Thursday 25 September 2014

KLIA 2

As salammualaikum wbt..

Sabtu 2 minggu lepas kami ke KLIA 2.  Bukan ke sana sebab nak naik aeroplane. Saje jalan-jalan. Lagipun my hubby offer tanya nak ikut tak kann..haha. Pantang di offer. Kalau badan sihat dan tiada halangan, ON je..

Sabtu tu my hubby ada nak jumpa dengan customer photographer ELVIRA STUDIOJumpa di Seri Kembangan. Lepas tu kami ke Aeon Bukit Tinggi.  "Tempat mummy daddy dating dulu masa muda mudi tau.." Ahahahah.. :D kat situ la dulu makan2, merajuk2, romantik2 konon. :p

Dah beli barang n makanan sikit kat aeon, jam 6ptg terus gerak ke KLIA 2. Jam 8 baru sampai. Gedebak gedebuk, solat isyak..makan kentucky alas perut sebab kenyang lagi makan macam-macam. :)

Ok laa.. Luas, ada shopping2. Tapi saya bukan kaki shopping, jadi takde la teruja sangat. Just cuci2 mata, sambil tgk dunia luar. Ye la, saya kan housewife..duk rumah je. Kalau keluar pun hantar dan ambil Aleesya skool, paling banyak  pun ke poslaju sebab nak pos shaklee ke customer. Tu pun kadang minta poslaju pick up je kat rumah. :p

Posing2.. Ambil gambar je.




Lepas tu, my hubby kata teringin nak naik train KLIA transit tu. Saya ok je, lagipun kata nak bawa anak2 jalan kan. Naik train mesti anak-anak suka. Memang suka sangat! tertunailah hajat daddy naik train.

















Aneesa la yang paling excited. Dulu masa  naik komuter bawa Aleesya rasa naik train, Aneesa kecil lagi. So dia tak ingat. Aneesa suka sangat, sampai bangun2 tido bukak mata je terus cakap "best kan naik choo choo train kan mummy! Adik sukaa.. Ada mummy..daddy..kakak..alham. Tapi baby tidur je" berulang2 dia cakap. Hihih..

Semangat Aneesa nak masukkan tiket. :)
Selesa n bersih KLIA 2 ni. Iyelah, tempat tumpuan orang kan, haruslah bersih. Lagipun agak baru tempatnya, masih bersinar-sinar. Hihihi.. ;)

p/s: promosi Shaklee masih berlangsung dengan jayanya. Jom jengah!  klik [SINI]

Saturday 20 September 2014

Baby Muhammad 100th day!

As salammualaikum wbt.. 


Happy 100th days #babyMuhammad! Alhamdulillah..syukur Allah kurniakan kesempurnaan dan kesihatan yg baik kepadamu anakanda. Moga membesar menjadi anak yg soleh, beriman, berilmu, bertaqwa..in shaa Allah. 


"Syukur ya Allah, give me strenght and patience. Give me the hope to meet the challenges of each new day with the heart that is always filled with love and joy!" :)❤️ #alhamnaufal #100days #3m7d

Sunday 14 September 2014

Nasi Lemak TIADA SANTAN

As salammualaikum wbt.. :)

Semalam berjalan-jalan. My hubby ada nak jumpa customer Photographer Elvira Studio di Seri Kembangan. Then my hubby offer nak ikut tak? Gedebuk gedebak sampai rumah pukul 2 pagi malam tadi! Banyak pula tempat dituju diluar perancangan. 

So, bila my hubby tidur lewat dan penat driving, memang dah dijangkakan akan beradu sampai siang kan..haha. (Tapi bangun subuh dulu tau). Saya je tak boleh nak tidur balik..Aneesa pun ter'pee' time tidur, Alham pun 'poo' banyak la pula sampai bocor ke seluar. Bila dah settle anak2 pagi2 ni, nak siapkan breakfast. Tapi siapkan lambat sikit sbb jangkaan saya tepat. Kalau masak awal2 saya sorang je makan dulu, kurang syiok la. So, saya plan nak masak nasi lemak untuk breakfast + lunch = brunch! My hubby bangun terus makan.

Tapi..stok santan dah habis! Sejak baby Muhammad lahir, saya jarang ke kedai beli groceries secara kerap. 2 minggu sekali baru restock. 
Santan takde, tapi tetap nak teruskan hajat masak nasi lemak. 

Macam mana nak buat nasi lemak takde santan? Check ada susu low fat dutch lady 1L, ada virgin coconut oil. Ok, rasa creamy tu boleh dapat dari susu, bau lemak santan boleh la dapat dari vco! Yeahhh..eksperimen berjaya! My hubby kata sedap! :)


Ok tu je nak cerita tentang nasi lemak yang tak berapa nak lemak. Haha.. Tapi memang best u all. Try la. Tak rugi dan lebih sihat in shaa allah. ;)

Friday 12 September 2014

Homemade Play Dough

As salammualaikum wbt.. :)

Rasanya dah 3 kali buat playdoh sendiri. Aleesya dan Aneesa memang faveret main playdoh. Diorang panggil 'clay' - daddy ajar dari kecik, sebab translate dari word 'tanah liat'? Heheheh.. Boleh laa..

Dua kali beli brand playdoh. Mahal betul! Tapi ok la sebab boleh simpan aksesori dan pencetak/mould yg ada. 
Birthday Aneesa yang ke-3 pun maklong bagi tanah liat. Tapi brand lain. Dah buang pun tanah liat tu sebab dah kematu dan jadi hitam. Ditambah baunya yang kurang enak, memang macam bau tanah liat! Hahaha. 
Tapi kan.. Kalau beli yang brand playdoh tu, wangiii jee...lembut! Patut la mahal. 

Korang tau tak, buat sendiri lagi wangiiiii, lagi lembutttt...lagi jimattttt! 

Ok, sebab dah banyak kali desakkan anak-anak nak main clay, saya gagahkan juga uli doh untuk mereka ni. Lagipun Aleesya bawa balik clay dari skool, tapi dah kotor. Tak sampai hati tengok dia sedih sebab saya suruh aneesa buangkan. Sampai lauk tengahari pun belum sempat nak masak sebab nak buatkan doh mainan mereka ni.haih... 


Kena bahagi 2, kalau tak nanti berebut. Masing2 nak yang banyak. 


Ok, tangan mummy pun dah comot tak hilang kena pewarna masa uli tadi. Macam pelangi tapi selekeh jeee..hahaha. 


Baiklah, kuku panjang, hari ni jumaat nak ketip kuku jap lagi.

Resepi homemade playdough:
1 cawan tepung gandum
2 sudu cream of tartar
1 sudu minyak masak
1/2 cawan garam
Esen vanilla
1 cawan air panas
Pewarna makanan

Mix well ok! Hati2 air panas tu. 
Selamat mencuba! :)

Thursday 11 September 2014

Kek Chocolate Moist

As salammualaikum wbt..

Siapa suka cokelat? Saya!!!!
6 tahun lepas, housemate saya masa kerja kilang dulu pernah buat kek cokelat yang saya rasa paling sedap ketika tu. Jatuh cinta dgn kek choc moist! Jadi, saya pun ambil la resepi..hihi. 

Rasa mmg kerap buat kek choc moist time tu. Sampai la saya tukar kerja dan tinggal di rumah kakak saya kat damansara. Memang jarang sangat masak memasak time tu..hihi. Resepi pun dah lupa.

Time pregnantkan Aleesya..tetiba teringin sangat nak makan kek tu. Tapi resepi macam ingat2 lupa. Contact balik housemate tu, tapi tiada balasan. Maybe dah tukar nombor fon. 

So, main cuba2 je adjust resepi. Ada juga  yang tengok internet. Tapi hasilnya tak sama. Sampailah saya try buat lagi..dan lagi.. akhirnya dah dapat rasa yang saya nak tu. Alhamdulillah.. Resepinya pakai sukatan cawan-cawan, sudu sudu je. Takyah timbang. Mmg ala ala sama resepi housemate dulu tu.. :)

Masa my sister in law buat open house, dia ada minta saya buatkan kek choc. Alhamdulillah semua bahan pun ada, memang terus buat je. 

Kakak kata, semua kawan dia yang datang puji kek tu sedap. Dah macam anis choc moist dah..gulp! Yang tu belum mampu saya chalenged. One day, in shaa Allah! Mana tau kan..hihi, verangan!
Dan..saya cuba google resepi anis choc moist tu. Memang ala-ala sama la..patut la sedap.hihi.. 

Tak sempat snap gambar kek yg saya buat time open house SIL. Tapi saya ada buat lagi, size kecil2.. Saiz normal cupcake tu je. Senang nak makan, sudukan je. :)



Sekali rasa mesti nak lagi, in shaa Allah! Hihiii.. Ok siapa area melaka nak order? Ada ke? Ada keee? Hahaaa. Kalau ada, mai habaq ok! ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...