragile.
Baby letak kat dada, saya cium baby..wahhh, bestnya bau baby yang fresh baru keluar ni. Bagaikan bau syurga... :) Then time tu juga minta tolong my hubby azankan.
Ok, doktor nak settle saya pula.
Wow, intact you!
Intact maksudnya perineum saya takde koyak. Dokter memang takde buat epi (gunting dan jahit). Alhamdulillah..
Wahh..senangnya u bersalin. Midwife yg mula-mula assist masa saya sampai tu cakap ulang-ulang.
Tahun depan boleh lagi la ni. Senang je, tak sampai 10 min dah keluar baby.
Wah! tahun depan lagi????agagaga..
Tapi, pengalaman bersalinkan baby girl n boy... saya dah dapat rasakan. Memang berbeza.
Proses midwife nak keluarkan uri pula.
Terpaksa jab dengan pitocin dan seangkatan dengannya sebanyak 4x dos, :( sebab nurse kata uri besar n ada tertinggal. Wahhh..saya taknak. tapi..tapi. Ya Allah..terpaksalah tanggung hazabnya. Lebih sakit dari nak keluarkan baby.
Lalok2 dalam labour room. Tunggu process keluarkan uri selesai. |
Settle. Nurse kata last jab tadi buat saya lalok2. So, dia suruh saya rehat. Baby, nursery jaga.
My friend pun ada cakap, kat MMC belum fully support breastfeeding. Tapi saya ada request. So, kat baby saya ada label FULL BREASTFEED.
I am a boy! My mummy's name @zaimahbakar. My #birthweight 3.7kg, my #bodylenght 55cm, my #headcircumference 34cm. #deliverytime 18:25pm, friday #15syaaban, 13june! 😘😉 alhamdulillah.. All praise to Allah. Allah the Greatest.. |
Maybe ada lagi sambungan part 3 nanti..hihi. Ok, nak sambung buat kerja rumah dulu.
Wassalam..
2 comments:
Alhamdulillah Tuhan permudahkan urusan ima... Alhamdulillah saya kali ni pun sgt senang bersslin, xlama taggug sakit
ohya, pasal skin to skin tu kan dkt hosp sul abd halim ni, lps potog tali pusat, dorg akn ltk baby ats dada kita sehigga kita hbs rehat dlm bilik bersalin tu. kne ltk selama 2 jam skin to skin... baby xpakai baju just diberi pakai pampers lps dicuci. msk wad baru kita bg pkai baju. kt hospital ni gak spport bf.. walaupun dia gov punya tp best sbb s
A'aa la ima... xhabis... hahhah.. tp saya dah lupa apa yg saya nak tulis... kikikii
tp apa2 pun, hospital sul abd halim ni mmg best la... bkn setakat support skin to skin.. tapi jugak support BF n father friendly... tapi kalau suami nak msk time kat labour room teman kita, kene gtau awai2 la kan sbb ada bilik khas.. tapi saya time aqilah n afrina, suami xteman pun... time aqilah tu sbb bersalin mengejut, xdan nak balik kg, dia nak jd org kedah la plak.. hahhah... time afrina tu pulak, sama jugak kes mcm aqilah... hubby nak kene jaga dorg... tp nsb baiklah time alisha hubby dah masuk teman.. sekurang2nya dia tahu sakit nak beranak tu camne kan... hihii (^_^)
Post a Comment