Saturday 29 November 2014

Baby Muhammad Seludup Nasi Daddy

As salammualaikum wbt.. :)

Less than 2 weeks Baby Muhammad dah nak 6 bulan! Alhamdulillah..yeay! :)
Baby Muhammad nampaknya dah tak sabar nak makan.. (haih...mummy masih excited nak cerita baby nak start makan! :p)

Ok, bahan bukti malam tadi baby Muhammad cuba nak seludup makanan. 


Nasi beriani daddy yang selambak dalam pinggan atas meja. Dah kena kuis kuis dengan muhammad. :p

Kita dah jarakkan dia, muhammad masih lagi aim nak capai lagi..hihihi. 


Actually, meja makan kami ni special, rendah tau. Ala-ala macam meja jepun. Kira kita duduk bersila/ bertimpuh, tapi still makan kat meja. Kenapa? haaa..nanti kita cerita lain.

Sambung balik tentang baby Muhammad dapat capai, dia duduk dalam walker. So memang mudah la dia menuju ke sasaran. bukan main pantas lagi. Saya tinggal kejap je pun sebab nak ambil air. 

Owh..baby muhammadku sayang. Mummy kena kental hati tunggu awak 6 bulan sikit lagi ye.. Walau awak nampak sangat bersungguh sungguh nak makan, tapi untuk kebaikkan awak, kita tunggi sikiittttt je lagi tau. Lagipun mummy belum beli sudu mangkuk awak lagi. Blender dah beli! Yeay!!!! :)

Jadi, buat masa yang berbaki untuk tunggu ke 6 bulan ni, baby muhammad nikmati la puas puas susu mummy secara eksklusif ni ye.. Lepas ni dah makan mesti dah kurang sikit menyusu...sob..sobs... :')




Maher Zain - Assalamu Alayka | Official Lyric Video

As salammualaikum wbt... :)



Tetiba lagu ni terngiang-ngiang pagi ni. Jom layan, sambil tu kita remind diri tentang cinta abadi kita pada Allah dan Rasul, in shaa Allah. ;)











Lirik: Maher Zain - Assalamu Alayka



My heart is so full of longing

I wish to be close to my Beloved

I dream to walk in the streets of Medina

And to quench the thirst of my spirit

By visiting you, O Muhammad!



Assalamu alayka ya

Ya Rasool Allah

Assalamu alayka ya habibi

Ya Nabiyya Allah



Assalamu alayka ya

Ya Rasool Allah

Assalamu alayka ya habibi

Ya Nabiyya Allah, ya Rasool Allah

(May salutations be sent upon you



O Messenger of Allah

May salutations be sent upon you O my Beloved

O Prophet of Allah

May salutations be sent upon you

O Messenger of Allah

May salutations be sent upon you O my Beloved

O Prophet of Allah, O Messenger of Allah)



I left all my troubles and worries

As I entered your Mosque so gently

And as I finally stood there before you

I couldn’t stop my tears from falling

In your presence O Muhammad!



O Taiba (Medina), your breeze is so blessed

Indeed it brought life back to my spirit

I’ve left my heart with my Beloved

Sending blessings on Muhammad




Thursday 27 November 2014

Persediaan First Baby Solid Food

As salammualaikum wbt.. :)

Wah wah.. excited nak cerita first solid food for baby pula. Macamlah anak baru 1. :p Anak dah 3 ni baru terhegeh-hegeh nak taip entry tentang solid food. Takpelah, buat rujukan akan datang (ada ke baby baru akan datang?hikhik.. :p) dan mungkin rujukan mommies to be yang lain.

Baby Muhammad will turn 6 month old very soon! Alhamdulillah..

Apa yang terfikir dengan BABY FIRST SOLID FOOD?

Nestum? NO NO NO okehhh!

Puree! Yes.. healthy smoothy gooey freshy food.

Jadi apa preparation?

  1. Steamer
  2. Blender/ processor
  3. Puree Storage cube/ cup.
  4. Feeding tools (sudu dan mangkuk BPA free -kaca pun bolehh je.. :p)
  5. resepi :)
Excited pula saya. Dulu masa anak pertama kedua pun excited juga, tapi excited kini kembali berulang.hahaha... Bertambah excited sebab macam-macam info dan ilmu dikumpul. 

Food Steamer & Processor. Banyak pilihan sekarang ni. :) hebat hebat belaka, canggih.

Avent Steamer and Processor. Yang ni memang best sangat! (harga pun best..kikiki)
Steam makanan, then terbalikkan tabung tu untuk terus blend panas-panas.
Awesome sangat tau! 
Tapi..saya takde la nak invest yang ni sebab memang akan guna kejap je. Lainlah kalau baby Muhammad ada adikkkk ramaiiii lagi lepas ni. :p


Little Bean Multifunction Food Processor LBBEF-BFS504. Yang ni antara yang saya tergoda. 
Steamer & Prosessor juga. Tapi lain-lain bekas. Yang kiri bekas bulat putih atas hijau tu steamer dia.
Harga paling mahal rm299. Tengah offer kat Lazada rm139 sahaja!
Tapi..tapi...saya masih nak baca review banyak-banyak dulu. Taknak menyesal beli.
Masuk wish list! :)

Philips Hand Blender. Yang ni best juga.
Boleh blend panas-panas terus. Dalam periuk pun boleh terus blend.hihi..
Senang cuci, senang simpan, boleh blend kuantiti sikit.
Harga, boleh tahan..kikiki. 
rm300-400 kot. :p



Philips Mini Blender. Comel je.
Senang nak angkut ke mana-mana.
Harga, tak pasti..sorii... :p




Shake n Take. Ada mommies yang guna ni je.
So far okey. Tekstur tak pasti la.
Ok kot..senang sebab mommy boleh guna sekali. Lagipun confirm tak bau cili.hahah..
Kalau tekstur tak ok untuk intro, maybe boleh je tapis. ;)



Food Chopper Cosway - ada review dari rakan facebook kata okey je dia guna ni untuk baby food. Blend smooth even untuk intro 6months. Dia beli pun tak mahal, rm60+. Wahh..ni kalau tak buat baby food pun, saya dah tergoda untuk blend macam macam..haha. 


Banyak juga brand lain yang saya baca review. Masih tak dapat buat keputusan.
My hubby pun tak larat nak layan saya. Kejap nak beli tu, kejap nak yang ni.
Kejap nak steamer. Aik???

Steamer pula.....kisahnya, sebab dulu memang kami bercita-cita nak beli steamer elektrik.
Dulu masa Aleesya Aneesa baby, saya steam pakai periuk besar je. Pastu saya dah bijak sikit, pakai kuali yang diletakkan jaring bulat tu, pastu tutup la pakai tutup kuali. Saya tak sanggup nak keluar masuk periuk kukus besar gedabak setiap hari..wakakaka. :D

Steamer Tefal. Tepek gambar TEFAL terus.hahahah.. :D
tinggi cita-cita. :p

Steamer ELBA. Murah sikit. ;)

Then, bila dah cita-cita nak beli steamer, blender macam mana?
Saya nak beli tabung blender je rasanya. Sebab yang ada ni dah lunyai buat blend cili bawang serai bagai kan. So nak beli tabung khas untuk makanan baby. Harap jumpa saiz yang sesuai dengan rumah power bawah tu la. Doakan jumpa ye, jimat sikit..hihi. Dan lebih praktikal, tak payah mak susah-susah nak fikir simpan banyak-banyak barang.

Puree storage pula saya ada beli 8 ketul. Yang macam ni:
Easy Storage Baby food/ breastmilk. rm17.
BPA free.

Beli 1 tray je. Sebab rasa cukup konon. Takpe, tak cukup beli lagi. Or maybe nak beli cube ice silicone, senang nak keluarkan cube puree. :)

Cute kan. Senang keluarkan frozen puree. Just pop up je. Then kumpul puree beku dalam satu bekas.
Jimat space. :)

Feeding tools. Tak cari lagi. Nak cari spoon yang sudunya lembut. Zaman kakak-kakaknya punya sudu, dah campak mana-mana la kan..haha. Haruslah yang baru.

Resepi?
Nanti kita google je. Atau boleh share resepi dari group facebook Solid & Semisolid Food for Your Baby.

Tu je dulu ye. Nanti saya try update lagi. ;)

Love,
Mummy Ima







Wednesday 12 November 2014

Muffin French Vanilla Melt

As salammualaikum wbt...

Jom buat muffin super duper senang. Boleh dijadikan aktiviti bersama anak-anak tersayang.
Untuk resepi penuh, boleh klik SINI




Selamat Mencuba! :)

Tuesday 11 November 2014

Aneesa Tak Pelat

As salammualaikum wbt..

Lama tak update tentang anak dara yaang ni, AneesaEryna. Sekarang dah 3 tahun 3 bulan pun. :)

Nak cerita sikit tentang tutur kata Aneesa. Aneesa lambat sikit cakap. Tak macam Aleesya. Aneesa mula bercakap sepatah sepatah ayat (kira dah buat ayat la..) dalam umur nak masuk 2 tahun macam tu. Dalam umur 1 tahun 4 bulan dah pandai cakap satu satu perkataan je, macam mummy, daddy, susu (yang ni Aneesa pelat sebut us'us untuk nenen..haha).

Apa yang saya perasan Aneesa ni, walau dia cakap lambat, tapi sebutan perkataannya jelas dan sempurna. Takde pelat. Malah, jika perkataan tu ada huruf 'R', memang jelasss terlebih huruf R dia.. Kadang yang takde R pun dia taram letak R sekali. Hihihi...  

Contoh.. "Mummy, lepas adik (masih bahasakan diri adik walau dah ada baby..) minum, terus je tv ada cerita Pada  Zaman Rururrrruuuu".
Hahahha.. Cerita Sang Kancil moden tu, Pada Zaman Dahulu. Asal boleh je kan..

Ni la Aneesa, cool je. Tak suka ikat rambut. Nak potong daddy tak bagi. Bersyukur rambut Aneesa jenis yg lurus jatuh bawah. Tak sikat pun takpe..haha.

Masa Aneesa umur setahun lebih tu, Aneesa memang jenis pendiam. Risau juga saya masa tu. Adakah sebab dia fobia kena duduk taska sekejap masa umur dia 6 bulan tu. Tapi memang lain lepas dia kena duduk taska, suka menangis n menjerit, tak bercakap. Saya pun naik risau. 

Pastu dalam sebulan saya amalkan beri dia OmegaGuard, dia mula sebut mummy daddy masa umur 1 tahun 4 bulan tu. Alhamdulillah.. Sel-sel otak sedang berhubung. ;)

Perkembangan anak-anak tak semuanya sama. Yang penting kita usaha sehabis baik untuk mereka, in shaa Allah. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...